Bagasi Rosak Selepas Flight? Ini Cara Claim Ganti Rugi Di Airport (Panduan Lengkap 2026) •Sekatan Perjalanan Ke Luar Negara: Cara Semak Status Cukai LHDN & Elak Kena Tahan Di Airport •Tak Pandai Masak? Ini Cara Jadi Vendor Makanan 2026 Yang Menguntungkan •Cara Beli Rumah Tanpa Modal 2026: Teknik Full Loan, KWSP & Skim Kerajaan (Panduan Lengkap) •Bantuan Komputer Riba Negeri Sembilan 2026: Syarat, Cara Mohon & Kelayakan Pelajar B40 • Bagasi Rosak Selepas Flight? Ini Cara Claim Ganti Rugi Di Airport (Panduan Lengkap 2026) •Sekatan Perjalanan Ke Luar Negara: Cara Semak Status Cukai LHDN & Elak Kena Tahan Di Airport •Tak Pandai Masak? Ini Cara Jadi Vendor Makanan 2026 Yang Menguntungkan •Cara Beli Rumah Tanpa Modal 2026: Teknik Full Loan, KWSP & Skim Kerajaan (Panduan Lengkap) •Bantuan Komputer Riba Negeri Sembilan 2026: Syarat, Cara Mohon & Kelayakan Pelajar B40 •

Cara Tuntut Bantuan Khairat Kematian RM2,500 Pencarum KWSP

Oleh Cikgu Shaari • November 21, 2022 • 3 min baca

Cara Tuntut Bantuan Khairat Kematian RM2,500 Pencarum KWSP
Visual Archive // 2022
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

Bantuan Kematian merupakan tanda simpati KWSP terhadap waris terdekat ahli (atas budi bicara KWSP). Bayaran sebanyak RM2,500 dibayar sekali sahaja kepada “orang tanggungan ahli” yang layak (balu/duda, anak, atau ibu bapa ahli tertakluk kepada status perkahwinan ahli).

Permohonan bantuan perlulah dilakukan di cawangan KWSP berdekatan dengan kemukakan beberapa dokumen. Semak syarat kelayakan untuk membuat tuntutan dan dokumen yang diperlukan.

KADAR BAYARAN BANTUAN KHAIRAT KEMATIAN KWSP

Bayaran Bantuan Khairat Kematian Ahli KWSP kepada orang tanggungan ahli adalah sebanyak:

  • RM2,500 sekali bayar

SYARAT KELAYAKAN

Antara syarat kelayakan untuk buat tuntutan bantuan kematian pencarum KWSP adalah:

  • Ahli yang telah meninggal dunia adalah Warganegara, Penduduk Tetap (PR) dan Bukan Warganegara (yang mendaftar sebelum 1 Ogos 1998)
  • Orang tanggungan ahli (balu/duda/anak/ibu bapa) Tertakluk kepada status perkahwinan ahli
  • Permohonan mesti diterima dalam tempoh 6 bulan dari tarikh kematian ahli
  • Ahli mati sebelum mencapai umur 60 tahun
  • Ahli masih mempunyai simpanan KWSP

DOKUMEN UTAMA

Berikut adalah dokumen utama yang perlu dikemukakan untuk membuat tuntutan Bantuan Kematian:

  • Borang Pengeluaran KWSP 9KM (AHL)
  • Sijil Kematian Ahli
    *Bagi anggota tentera / polis yang meninggal dunia dalam perkhidmatan perlu kemukakan Surat Pengesahan Kematian oleh Majikan
  • Kad Pengenalan Diri Pemohon
    i. MyKad / Kad Pengenalan Polis / Kad Pengenalan Tentera / Kad Pengenalan Permaustautin Tetap (MyPR)
    ATAU
    ii. Pasport. Jika bukan warganegara Malaysia.
    *Salinan Kad Pengenalan PERLU dibuat di kedua-dua bahagian (depan dan belakang) di atas sekeping kertas saiz A4
  • Pembayaran Secara Pengkreditan Terus Ke Akaun Bank Pemohon
    – Buku Bank / Penyata Akaun Simpanan ATAU Penyata Akaun Semasa ATAU Surat Pengesahan Bank Mengenai Butiran Pemegang Akaun ATAU Cetakan Butiran Pemegang Akaun Melalui Laman Web
    *Akaun bank mestilah yang dilantik oleh KWSP dan aktif

DOKUMEN SOKONGAN

Berikut adalah dokumen sokongan untuk membuat tuntutan:

  • Sijil lahir pemohon, jika penamaan yang didaftar oleh ahli menggunakan Sijil Kelahiran pemohon.
  • Ahli KWSP (si mati) belum berkahwin
    – Sijil Kelahiran Ahli, sekiranya pemohon adalah ibu atau bapa ahli; ATAU
    – Sijil Kelahiran Ahli, Sijil Kelahiran Pemohon serta Sijil Kematian Ibu bapa ahli, sekiranya pemohon adalah adik beradik ahli.
  • Ahli KWSP (si mati) telah berkahwin
    – Sijil Nikah / Sijil Perkahwinan Ahli / Cabutan Daftar Perkahwinan.
    * Jika maklumat perkahwinan tidak lengkap, Sijil Kelahiran Anak Ahli perlu dikemukakan
  • Ahli KWSP (si mati) bukan islam telah berkahwin sebelum 1 Mac 1982
    – Surat Akuan Sumpah Kahwin dan Sijil Kelahiran Anak Ahli
  • Ahli KWSP (si mati) telah bercerai
    – Sijil Penceraian Ahli; DAN
    – Dokumen bukti pertalian ahli dengan pemohon
  • Surat Kuasa
    – Surat Kuasa Mentadbir / Probet (Mahkamah Tinggi); ATAU
    – Perintah Pembahagian (Pejabat Tanah); ATAU
    – Sijil / Perintah Faraid (Mahkamah Syariah); ATAU
    – Surat Kuasa Amanah Raya Berhad (ARB) ATAU
    – Surat Kuasa Mentadbir (Pejabat Daerah Sarawak) ATAU
    – Surat Kuasa (Mahkamah Anak Negeri Sabah)
  • Penama Meninggal Dunia
    – Sijil Kematian Penama

KWSP berhak meminta apa-apa dokumen tambahan sekiranya diperlukan dan berhak menolak mana-mana permohonan yang tidak lengkap dan tidak memenuhi syarat yang ditetapkan. Permohonan boleh dilakukan di cawangan KWSP berdekatan anda.

Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.