Skill Kerja 2026: Cara Upgrade Diri Supaya Tak Ketinggalan Zaman (AI + Human Skills) •Cara Beli Rumah Pertama Usia Muda 2026: Skim Kerajaan, KWSP & Strategi Lulus Loan •Mekap Temuduga Kerja: Cara Solekan Natural Yang Buat Anda Nampak Profesional (Panduan Lengkap 2026) •Kerja Kilang 2026: Senarai Jawatan Selain Operator, Gaji & Cara Mohon (Lengkap + Tips Lulus Temuduga) •Rumah Rosak Akibat Banjir Atau Kebakaran? Ini Cara Claim Insurans & Takaful Rumah (Panduan Lengkap 2026) • Skill Kerja 2026: Cara Upgrade Diri Supaya Tak Ketinggalan Zaman (AI + Human Skills) •Cara Beli Rumah Pertama Usia Muda 2026: Skim Kerajaan, KWSP & Strategi Lulus Loan •Mekap Temuduga Kerja: Cara Solekan Natural Yang Buat Anda Nampak Profesional (Panduan Lengkap 2026) •Kerja Kilang 2026: Senarai Jawatan Selain Operator, Gaji & Cara Mohon (Lengkap + Tips Lulus Temuduga) •Rumah Rosak Akibat Banjir Atau Kebakaran? Ini Cara Claim Insurans & Takaful Rumah (Panduan Lengkap 2026) •

Prasarana SPEEDS Program: Tawaran Program Latihan Pengurusan Buat Graduan & Individu Tiada Pengalaman

Oleh Cikgu Shaari • March 17, 2022 • 2 min baca

Prasarana SPEEDS Program: Tawaran Program Latihan Pengurusan Buat Graduan & Individu Tiada Pengalaman
Visual Archive // 2022
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

SPEEDS ialah program latihan  pengurusan 2 tahun yang direka untuk menawarkan graduan baharu atau individu yang mempunyai pengalaman kerja kurang daripada satu tahun peluang untuk mempercepatkan kerjaya anda dengan Prasarana sebagai pemimpin masa depan.

Jika anda adalah bakat yang sangat bertenaga untuk menyumbang kepada kecemerlangan kami dan pertumbuhan berterusan serta keinginan untuk menjadi sebahagian daripada pasukan Prasarana, anda dipelawa untuk mohon sekarang!.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut program ditawarkan dan panduan buat permohonan bagi yang berminat.

MAKLUMAT PROGRAM

  • Nama majikan: Prasarana
  • Nama program: Strategic Prasarana Executive Enhancement and Development Scheme (SPEEDS)
  • Tempoh latihan: 2 tahun
  • Tarikh tutup permohonan: 31 Mac 2022

OBJEKTIF PROGRAM

Antara matlamat Prasarana menawarkan program SPEEDS ini adalah:

  • Untuk mempercepatkan kerjaya graduan baru untuk menjadi generasi seterusnya penyumbang utama dan pemimpin syarikat
  • Untuk melatih dan membentuk graduan baru menjadi bakat yang lebih seimbang dengan pendedahan yang baik kepada aspek perniagaan.

KELEBIHAN PROGRAM

Melalui program ini, calon yang berjaya sertai program ini akan mendapat manfaat seperti berikut:

  • Pembinaan kerjaya dengan pantas
  • Persekitaran pembelajaran dipercepatkan
  • On-The-Job training
  • Mentorship

SYARAT KELAYAKAN

Permohonan adalah terbuka kepada graduan yang memenuhi syarat kelayakan berikut:

  • Minima kelayakan Ijazah Sarjana Muda dalam pelbagai bidang
  • Keputusan minima CGPA 3.30 dan ke atas
  • Graduan atau calon yang mempunyai pengalaman kerja kurang daripada 1 tahun

CARA MOHON

Sekiranya anda berminat untuk sertai program yang ditawarkan dan merupakan graduan atau individu yang memenuhi syarat kelayakan dinyatakan di atas, anda boleh buat permohonan selewat-lewatnya 31 Mac 2022.

Permohonan bagi mengikuti program SPEEDS Prasarana boleh dibuat secara online melalui pautan berikut:

Untuk dapatkan maklumat lanjut berkenaan program SPEEDS Prasarana, anda boleh rujuk di laman web https://www.prasarana.com.my/career/. Sebarang pertanyaan lanjut boleh hubungi pegawai bertugas di talian 03 22991999 (Shaiful) atau 03 22991999 (Nabil).

Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.