Mekap Temuduga Kerja: Cara Solekan Natural Yang Buat Anda Nampak Profesional (Panduan Lengkap 2026) •Kerja Kilang 2026: Senarai Jawatan Selain Operator, Gaji & Cara Mohon (Lengkap + Tips Lulus Temuduga) •Rumah Rosak Akibat Banjir Atau Kebakaran? Ini Cara Claim Insurans & Takaful Rumah (Panduan Lengkap 2026) •Cara Jadi Guru Tuisyen Online Di Malaysia 2026: Platform, Kadar Bayaran & Tips Jana Income Dari Rumah •Nak Jadi Pro Dalam Social Media Marketing 2026? Ini Kemahiran Wajib Anda Kena Kuasai • Mekap Temuduga Kerja: Cara Solekan Natural Yang Buat Anda Nampak Profesional (Panduan Lengkap 2026) •Kerja Kilang 2026: Senarai Jawatan Selain Operator, Gaji & Cara Mohon (Lengkap + Tips Lulus Temuduga) •Rumah Rosak Akibat Banjir Atau Kebakaran? Ini Cara Claim Insurans & Takaful Rumah (Panduan Lengkap 2026) •Cara Jadi Guru Tuisyen Online Di Malaysia 2026: Platform, Kadar Bayaran & Tips Jana Income Dari Rumah •Nak Jadi Pro Dalam Social Media Marketing 2026? Ini Kemahiran Wajib Anda Kena Kuasai •

Bayaran RM400 Kepada Pemandu Teksi & Industri Pelancongan Terengganu Minggu Hadapan

Oleh Cikgu Shaari • February 4, 2021 • 2 min baca

Bayaran RM400 Kepada Pemandu Teksi & Industri Pelancongan Terengganu Minggu Hadapan
Visual Archive // 2021
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

Kerajaan negeri Terengganu semalam telah mengumumkan pemberian insentif secara ‘one-off’ dengan jumlah peruntukan sebanyak RM132,200 kepada pemain industri pelancongan yang terjejas pendapatan ekoran pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di negeri ini .

Seperti yang kita tahu kebanyakan sektor terutama sektor pelancongan menghadapi kerugian yang besar akibat pandemik COVID-19. Bantuan yang disalurkan ini diharapkan sedikit sebanyak dapat membantu golongan-golongan ini meneruskan kehidupan sepanjang PKP.

Ikuti perkongsian di bawah untuk semak golongan yang akan terima bantuan one-off serta kadar bayaran diterima.

KADAR BAYARAN ONE-OFF

Insentif yang diumumkan tersebut akan diagihkan kepada golongan berikut dengan kadar bayaran ditetapkan:

  • Penarik beca – RM400
  • Pemandu bot penambang – RM400
  • Pemandu teksi di Lapangan terbang Sultan Mahmud (LTSM) – RM250
  • Pemandu Pelancong – RM250
  • Pemandu dan pekerja rumah bot Tasik Kenyir – RM250

TARIKH BAYARAN BANTUAN

Seperti dimaklumkan, insentif yang dinyatakan akan dimasukkan ke dalam akaun bank setiap penerima pada:

  • Seawal minggu hadapan

SEKTOR PELANCONGAN TERJEJAS

Seperti yang kita tahu kebanyakan sektor terutama sektor pelancongan menghadapi kerugian yang besar akibat pandemik COVID-19.

Sebagai contoh rumah bot di Tasik Kenyir, kalau diikutkan tempahan yang diterima penuh sehingga Mac tahun ini, namun apabila berlaku PKP banyak tempahan dibatalkan dan ia menjejaskan pendapatan pengusaha dan pekerja rumah bot tersebut.

Kerajaan negeri kini sedang merangka strategi untuk mempromosikan produk pelancongan Terengganu dalam kalangan penduduk di sini sebagai persediaan sekiranya larangan merentas negeri masih dilaksanakan.

Sumber

Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.