Syarat Kelayakan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) Bagi Pelantikan Ke Perkhidmatan Awam
Sememangnya menjadi impian kebanyakan orang untuk bekerja dalam Perkhidmatan Awam. Namun, sebelum membuat permohonan sangat penting untuk setiap orang semak kelayakan terlebih dahulu bagi sesuatu jawatan yang dipohon.
Pasti semua dah tahu Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) menguruskan pengambilan jawatan kosong kerajaan dengan menggunakan sistem online yang dikenali sebagai SPA9. Sistem ini menyediakan semakan syarat kelayakan jawatan yang perlu anda penuhi.
Anda lepasan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) oleh Lembaga Peperiksaan? Anda boleh semak syarat kelayakan STAM bagi pelantikan ke perkhidmatan awam yang disediakan oleh SPA di perkongsian bawah.
Isi Kandungan
PENGIKTIRAFAN KELAYAKAN STAM
Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 14 Tahun 2009 jelas memaklumkan Kerajaan telah mengiktiraf kelayakan STAM yang dikeluarkan oleh Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pelajaran Malaysia setaraf dengan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM). Senarai skim perkhidmatan berkuat kuasa yang mensyaratkan kelayakan masuk di peringkat STAM adalah seperti di poster hebahan.
SYARAT KELAYAKAN MINIMUM LEPASAN SPM/ SVM
Bagi tujuan pelantikan ke perkhidmatan awam, calon yang memohon jawatan yang mensyaratkan kelayakan masuk STAM perlu memiliki sekurang-kurangnya keputusan berikut:
Sebelum membuat permohonan kerja dalam sektor perkhidmatan awam melalui sistem permohonan SPA9, pastikan anda buat sedikit kajian mengenai pengambilan jawatan yang ingin dimohon.
Antara kajian yang boleh anda lakukan sebelum mohon jawatan di SPA9 adalah dengan rujuk Trend Pelantikan Jawatan Mengikut Kelayakan yang dikeluarkan oleh Pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam SPA dan baca sebab anda tidak melepasi syarat permohonan SPA.
Semoga bermanfaat!