Panduan Susunan Dokumen / Sijil Untuk Temuduga Kerajaan

Proses temu duga adalah salah satu proses yang paling dirisaukan oleh setiap calon sebelum pengambilan bekerja. Seperti yang kita tahu, majikan tidak kira dalam sektor Kerajaan atau Swasta hanya mengambil calon yang berkelayakan sahaja untuk bekerja.

Tidak susah sebenarnya nak pastikan kita jadi calon yang terbaik, persediaan yang rapi mestilah dilakukan. Dalam temu duga, calon diminta untuk bawa dokumen dan sijil penting untuk diberi kepada penemuduga.

Susunan dokumen dan jenis fail yang digunakan adalah penting bagi memudahkan urusan penemuduga buat semakan. Ikuti perkongsian di bawah untuk ketahui susunan dokumen yang betul semasa temu duga.

JENIS FAIL YANG SESUAI

Calon dinasihatkan untuk menyusun dokumen dan sijil yang berkaitan untuk dibawa ke temuduga di dalam fail yang sesuai. Jenis fail yang digunakan ini adalah penting bagi memudahkan urusan penemuduga semak satu per satu dokumen dan sijil calon.

Berikut adalah contoh fail yang sesuai digunakan untuk dibawa ke temuduga.

Panduan Susunan Dokumen/Sijil Untuk Temuduga

Sediakan fail transparent yang boleh disemak dari satu ke satu muka surat. adalah lebih baik jika fail anda ada divider di sisi fail untuk memudahkan penemuduga tahu bahagian-bahagian tertentu.

Panduan Susunan Dokumen/Sijil Untuk Temuduga

SUSUNAN DOKUMEN/SIJIL DALAM FAIL

Penting untuk makluman calon, terdapat DUA jenis dokumen dan sijil yang perlu dibawa ketika temuduga iaitu:

  • Dokumen/sijil ASAL
  • Dokumen/sijil SALINAN FOTOSTAT

Susunan dokumen/ sijil ASAL dalam fail adalah seperti berikut:

  1. Senarai semak dokumen temuduga
  2. Maklumat Diri
  3. Kad Pengenalan
  4. Sijil Kelahiran
  5. Sijil Berhenti Sekolah
  6. Sijil SPM & Ujian Bahasa
  7. Sijil STPM (jika ada)
  8. Transkrip Matrikulasi / Diploma (jika ada)
  9. Sijil Akuan Tamat Belajar Ijazah Dari Pihak Universiti  (jika ada)
  10. Transkrip Sarjana Muda/ Ijazah (jika ada)
  11. Sijil Kepujian Dekan (jika ada)
  12. Surat Pengiktirafan Kelayakan MQA
  13. Sijil sokongan yang berkaitan dan jika perlu

Untuk peringatan anda, pastikan anda tahu jenis-jenis dokumen/sijil yang perlu dan tidak perlu dibawa ke temuduga.  Perlu diingatkan, dokumen yang tidak lengkap adalah salah satu sebab utama calon gagal temuduga. Jadi pastikan calon semak betul-betul jenis dan susunan dokumen yang akan dibawa ke temuduga nanti.

Selamat maju jaya!

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma