Skill Kerja 2026: Cara Upgrade Diri Supaya Tak Ketinggalan Zaman (AI + Human Skills) •Cara Beli Rumah Pertama Usia Muda 2026: Skim Kerajaan, KWSP & Strategi Lulus Loan •Mekap Temuduga Kerja: Cara Solekan Natural Yang Buat Anda Nampak Profesional (Panduan Lengkap 2026) •Kerja Kilang 2026: Senarai Jawatan Selain Operator, Gaji & Cara Mohon (Lengkap + Tips Lulus Temuduga) •Rumah Rosak Akibat Banjir Atau Kebakaran? Ini Cara Claim Insurans & Takaful Rumah (Panduan Lengkap 2026) • Skill Kerja 2026: Cara Upgrade Diri Supaya Tak Ketinggalan Zaman (AI + Human Skills) •Cara Beli Rumah Pertama Usia Muda 2026: Skim Kerajaan, KWSP & Strategi Lulus Loan •Mekap Temuduga Kerja: Cara Solekan Natural Yang Buat Anda Nampak Profesional (Panduan Lengkap 2026) •Kerja Kilang 2026: Senarai Jawatan Selain Operator, Gaji & Cara Mohon (Lengkap + Tips Lulus Temuduga) •Rumah Rosak Akibat Banjir Atau Kebakaran? Ini Cara Claim Insurans & Takaful Rumah (Panduan Lengkap 2026) •

Tanggungjawab Ahli KWSP Beragama Islam Yang Ramai Terlepas Pandang

Oleh Cikgu Shaari • February 25, 2022 • 3 min baca

Tanggungjawab Ahli KWSP Beragama Islam Yang Ramai Terlepas Pandang
Visual Archive // 2022
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

Ramai yang terlepas pandang, sebenarnya ada beberapa tanggungjawab Ahli KWSP yang beragama Islam perlu dilakukan. Mungkin ramai yang terlalu ambil mudah atau tidak ambil tahu dengan kewajipan KWSP ini. Biasanya Ahli KWSP hanya tahu berkenaan pengeluaran simpanan KWSP apabila cukup umur ataupun pengeluaran i-Sinar tanpa syarat.

Jika anda beragama Islam, jangan terlalu lalai dan ambil mudah, dan beberapa tanggungjawab yang sebenarnya anda perlu lakukan terhadap pengeluaran simpanan KWSP anda.

Berikut adalah beberapa tanggungjawab Ahli KWSP beragama Islam yang tidak patut diambil mudah dan ramai terlepas pandang.

TANGGUNGJAWAB AHLI KWSP BERAGAMA ISLAM

Bertukar Ke Simpanan Shariah

Secara umumnya, setiap Ahli yang membuka akaun KWSP secara automatik akan menjadi akaun Simpanan Konvensional. Ahli KWSP yang beragama Islam digalakkan untuk menukar Simpanan Konvensional kepada Akaun Shariah kerana:

  • Pelaburan akaun konvensional tidak patuh shariah. Terdapat unsur keraguan dan pelaburan tak bersih yang dilakukan melalui akaun konvensional
  • Buka akaun patuh shariah supaya duit yang dikeluarkan nanti tiada unsur keraguan dan halal untuk digunakan.

Pertukaran akaun konvensional ke akaun shariah boleh dibuat secara online melalui pautan berikut:

TUKAR AKAUN KONVENSIONAL KEPADA AKAUN SHARIAH

Melakukan Penyucian Dividen

Ahli KWSP yang masih menggunakan akaun konvensional perlu melalukan penyucian dividen yang dikreditkan ke akaun sekiranya belum bertukar ke Simpanan Shariah. Sebab itulah penting untuk anda menggunakan akaun shariah.

  • Ahli KWSP yang menggunakan akaun shariah TIDAK PERLU buat penyucian dividen yang diterima

Macam mana nak buat penyucian dividen KWSP? Rujuk panduan lengkap di bawah:

pengiraan amaun penyucian dividen & panduan lengkap

Bayar Zakat Atas Simpanan KWSP

Wang KWSP ialah wang daripada pendapatan seseorang hasil daripada pekerjaannya yang disimpan di dalam akaun simpanan pekerja kerana tertakluk di bawah akta KWSP. KWSP dikenakan zakat kerana konsepnya sama seperti wang simpanan, cuma perbezaannya simpanan di KWSP tidak boleh dikeluarkan sewenang-wenangnya seperti akaun simpanan biasa.

  • Bayar zakat ke atas simpanan KWSP yang telah diwajibkan zakat dengan merujuk kepada pihak berkuasa zakat negeri

Ketahui syarat pengeluaran & pengiraan zakat KWSP serta cara buat pembayaran di pautan berikut:

syarat pengiraan zakat kwsp & kaedah pembayaran

Melakukan Penamaan

Apabila anda membuat penamaan, anda memilih individu atau institusi untuk menerima dan mentadbir simpanan KWSP anda sekiranya anda meninggal dunia. Anda boleh buat perancangan awal dengan membuat penamaan anda bagi mengurangkan kesulitan dan juga untuk memastikan mereka mendapat jaminan kewangan selepas anda meninggal dunia.

Kepentingan penamaan:

  • Memendekkan proses pengeluaran
  • Mengelakkan sebarang kos dan kerumitan mendapatkan dokumen pihak ketiga dari Pejabat Tanah/ Mahkamah
  • Memastikan waris mewarisi simpanan anda

Bagi Ahli yang masih belum buat penamaan atau ingin kemaskini penamaan waris, anda boleh buat bila-bila masa di sini:

PANDUAN PENAMAAN KWSP SECARA ONLINE

Semoga perkongsian ini dapat memberi kesedaran dan maklumat kepada semua Ahli KWSP yang beragama Islam untuk melakukan tanggungjawab dan kewajipan masing-masing terhadap pengeluaran simpanan KWSP.

Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.