Tarikh Bayaran I-Sinar Bulan Julai 2021: Bayaran Terakhir Kategori 2
Sudah masuk 6 bulan sejak permohonan i-Sinar KWSP dibuka. Bagi yang masih pernah mohon, anda masih berkesempatan membuat permohonan i-Sinar KWSP sehingga 30 Jun 2021 nanti. Bagi pemohon kategori 1 yang telah mendapat bayaran selama 6 bulan, tiada lagi bayaran untuk anda bagi bulan berikutnya kerana jumlah bayaran adalah sesuai dengan jumlah yang dimohon.
Pemohon kategori 2 dan pemohon i-Sinar tanpa syarat yang buat permohonan pada bulan Februari lalu masih ada bayaran terakhir pada bulan Julai 2021. Bayaran pada Julai merupakan bayaran ke 6 yang akan diterima. Selepas ini tiada lagi bayaran dibuat kepada pemohon.
Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut tarikh bayaran i-Sinar bulan Julai 2021 dan cara buat semakan.
Isi Kandungan
TARIKH BAYARAN I-SINAR JULAI 2021
Seperti bayaran sebelum ini, bayaran i sinar bulan Julai akan dibuat secara berperingkat mulai minggu pertama bekerja, iaitu dijangka pada:
- Mulai 10 Julai 2021
Menurut KWSP, bayaran bulanan i Sinar biasanya ditetapkan seperti berikut:
- Tempoh seperti bayaran tarikh bulan pertama (maksudnya jika dapat bayaran pertama pada 6 Mac, bayaran kedua pun sekitar 6 hari bulan bagi bulan berikutnya. Begitu juga bulan Julai, akan terima pada 6 Julai jika jatuh pada hari bekerja; ATAU
- Maksimum dalam tempoh 2 minggu pertama
- Sebelum akhir bulan berkenaan
SEMAK JADUAL BAYARAN I SINAR
Semakan jadual bayaran bulanan i-Sinar boleh dibuat melalui i-Akaun dengan langkah berikut:
PERMOHONAN BAHARU & PINDAAN AMAUN
Ahli KWSP yang masih belum pernah buat permohonan pengeluaran i-Sinar masih berpeluang untuk buat permohonan baharu sehingga 30 Jun 2021. Permohonan baru i-Sinar KWSP TANPA SYARAT boleh dibuat secara online melalui pautan berikut:
Pemohon yang telah berjaya membuat permohonan lepas dan telah terima bayaran sebelum ini masih boleh buat pindaan amaun jika tidak berpuas hati dengan amaun pengeluaran sekarang. Pindaan amaun i-Sinar boleh dibuat melalui pautan berikut:
Baca: Kesalahan Pindaan Amaun i-Sinar Yang Ramai Lakukan. Jangan Buat Kesilapan ini
PEMBATALAN PENGELUARAN I SINAR
Dah terima bayaran i-Sinar setiap bulan dan merasakan anda sudah tidak perlukan lagi teruskan pengeluaran i-Sinar? Anda boleh hentikan pengeluaran i-Sinar dan simpan sahaja wang simpanan KWSP anda!
Pembatalan pengeluaran i-Sinar boleh dibuat secara online melalui pautan berikut:
Setelah pembatalan telah berjaya dibuat, pengeluaran i-Sinar anda akan diberhentikan serta merta. Anda tidak akan terima bayaran bulanan lagi. Semak baki Akaun 1 KWSP anda DI SINI.
Untuk sebarang pertanyaan berkenaan i-Sinar, anda boleh hubungi talian khas di 03 8922 4848 yang beroperasi pada hari Isnin hingga Jumaat jam 8 pagi hingga 5 petang.