Cara Dapatkan Gambar Rasmi Pemimpin Negara Secara Sah – Elak Salah Guna & Risiko Undang-Undang •Main Game Boleh Jadi Duit? Ini Cara Jana Pendapatan Melalui E-Sukan Di Malaysia •Gagal Temuduga SPP? Jangan Sedih, Ini Laluan Guru Sekolah Swasta Yang Ramai Terlepas Pandang •Nak Jadi Pilot Tapi Tak Mampu Bayar RM350K? Ini Laluan TUDM Yang Ramai Tak Tahu •Buat Resume Guna Phone Dalam 15 Minit – Cara Paling Mudah (Siap PDF Terus Hantar!) • Cara Dapatkan Gambar Rasmi Pemimpin Negara Secara Sah – Elak Salah Guna & Risiko Undang-Undang •Main Game Boleh Jadi Duit? Ini Cara Jana Pendapatan Melalui E-Sukan Di Malaysia •Gagal Temuduga SPP? Jangan Sedih, Ini Laluan Guru Sekolah Swasta Yang Ramai Terlepas Pandang •Nak Jadi Pilot Tapi Tak Mampu Bayar RM350K? Ini Laluan TUDM Yang Ramai Tak Tahu •Buat Resume Guna Phone Dalam 15 Minit – Cara Paling Mudah (Siap PDF Terus Hantar!) •

Transfer Duit Ke Tabung Haji Menggunakan JomPay. Tiada Caj Dikenakan, Ini Caranya

Oleh Cikgu Shaari • February 4, 2021 • 2 min baca

Transfer Duit Ke Tabung Haji Menggunakan JomPay. Tiada Caj Dikenakan, Ini Caranya
Visual Archive // 2021
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

Berita baik buat pendeposit Tabung Haji! Para pendeposit Lembaga Tabung Haji (TH) kini boleh menggunakan kemudahan pemindahan dana dalam talian melalui JomPAY. Sebelum ini Tabung Haji telah memperkenalkan perbankan mudah secara dalam talian THiJARI dengan pelbagai kemudahan disediakan.

Kini melalui JomPay, pendeposit boleh membuat urusan pemindahan dana secara dalam talian ke dalam akaun simpanan TH pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja. Ia adalah sebagai sebahagian daripada usaha ke arah digitalisasi dengan menyediakan lebih banyak “touchpoint” untuk kemudahan para pendeposit.

Ikuti perkongsian di bawah untuk ketahui kemudahan-kemudahan Tabung Haji dalam talian serta cara transfer wang ke Tabung Haji menggunakan JomPay.

KEMUDAHAN THiJARI

Tahun lepas, Tabung Haji telah melancarkan platform perkhidmatan digital terbaharu dikenali sebagai “THiJARI” untuk memudahkan para pendeposit TH.

Melalui perkhidmatan THiJARI,  pendeposit boleh:

  • menyemak akaun
  • mencetak penyata akaun
  • membuat pindahan wang
  • membuat urusan perkhidmatan Haji
  • melakukan urusan Kelab TaHa secara dalam talian.

Untuk mendaftar THiJARI, anda boleh RUJUK PANDUAN INI.

KEMUDAHAN JOMPAY TABUNG HAJI

TH sentiasa berusaha untuk menambah baik perkhidmatan digital kepada para pendepositnya dan dengan pengenalan kemudahan JomPAY, urusan pendeposit dapat dijalankan dengan lebih mudah.

Pendeposit dapat memindahkan dana daripada akaun simpanan/semasa bank mereka ke akaun simpanan TH melalui platform perbankan internet sedia ada. Tiada sebarang pendaftaran dikenakan untuk menggunakan kemudahan JomPAY ini dan ia adalah PERCUMA.

Nota: Pemindahan wang ke Tabung Haji melalui JomPAY boleh dibuat melalui perbankan online mana-mana jenis bank.

CARA TRANSFER DUIT KE TABUNG HAJI GUNA JOMPAY

Berikut adalah cara membuat pindahan wang ke Tabung Haji menggunakan JomPAY:

Login Ke Perbankan Online

Anda perlu login ke akaun CIMB Clicks   (atau mana-mana perbankan online anda)

Cara Transfer Duit Ke Akaun Tabung Haji Guna CIMB Clicks

Klik ‘Pay Bills”

Pilih menu ‘ Pay & Transfer‘ dan klik pada butang ‘JomPAY’

Cara Transfer Duit Ke Akaun Tabung Haji Guna CIMB Clicks

Masukkan Biller Code

JomPay Biller Code bagi simpanan TH dan maklumat lain adalah:

  • Biller Code TH: 60228
  • Biller Name – Tabung Haji – Deposit
  • Ref-1: Nombor Akaun TH (15 digit)

Siap! Wang dari perbankan online anda akan terus dimasukkan ke akaun simpanan Tabung Haji tanpa sebarang caj dikenakan. Untuk dapatkan maklumat lanjut mengenai kemudahan pindahan simpanan TH melalui JomPAY anda boleh rujuk di laman tabunghaji.gov.my.

Sumber

Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.