Download Surat Kebenaran COD Untuk Peniaga / Penghantar Makanan Sepanjang PKP

Perintah Kawalan pergerakan (PKP) 2.0 kali kedua dilaksanakan demi memutuskan rangkaian penularan wabak Covid-19. Buat masa ini, kesemua negeri di Malaysia KECUALI Sarawak telah dilaksanakan PKP dengan pengawalan ketat oleh pihak berkuasa.

Setiap negeri dan daerah akan dikenakan sekatan jalan raya bagi mengurangkan pergerakan orang ramai dan hanya yang perlu berurusan sahaja dibenarkan bergerak melebihi radius 10KM. Untuk makluman anda, sepanjang PKP LIMA SEKTOR EKONOMI masih dibenarkan meneruskan perkhidmatan.

Bagi peniaga yang terlibat dengan penghantaran makanan, penghantaran barangan dan sebagainya, anda perlu dapatkan surat kebenaran untuk dikemukakan kepada pihak berkuasa semasa ingin merentasi daerah.

JENIS SURAT YANG DIPERLUKAN

Jenis surat yang diperlukan adalah berbeza mengikut jenis penghantar makanan berikut:

  • Penghantar makanan yang bekerja dengan majikan – Perlu ada SURAT MAJIKAN
  • Penghantar makanan persendirian – Perlu ada SURAT KEBENARAN POLIS

Majikan yang mengarahkan penghantar makanan keluar meneruskan perkhidmatan perlu menyediakan surat yang mengesahkan mereka sebagai pekerja manakala penghantar makanan persendirian yang tiada majikan boleh mohon kebenaran pihak polis.

DOWNLOAD SURAT MAJIKAN

Surat majikan yang mestilah dilengkapi dengan maklumat berikut:

  • Nama perniagaan
  • Jenis Perniagaan
  • Nama penghantar
  • No kad pengenalan
  • No Kenderaan
  • Jenis kenderaan
  • Warna kenderaan
  • Waktu penghantaran
  • Kawasan penghantaran

Lampirkan bersama dokumen sokongan seperti Sijil Perakuan Perniagaan atau SSM sekiranya ada. Anda dinasihatkan untuk buat 2 salinan surat. Satu disimpan oleh pihak Polis dan satu lagi untuk simpanan sendiri.

Download contoh Surat Kebenaran COD Majikan di bawah dan sunting mengikut keperluan:

SURAT KEBENARAN COD – MAJIKAN

Download Surat Kebenaran COD Untuk Peniaga / Penghantar Makanan Sepanjang PKP

PENGHANTAR MAKANAN PERSENDIRIAN

Bagi penghantar makanan persendirian yang melakukan perkhidmatan COD makanan atau sebagainya, anda perlu dapatkan:

  • Surat Kebenaran Polis

Anda boleh dapatkan surat kebenaran di balai polis berdekatan beserta dengan bukti perniagaan atau perkhidmatan yang anda lakukan.

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma