Tarikh Bayaran Bantuan GKP 2.0 Adalah Bermula 30 November

Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) menerima sebanyak 512,000 permohonan daripada Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) mikro bagi mendapatkan bantuan Geran Khas Prihatin (GKP) 2.0.

Geran Khas Prihatin (GKP) 2.0 adalah bantuan kewangan secara one-off berjumlah RM3,000 kepada Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS) mikro yang berkelayakan bagi meringankan beban kewangan perniagaan di samping meningkatkan produktiviti pengeluaran dan perkhidmatan.

Bagi pemohon yang telah membuat permohonan pada Oktober lepas dan lulus permohonan, tarikh pembayaran GKP 2.0 dijangka hujung bulan November 2020 ini.

TARIKH BAYARAN GKP 2.0 BERMULA 30 NOVEMBER INI

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, berkata PKS mikro terbabit boleh menyemak status kelulusan bermula 27 November ini manakala tarikh pembayaran pula dijangka:

  • Tarikh bayaran GKP 2.0: 30 November 2020

Baca: Semakan Status Permohonan GKP 2.0 Bermula 27 November. Ini Cara Buat Semakan

Bagi memastikan PKS mikro yang benar-benar layak menerima bantuan ini demi kelangsungan perniagaan mereka, setiap permohonan akan disemak silang atau verifikasi dengan data agensi yang ditetapkan kerajaan, termasuk di peringkat pihak berkuasa tempatan.

200,000 PKS MIKRO LULUS PERMOHONAN

Berdasarkan jangkaan awal, bilangan yang akan diluluskan jauh melebihi daripada sasaran awal yang ditetapkan iaitu 200,000 PKS mikro.

Zafrul bagaimanapun berkata, terdapat juga permohonan yang TIDAK AKAN DILULUSKAN antaranya kerana:

  • Tidak memenuhi syarat iaitu tiada lesen daripada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)
  • Tidak mendaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)
  • Tidak memenuhi kriteria PKS mikro iaitu dengan bilangan pekerja melebihi 5 orang

Kerajaan amat prihatin akan cabaran yang dihadapi oleh PKS secara amnya, termasuk PKS mikro. Oleh itu, GKP 2.0 ini adalah komitmen berterusan kerajaan untuk melindungi rakyat, menyokong perniagaan dan memperkukuh ekonomi negara,.

Katanya, ketika pelaksanaan GKP pertama, seramai 545,000 peniaga mikro seluruh negara sudah menerima manfaat dengan jumlah bantuan sebanyak RM1.63 bilion.

Sumber

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma