Cuti Tahunan 8 Hari Je, Boleh Ke Ambil Lebih 2 Hari Berturut-turut? Ini Penjelasan Yang Pekerja Kena Tahu •9 Pagi Sampai 6 Petang Bukan 9 Jam Kerja? Ini Sebab Ramai Pekerja Keliru Tentang Waktu Rehat •Boleh Ke Pergi Terus Ke Syarikat Untuk Tanya Kerja Kosong? Ini Etika Walk-In Yang Calon Kena Tahu •Boleh Ke Tanya Cara Kerja Syarikat Masa Temuduga? Jangan Salah Tanya, Ini Panduan Untuk Calon •Ramai Tak Tahu, Daftar Penderma Organ Boleh Dibuat Dalam MySejahtera. Ini Syarat & Cara Daftar Dengan Betul • Cuti Tahunan 8 Hari Je, Boleh Ke Ambil Lebih 2 Hari Berturut-turut? Ini Penjelasan Yang Pekerja Kena Tahu •9 Pagi Sampai 6 Petang Bukan 9 Jam Kerja? Ini Sebab Ramai Pekerja Keliru Tentang Waktu Rehat •Boleh Ke Pergi Terus Ke Syarikat Untuk Tanya Kerja Kosong? Ini Etika Walk-In Yang Calon Kena Tahu •Boleh Ke Tanya Cara Kerja Syarikat Masa Temuduga? Jangan Salah Tanya, Ini Panduan Untuk Calon •Ramai Tak Tahu, Daftar Penderma Organ Boleh Dibuat Dalam MySejahtera. Ini Syarat & Cara Daftar Dengan Betul •

Syarat Kelayakan Minimum Bagi Mengikuti Latihan Separa Perubatan Bertaraf Diploma & Sijil 

Oleh Cikgu Shaari • January 5, 2023 • 2 min baca

Syarat Kelayakan Minimum Bagi Mengikuti Latihan Separa Perubatan Bertaraf Diploma & Sijil 
Visual Archive // 2023
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

Anda berminat untuk mengikuti Latihan Separa Perubatan Bertaraf Diploma dan Sijil di Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia (ILKKM)? Calon yang berjaya dipilih latihan ini akan mengikuti Latihan Separa Perubatan di Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia (ILKKM) dan Graduan Latihan Separa Perubatan berpeluang ditawarkan pelantikan tetap tertakluk kepada kekosongan jawatan semasa.

Permohonan bagi sesi pengambilan Latihan Separa Perubatan dibuka dua kali setahun iaitu bagi kemasukan Januari dan Julai. Bagi yang berminat nak mohon, pastikan anda semak syarat kelayakan terlebih dahulu sebelum buat permohonan bagi melayakkan diri dapat penempatan.

Ikuti perkongsian di bawah untuk semak kelayakan minimum bagi mengikuti Latihan Separa Perubatan bertaraf Diploma dan Sijil untuk pelantikan dalam perkhidmatan awam.

MAKLUMAT LATIHAN

  • Nama program: Latihan Separa Perubatan
  • Kendalian: Kementerian Kesihatan Malaysia
  • Penempatan latihan: Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia (ILKKM)
  • Tempoh latihan: 3 tahun bagi Diploma / 2 tahun bagi Sijil
  • Pengambilan: Januari dan Julai setiap tahun

10JENIS LATIHAN SEPARA PERUBATAN YANG DITAWARKAN

Terdapat 2 jenis Latihan Separa Perubatan yang ditawarkan iaitu:

  • Latihan Separa Perubatan Bertaraf Diploma (Tempoh Latihan: 3 tahun)
  • Latihan Separa Perubatan Bertaraf Sijil (Tempoh Latihan: 2 tahun)

SYARAT KELAYAKAN AKADEMIK

Berikut adalah syarat kelayakan minimum bagi mengikuti Latihan Separa Perubatan bertaraf Diploma dan Sijil untuk pelantikan dalam perkhidmatan awam:

Latihan Separa Perubatan bertaraf Diploma

Latihan Separa Perubatan bertaraf Sijil

CARA MOHON LATIHAN SEPARA PERUBATAN

Sekiranya anda berminat untuk mengikuti Latihan Separa Perubatan bertaraf Diploma atau Sijil dan memenuhi syarat kelayakan akademik seperti yang dinyatakan di atas, anda boleh buat permohonan secara online di laman SPA9 bila bila masa sahaja. Namun, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan memaklumkan iklan pengambilan dari masa ke semasa apabila dibuka nanti.

Rujuk panduan lengkap buat permohonan Latihan Separa Perubatan melalui laman SPA9 di bawah:

PANDUAN MOHON LATIHAN SEPARA PERUBATAN

Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.