Syarat Kelayakan Buat Pengeluaran Khas KWSP Sehingga RM10,000

Hasrat rakyat Malaysia akhirnya bakal tercapai juga. Kerajaan pada 16 Mac 2022 telah bersetuju membenarkan pencarum membuat pengeluaran khas sehingga RM10,000 daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP). Keputusan itu dibuat berdasarkan hasil kajian dan penelitian secara menyeluruh dalam kalangan rakyat yang masih terkesan dari segi ekonomi, kehilangan pendapatan dan sedang membina semula kehidupan.

Kerajaan mendengar, mengkaji dan meneliti permintaan daripada semua pihak untuk mengeluarkan caruman KWSP. Justeru, pada 16 Mac 2022 kerajaan bersetuju membenarkan pengeluaran khas KWSP itu.

Bagi Ahli KWSP yang berhasrat untuk buat pengeluaran khas KWSP, pastikan anda memenuhi syarat kelayakan yang ditetapkan oleh KWSP. Anda boleh semak syarat pengeluaran khas KWSP di perkongsian bawah.

SYARAT PENGELUARAN KHAS KWSP

Ahli KWSP yang ingin buat pengeluaran khas sehingga RM10,000 mestilah memenuhi syarat kelayakan berikut:

  • Terbuka kepada ahli KWSP berumur di bawah 55 tahun
  • Permohonan dibuat dalam tempoh 1 April hingga 30 April 2022 secara online
  • Amaun pengeluaran yang dibuat mestilah minimum RM50 hingga RM10,000 sahaja
  • Pengeluaran khas KWSP adalah tertakluk kepada baki simpanan Akaun 2. Jika tidak mencukupi, simpanan Akaun 1 akan diakses

Rujuk: Tarikh Rasmi Permohonan Pengeluaran Khas KWSP Sehingga RM10,000 Dibuka 1 April

SEMAK BAKI SIMPANAN KWSP SECARA ONLINE

Seperti yang dinyatakan di atas, salah satu syarat kelayakan buat pengeluaran khas KWSP sehingga RM10,000 adalah Ahli mestilah ada baki simpanan dalam Akaun 2 dan Akaun 1.

Justeru, Ahli dinasihatkan untuk buat semakan baki simpanan KWSP terlebih dahulu sebelum mohon pengeluaran khas dengan ikut langkah berikut:

1. Dapatkan Kod Pengaktifan

Pertama sekali, anda perlu pergi ke mana-mana Kios atau Kaunter KWSP untuk mendapatkan Kod Pengaktifan dengan menggunakan MyKad sebelum menggunakan perkhidmatan i-Akaun.

Di kaunter nanti, anda akan diberi ID sementara atau Kod Pengaktifan untuk disimpan

Rujuk: Senarai Kiosk KWSP & Perkhidmatan Yang Disediakan

2. Login Laman Web Rasmi KWSP

Cara Semak Penyata KWSP Secara Online, Boleh Juga Buat Pengeluaran

Seterusnya, layari laman web KWSP (kwsp.gov.my) seperti dalam paparan skrin di atas. Klik pada ‘Login Ke i-Akaun (Ahli) >> Pengaktifan i-Akaun’.

Masukkan Kod Pengaktifan yang telah diberi semasa di kaunter KWSP tadi. Ingat, kod ini perlu diaktifkan dalam tempoh 30 hari ya. Kalau balik rumah dan terlupa nak aktifkan hingga melebihi 30 hari, kenalah minta kod yang baru.

Cara Semak Penyata KWSP Secara Online, Boleh Juga Buat Pengeluaran

3. Tukar ID & Kata Laluan

Selepas selesai, terus tukarkan ID dan kata laluan pilihan anda. Pastikan pilih kata laluan yang mudah diingat supaya senang nak login dengan mudah pada masa akan datang.

Imej sekuriti dan frasa rahsia akan diberikan untuk pengesahan. Bila dah settle, anda akan diberi hyperlink untuk login semula dengan menggunakan ID dan kata laluan yang baru dicipta tadi.

4. Semak Penyata KWSP Online/ Baki Terkini

Selepas login dengan kata laluan baru, anda boleh terus semak penyata anda.Untuk menyemak baki akaun KWSP, terus klik pada pautan ‘Penyata Tahun Semasa / Tahun Sebelumnya’.

Boleh print terus untuk kegunaan permohonan pinjaman perumahan atau urusan-urusan lain.

Cara Semak Penyata KWSP Secara Online, Boleh Juga Buat Pengeluaran

TARIKH PEMBAYARAN PENGELUARAN KHAS KWSP RM10,000

Pembayaran bagi pengeluaran khas KWSP sehingga RM10,000 adalah bermula pada:

  • Mulai 20 April 2022

Kerajaan menegaskan bahawa keputusan memberi kebenaran pengeluaran caruman KWSP itu adalah keputusan yang sukar kerana ia membabitkan simpanan hari tua rakyat dan pengeluaran khas ini adalah jalan tengah dalam mengimbangi antara keperluan mendesak hari ini dan simpanan masa hadapan.

Kerajaan sebelum ini membenarkan pengeluaran caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) melalui tiga skim iaitu i-Lestari, i-Sinar dan i-Citra berjumlah RM101 bilion, melibatkan 7.34 juta pencarum sejak pandemik COVID-19 melanda negara dua tahun lalu.

Walaupun kerajaan memberi kebenaran untuk pengeluaran khas KWSP ini, namun beliau merayu kepada pencarum supaya mengekalkan simpanan mereka kecuali keadaan benar-benar mendesak.

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma