Bayaran i-Sinar Bulan Oktober Diawalkan Kepada 27 September 2021. Ini Cara Semak Tarikh Bayaran Akhir
Sekejap sahaja masa berlalu, sudah hampir 6 bulan sejak permohonan i-Sinar dibuka tanpa syarat dan ramai Ahli yang memanfaatkan kemudahan ini untuk mengeluarkan simpanan KWSP masing-masing. Seperti yang kita tahu, tempoh maksima pembayaran dibuat adalah sehingga 5 -6 bulan mengikut jumlah pengeluaran yang dibuat.
Bayaran dibuat kepada setiap Ahli adalah berbeza mengikut amaun pengeluaran masing-masing. Ada juga yang sudah tamat tempoh bayaran kerana buat permohonan amaun yang sedikit. Bagi yang baru buat permohonan atau mohon lewat dari tarikh awal permohonan dulu, anda boleh semak bila tarikh akhir bayaran i-Sinar KWSP anda secara online.
Ikuti perkongsian di bawah untuk ketahui cara buat semakan tarikh akhir bayaran i-Sinar KWSP.
Baca juga: [Kini Dibuka] Cara Mohon Pengeluaran i-Citra KWSP RM5,000 Langkah Demi Langkah
Isi Kandungan
TARIKH BAYARAN i-SINAR BULAN OKTOBER 2021
Untuk makluman anda, bayaran i-Sinar bagi bulan Oktober 2021 akan diawalkan kepada:
- 27 September 2021
CARA SEMAK TARIKH AKHIR BAYARAN i-SINAR
Berikut adalah cara membuat semakan tarikh akhir bayaran i-Sinar KWSP anda melalui i-Akaun:
- Log masuk ke i-Akaun KWSP anda. Bagi yang belum daftar i-Akaun, boleh daftar DI SINI
- Pergi ke bahagian i-Sinar
- Semak tarikh akhir bayaran di bahagian ‘Monthly Recurring End Payment Date‘
- Bagi yang buat pindaan (contohnya sebelum ini akaun dah expired sebab KWSP dan bayar habis jumlah yang dipohon), bila buat pindaan akaun kembali berstatus Active dan ada sampai ke tarikh akhir bayaran yang akan dibuat
Mudah kan? Selepas ini boleh lah anda membuat perancangan kewangan berikutnya setelah tamat pembayaran bulanan i-Sinar nanti. Sekiranya anda masih tidak membuat pengeluaran jumlah yang maksimum, anda masih boleh pindaan pengeluaran amaun sekarang.
Baca juga: Panduan Semak Jadual Pembayaran Bulanan I-Sinar Tanpa Syarat Secara Online