Syarat Terkini Kemasukan ke Tingkatan 6 KPM

Program Pra Universiti ataupun lebih dikenali sebagai Tingkatan 6 merupakan kelas persediaan ke universiti sama seperti IPT-IPT yang lain yang turut menawarkan kelas persediaan seperti ini. Bezanya adalah di Tingkatan 6, pelajar perlu menduduki peperiksaan awam iaitu Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM).

Jika di IPT lain pula contohnya seperti Matrikulasi, pelajar akan menduduki peperiksaan yang digubal oleh pihak Matrikulasi itu sendiri. STPM pula digubal oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia dan diselaraskan di seluruh Malaysia.

Kebanyakan pelajar pada hari ini tidak berminat untuk meneruskan pengajian di Tingkatan 6 atas banyak faktor. Antaranya adalah kerana pusat pengajian Tingkatan 6 adalah di sekolah menengah. Terdapat pelajar yang kurang berminat untuk kembali semula ke sekolah untuk belajar.

SISTEM “GRADE BY SEMESTER”

Seterusnya, faktor lain juga adalah pelajar berasa terbeban kerana mendakwa peperiksaan STPM adalah susah. Oleh sebab itulah, Kementerian Pendidikan Malaysia telah mengambil beberapa langkah efektif dalam mempromosikan Tingkatan 6 kepada pelajar-pelajar lepasan SPM.

Antaranya adalah memperkenalkan sistem “grade by semester” di mana pengajian Tingkatan 6 ini dibahagikan kepada 3 semester.

  • Gred atau markah yang terkumpul pada setiap semester ini akan digabungkan pada akhir semester dan gred itulah akan menentukan kemasukan pelajar ke universiti untuk peringkat pengajian seterusnya.

Malah, pelajar yang mendapat gred kurang bagus dalam sesuatu semester itu dibenarkan untuk mengulang subjek bagi semester tersebut. Konsep ini sama seperti konsep penilaian yang dijalankan di IPT.

Pemakaian Tingkatan 6

Bukan itu sahaja, KPM turut membuat perubahan pada aspek pemakaian.

Jika sebelum ini pelajar Tingkatan 6 perlu memakai pakaian sekolah, tetapi kini pelajar bebas memakai pakaian formal. Kerajaan juga turut bercadang untuk memisahkan Tingkatan 6 daripada sekolah menengah iaitu dengan cara membina pusat pengajian khas untuk Tingkatan 6 sahaja. 

Kelebihan Tingkatan 6

Walau bagaimanapun, pihak kami dapat membuat kesimpulan bahawa pengajian di Tingkatan 6 amatlah banyak kelebihannya. Jadi, jika anda berminat untuk menyambung pengajian di Tingkatan 6, adalah amat dialu-alukan untuk berbuat demikian. Berikut kami kongsikan serba sedikit kelebihan-kelebihan menyambung pengajian di Tingkatan 6.

  • Tidak dikenakan yuran pengajian
  • Sijil STPM adalah diiktiraf
  • Jika dibandingkan sijil STPM dengan sijil Matrikulasi, sijil STPM adalah lebih berharga.
  • Mendapat keistimewaan sebagai pelajar sekolah

Baca juga: 12 Kelebihan Masuk Tingkatan 6

BAGAIMANA UNTUK MASUK TINGKATAN 6

Mungkin ada yang tertanya-tanya bagaimana untuk memohon kemasukan ke Tingkatan 6.

  • Anda tidak perlu memohon pun sebenarnya kerana sekiranya anda memenuhi segala syarat yang ditetapkan, secara automatik anda akan menerima surat tawaran untuk ke Tingkatan 6.
  • Anda hanya perlu pergi ke sekolah yang ditetapkan untuk mendaftar pada hari yang ditetapkan.
  • Semakan kelayakan juga boleh dibuat melalui laman web KPM selepas 20 hari keputusan SPM dikeluarkan

Sekiranya anda tidak ditawarkan, anda bolehlah mengemukakan rayuan. Mungkin anda ingin tahu syarat-syarat-syarat ke Tingkatan 6 bukan? Dalam artikel ini, kami akan kongsikan Syarat-Syarat Kemasukan ke Tingkatan 6 KPM sebagai panduan anda.

Baca juga: Permohonan UPU Online

SYARAT UTAMA KEMASUKAN KE TINGKATAN 6

Berikut adalah syarat utama ataupun syarat am yang perlu anda penuhi untuk masuk ke Tingkatan 6:

  • Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan mendapat sekurang-kurangnya kepujian bagi mata pelajaran Bahasa Melayu.
  • Berumur di antara 17 hingga 20 tahun pada 1 Januari tahun semasa

SYARAT KHAS KEMASUKAN KE TINGKATAN 6

Di bawah ini pula adalah syarat-syarat khas yang telah ditetapkan yang perlu anda penuhi untuk menyambung pengajian ke Tingkatan 6. Syarat-syarat khas ini merujuk kepada syarat-syarat yang wajib anda penuhi bagi memilih jurusan pengajian di Tingkatan 6.

Bidang STEM 

Berikut adalah syarat yang ditetapkan untuk memilih jurusan STEM (Science, Technology, Engineering, Matematics) bagi Tingkatan 6. Syarat ini perlulah anda penuhi. Syaratnya adalah pelajar mestilah mendapat sekurang-kurangnya TIGA kepujian dengan jumlah mata gred tidak melebihi 18 unit bagi 3 mata pelajaran daripada kumpulan yang berlainan seperti berikut:

  • Matematik / Matematik Tambahan
  • Fizik
  • Kimia
  • Biologi
  • Lukisan Kejuruteraan/Pengajian Kejuruteraan Mekanikal/Pengajian Kejuruteraan Awam/Pengajian Kejuruteraan Elektrik & Elektronik/Reka Cipta/Teknologi Kejuruteraan/Information And Communication Technology/Pengajian Agroteknologi
  • Pengurusan Makanan/Pengajian Pakaian

Bidang Sains Sosial

Di bawah pula adalah syarat-syarat kelayakan bagi pemilihan jurusan Sains Sosial untuk Tingkatan 6. Oleh kerana jurusan ini ditawarkan di banyak jenis sekolah seperti sekolah harian, sekolah agama, sekolah berasrama penuh dan lain-lain jadi, syarat-syaratnya juga berbeza mengikut jenis sekolah tersebut.

1.) Sekolah Menengah Harian

Berikut adalah syarat yang perlu dipenuhi oleh pelajar sekiranya ingin memilih jurusan kemanusiaan bagi peringkat pengajian Tingkatan 6 di sekolah menengah harian biasa.

Pelajar perlulah memperoleh sekurang-kurangnya TIGA kepujian dengan jumlah mata gred tidak melebihi 12 unit bagi 3 mata pelajaran daripada kumpulan yang berlainan seperti berikut:

  • Bahasa Melayu
  • Bahasa Inggeris
  • Kesusasteraan Melayu/ Literature in English
  • Sejarah
  • Geografi/ Pendidikan Seni Visual
  • Komunikasi Visual/ Seni Halus /Teater/ Reka Bentuk / Pendidikan Muzik/ Muzik/ Tari
  • Pendidikan Islam / Pendidikan Moral
  • Matematik / Matematik Tambahan
  • Prinsip Perakaunan
  • Sains / Sains Tambahan/ Applied Science
  • Salah satu mata pelajaran Teknik / Mata Pelajaran Vokasional (MPV)
  • Tasawwur Islam / Pendidikan Al Quran dan Al Sunnah / Pendidikan Syariah Islamiah
  • Bahasa Cina/ Bahasa Tamil/ Bahasa Arab / Bahasa Iban/ Bahasa Kadazandusun /
  • English For Science And Technology
  • Sains Pertanian / Pengajian Keusahawanan/ Perdagangan / Ekonomi Asas/ Ekonomi
  • Rumah Tangga / Pengetahuan Sains Sukan

2.) Sekolah Menengah Agama

Bagi sekolah menengah beraliran agama kategori A seperti Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) dan Sekolah Menengah Bantuan Kerajaan (SABK) pula, syaratnya adalah seperti berikut iaitu pelajar wajib mendapat sekurang-kurangnya Gred D bagi mata pelajaran Bahasa Arab. Dan mendapat sekurang-kurangnya TIGA kepujian dengan jumlah mata gred tidak melebihi 14 unit bagi 3 mata pelajaran daripada kumpulan yang berlainan seperti berikut:-

  • Bahasa Melayu
  • Bahasa Inggeris
  • Kesusasteraan Melayu / Literature in English
  • Sejarah
  • Geografi / Pendidikan Seni Visual / Komunikasi Visual/ Seni Halus/ Teater/ Reka Bentuk/
  • Pendidikan Muzik/ Muzik/ Tari
  • Pendidikan Islam / Pendidikan Moral
  • Matematik / Matematik Tambahan
  • Prinsip Perakaunan
  • Salah satu mata pelajaran Teknik / Mata Pelajaran Vokasional (MPV)
  • Sains / Sains Tambahan/ Applied Science
  • Tasawwur Islam / Pendidikan Al Quran dan Al Sunnah
  • Pendidikan Syariah Islamiah
  • Bahasa Arab
  • Sains Pertanian/ Pengajian Keusahawanan/ Perdagangan / Ekonomi Asas/ Ekonomi Rumah Tangga/ Pengetahuan Sains Sukan

Bagi sekolah menengah aliran agama kategori B pula seperti Sekolah Berasrama Penuh (Agama) Di Kolej Islam Sultan Alam Shah (KISAS) dan Sekolah Menengah Agama Persekutuan (SMAP) Labu, syaratnya adalah seperti berikut:

Pelajar perlulah memperoleh sekurang-kurangnya Gred C dalam mata pelajaran Bahasa Arab dan mendapat sekurang-kurangnya TIGA kepujian dengan jumlah mata gred tidak melebihi 14 unit bagi 3 mata pelajaran daripada kumpulan yang berlainan seperti berikut:

  • Bahasa Melayu
  • Bahasa Inggeris
  • Kesusasteraan Melayu / Literature in English/
  • Sejarah 2
  • Geografi / Pendidikan Seni Visual / Komunikasi Visual/ Seni Halus/ Teater/ Reka Bentuk/
  • Pendidikan Muzik/ Muzik/ Tari
  • Pendidikan Islam / Pendidikan Moral
  • Matematik / Matematik Tambahan
  • Prinsip Perakaunan
  • Salah satu mata pelajaran Teknik / Mata Pelajaran Vokasional (MPV)
  • Sains / Sains Tambahan/ Applied Science
  • Tasawwur Islam / Pendidikan Al Quran dan Al Sunnah
  • Pendidikan Syariah Islamiah
  • Bahasa Arab
  • Sains Pertanian / Pengajian Keusahawanan/ Perdagangan / Ekonomi Asas/ Ekonomi
    Rumah Tangga/ Pengetahuan Sains Sukan

TINGKATAN 6 – MURID BERKEPERLUAN KHAS

Berikut adalah syarat kemasukan ke Tingkatan 6 bagi Murid Bekeperluan Khas:

Syarat Am

  • Lulus SPM dengan mendapat sekurang-kurangnya lulus bagi mata pelajaran Bahasa Melayu.
  • Berumur antara 17 hingga 21 tahun pada 1 Januari tahun semasa.

Syarat Khas

Bidang STEM

  • Mendapat sekurang-kurangnya TIGA kepujian dengan jumlah mata gred tidak melebihi 18 unit bagi 3 mata pelajaran dalam kumpulan yang ditetapkan.

Bidang Sains Sosial

  • Sekolah Menengah Harian
    Mendapat sekurang-kurangnya TIGA kepujian dengan jumlah mata gred tidak melebihi 18 unit bagi 3 mata pelajaran dalam kumpulan yang ditetapkan.
  • Sekolah Menengah Agama Di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) dan Sekolah Menengah Agama Bantuan Kerajaan (SABK)
    i) Mendapat sekurang-kurangnya Gred D bagi mata pelajaran Bahasa Arab/Al-Lughah Al-Arabiah Al-Mu’asirah/Turath Bahasa Arab; dan
    ii)Mendapat sekurang-kurangnya TIGA kepujian dengan jumlah mata gred tidak melebihi 18 unit bagi 3 mata pelajaran dalam kumpulan yang ditetapkan.
  • Sekolah Menengah Agama Di Sekolah Berasrama Penuh bagi Kolej Islam Sultan Alam Shah (KISAS) dan Sekolah Menengah Agama Persekutuan (SMAP) Labu
    i) Mendapat sekurang-kurangnya Gred C dalam mata pelajaran Bahasa Arab/Al-Lughah Al-Arabiah Al-Mu’asirah/Turath Bahasa Arab; dan
    ii) Mendapat sekurang-kurangnya TIGA kepujian dengan jumlah mata gred tidak melebihi 18 unit bagi 3 mata pelajaran dalam kumpulan yang ditetapkan.

CARA PENGIRAAN GRED UNTUK MASUK KE TINGKATAN 6

Di samping syarat kemasukan, kami juga turut kongsikan cara pengiraan gred untuk masuk ke Tingkatan 6 yang perlu anda tahu. Anda boleh menggunakan jadual di bawah sebagai panduan untuk mengira gred anda sendiri.

Mungkin banyak anda dengar pandangan-pandangan negatif terhadap Tingkatan 6 daripada rakan-rakan anda atau orang lain.

Namun, sekiranya anda berminat untuk meneruskan pengajian di Tingkatan 6, nasihat kami teruskanlah niat anda itu. Belajar di Tingkatan 6 banyak faedahnya seperti yang telah kami kongsikan di atas. Semoga artikel ini bermanfaat buat anda. Selamat berjaya!

INFO LANJUT

Harap maklum bahawa syarat-syarat ini mungkin berubah dari masa ke masa, jadi disarankan untuk selalu memeriksa informasi terkini dari sumber https://www.moe.gov.my/syarat-kemasukan.

Pilihan Editor


Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma