Tarikh Bayaran Bantuan Khas Kewangan Minimum RM1,200 Buat Penjawat Awam Pulau Pinang 

Sebagai menghargai sumbangan dan pengorbanan kakitangan awam serta anggota pentadbiran, kerajaaan negeri bersetuju memberi insentif bantuan khas kewangan berjumlah setengah bulan gaji atau minimum RM1,200 bagi setiap seorang.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow berkata, bayaran itu melibatkan 3,920 penjawat awam negeri dengan implikasi kewangan berjumlah RM6.13 juta. Katanya Kerajaan negeri amat bertuah kerana memiliki barisan penjawat awam yang berdedikasi, berintegriti dan komited untuk memastikan dasar-dasar kerajaan negeri dilaksanakan dengan jayanya.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut pemberian bantuan khas kewangan dan tarikh bayaran bantuan.

KADAR BAYARAN BANTUAN KHAS KEWANGAN

Setiap penjawat awam di Kedah akan menerima bantuan khas kewangan sebanyak:

  • Setengah bulan gaji atau minimum RM1,200

TARIKH BAYARAN BANTUAN KHAS KEWANGAN PENJAWAT AWAM PULAU PINANG

Beliau berkata, bantuan khas kewangan itu melibatkan pembayaran sebanyak RM8 juta yang akan dibayar pada:

  • Tarikh bayaran: Disember 2022

Kerajaan negeri amat berterima kasih atas dedikasi dan kesungguhan yang tidak berbelah bahagi kakitangan awam negeri dalam melaksanakan dasar, program, projek yang dirancang oleh kerajaan demi membangunkan negeri ini

PEMBERIAN BANTUAN PENYELIA & GURU KAFA

Selain itu, penyelia dan guru Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA), guru Sekolah Rendah Agama Rakyat, guru Sekolah Menengah Agama Rakyat dan guru serta staf Sekolah Persendirian Cina akan menerima:

  • Pemberian RM300 seorang

Melibatkan tambahan perbelanjaan berjumlah RM900,000, Guru Tahfiz, guru Pondok dan guru Tadika Islam negeri akan menerima:

  • RM200 seorang

Bantuan ini boleh dikatakan bonus yang diberikan kepada Penjawat Awam bagi menghargai jasa dan bakti anggota perkhidmatan awam yang berkhidmat tanpa mengenal penat lelah.

Sumber

Daftar Sebagai Pembaca
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma