Semak Syarat Kelayakan Pengeluaran i-Citra KWSP & Amaun Pengeluaran Yang Dibenarkan
Dalam pengumuman bantuan Pakej Perlindungan Rakyat & Pemulihan (PEMULIH) oleh Perdana Menteri baru-baru ini, antara yang mendapat perhatian ramai adalah kebenaran pengeluaran RM5,000 simpanan KWSP melalui program i-Citra. Ahli KWSP yang masih mempunyai baki simpanan KWSP boleh buat permohonan yang akan dibuka pada bulan Julai 2021 nanti.
Pengeluaran i-Citra diperkenalkan untuk memberi kemudahan kewangan tambahan kepada ahli yang terkesan akibat PKP bagi memenuhi keperluan asas untuk kelangsungan hidup mereka.
Sebelum merancang untuk buat permohonan i-Citra apabila dibuka nanti, pastikan anda semak syarat kelayakan dan amaun pengeluaran yang dibenarkan.
Isi Kandungan
SYARAT KELAYAKAN
Ahli yang layak memohon adalah terdiri daripada:
- Ahli KWSP yang berumur 55 tahun ke bawah, termasuk bukan warganegara dan pemastautin tetap
- Mempunyai jumlah simpanan sekurang-kurangnya RM150 dalam Akaun KWSP pada tarikh permohonan
- Anggota perkhidmatan awam juga boleh memohon i-Citra. Walau bagaimanapun, mereka berkemungkinan akan berdepan dengan risiko menggunakan syer kerajaan yang perlu dikembalikan kepada kerajaan kelak.
- Ahli boleh mohon i-Citra walaupun pernah memohon i-Lestari dan i-Sinar. Tidak perlu menunggu sehingga bayaran i-Sinar selesai
AMAUN PENGELUARAN YANG DIBENARKAN
Berikut adalah amaun pengeluaran yang layak dikeluarkan:
- Amaun kelayakan pengeluaran adalah sehingga maksimum RM5,000.
- Bayaran bulanan akan dibuat sehingga lima (5) bulan.
- Bayaran yang ditetapkan adalah RM1,000 sebulan atau tertakluk kepada jumlah baki simpanan.
- Bayaran minimum adalah RM50
- Meninggalkan baki sekurang-kurangnya RM100 dalam Akaun 1
- Amaun kelayakan pengeluaran adalah berdasarkan jumlah simpanan ahli pada tarikh permohonan diproses setelah ditolak bayaran i-Sinar yang akan datang (jika ada)
Simpanan minimum RM100 perlu dikekalkan dalam Akaun 1 agar dapat mengekalkan status sebagai ahli KWSP serta layak untuk mendapat manfaat yang berkenaan. (Manfaat Bantuan Kematian & Bantuan Hilang Upaya)
TARIKH PERMOHONAN i-CITRA
Permohonan i-Citra KWSP boleh dibuat pada:
- 12 Julai 2021 hingga 30 September 2021
Permohonan hanya secara dalam talian melalui portal icitra.kwsp.gov.my. Bagaimanapun, portal ini hanya boleh diakses bermula 12 Julai 2021. Maklumat lanjut mengenainya akan dimaklumkan dalam masa terdekat.
TARIKH BAYARAN i-CITRA
Bayaran bagi permohonan yang dibuat pada bulan Julai dijangka dibayar bermula pada:
- Bermula Ogos 2021
SEMAK BAKI SIMPANAN KWSP
Ahli boleh membuat semakan jumlah simpanan melalui langkah berikut:
Untuk maklumat lanjut berkenaan Pengeluaran i-Citra, anda boleh terus ke laman web rasmi KWSP di pautan www.kwsp.gov.my atau Ask ELYA di laman web rasmi KWSP.