5 Tahap Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Untuk Lepasan SPM & Kelebihannya

Memang tidak dapat dinafikan tidak ramai yang tahu atau pandang rendah dengan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM). Kebanyakan lepasan SPM hanya terfikir untuk sambung pengajian peringkat STPM, Diploma atau Asasi sahaja selepas tamat pengajian di sekolah. Tetapi ramai yang dah terlepas pandang dengan kelebihan yang ditawarkan oleh SKM!

Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) adalah satu dokumen yang diiktiraf dan dikeluarkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) Malaysia. Namun berapa ramai rakyat Malaysia yang tahu SKM ada berapa tahap-tahapnya?

Jika nak tahu, ikuti perkongsian di bawah untuk penjelasan di peringkat awal berkenaan apa yang terdapat dalam pengambilan Sijil Kemahiran Malaysia.

TAHAP-TAHAP SIJIL KEMAHIRAN MALAYSIA (SKM)

Berikut adalah tahap-tahap Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) yang setiap rakyat Malaysia terutama lepasan SPM perlu tahu:

Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 1 – Peringkat Operasi & Pengeluaran

Pada tahap 1 pelatih akan dilatih di peringkat asas iaitu Peringkat Operasi dan Pengeluaran. Tempoh latihan diberikan adalah selama 6 bulan. Pelatih boleh melanjutkan latihan ke peringkat seterusnya iaitu SKM Tahap 2.

Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2 – Peringkat Operasi & Pengeluaran

Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2 juga masih diperingkat asas, Peringkat Operasi dan Pengeluaran. Tempoh latihan juga diberikan selama 6 bulan.

Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 – Peringkat Penyeliaan

Untuk mendapatkan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3, pelatih perlu menamatkan latihan tahap sebelumnya iaitu SKM Tahap 2. Di tahap ini, pelatih akan dilatih dalam Penyeliaan. Tempoh latihan di tahap 3 ini adalah selama 1 tahun.

Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) Tahap 4 – Peringkat Penyeliaan Tahap Tinggi

Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) Tahap 4 ini adalah peringkat yang lebih tinggi dalam tahap-tahap kepakaran pelatih-pelatih. Masih dalam peringkat Penyeliaan tetapi lebih kepada peringkat tinggi. Tempoh latihan DKM Tahap 4 adalah selama 1 tahun.

Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) Tahap 5 – Peringkat Pengurusan

Pada tahap Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia (DLKM) ini sudah memasuki peringkat yang lebih tinggi iaitu peringkat Pengurusan. Tempoh latihan dalam tahap ini adalah selama 1 tahun setengah.

KELEBIHAN 5 TAHAP SIJIL KEMAHIRAN MALAYSIA (SKM)

Jika pelatih berjaya menjalani sehingga ke tahap tertinggi iaitu DLKM Tahap 5, sudah berbaloi untuk mempunyai kerjaya yang cemerlang. Sebenarnya jika mengikut carta alir tahap-tahap Persijilan Kemahiran Malaysia, pelatih boleh menuntut ilmu sehingga MTM Tahap 8 iaitu peringkat Malaysian Skills Technology.

Dilihat dari sudut masa depannya maka boleh dikatakan bidang kemahiran semakin mendapat tempat di hati pelatih yang merebut peluang yang semakin lumayan.

Majikan industri-industri di Malaysia ini juga semakin berani untuk merebut pelatih separuh mahir dan mahir ini untuk berkhidmat di premis mereka. Apatah lagi kerajaan Malaysia telah meletakkan harapan tinggi dalam bidang kemahiran dengan wujudnya Revolusi Industri 4.0.

Semoga bermanfaat!

Sumber

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma