Cuti Raya Haji Tak Cukup? Ini Cara Guna CTR Kelompok Untuk Tambah Cuti Tanpa Tolak Annual Leave •Susah Dapat Kerja? Ini Cara Jadi Bos Sendiri Yang Ramai Dah Buat & Berjaya •Isu ‘Tol’ Selat Melaka: Malaysia Tegas Tolak Tindakan Sepihak, Ini Implikasi Sebenar Kepada Ekonomi Dunia •Apple Tap to Pay Kini Di Malaysia: Peniaga Kini Boleh Terima Bayaran Tanpa Mesin Terminal? •Tingkatan Enam UKM & USM 2026 Dibuka: Semakan Tawaran, Rayuan & Tarikh Penting Lepasan SPM • Cuti Raya Haji Tak Cukup? Ini Cara Guna CTR Kelompok Untuk Tambah Cuti Tanpa Tolak Annual Leave •Susah Dapat Kerja? Ini Cara Jadi Bos Sendiri Yang Ramai Dah Buat & Berjaya •Isu ‘Tol’ Selat Melaka: Malaysia Tegas Tolak Tindakan Sepihak, Ini Implikasi Sebenar Kepada Ekonomi Dunia •Apple Tap to Pay Kini Di Malaysia: Peniaga Kini Boleh Terima Bayaran Tanpa Mesin Terminal? •Tingkatan Enam UKM & USM 2026 Dibuka: Semakan Tawaran, Rayuan & Tarikh Penting Lepasan SPM •

Ujian PKSK: Download Surat Kebenaran Merentas Daerah Untuk Duduki Pentaksiran Sekolah Khusus 

Oleh Cikgu Shaari • January 20, 2021 • 2 min baca

Ujian PKSK: Download Surat Kebenaran Merentas Daerah Untuk Duduki Pentaksiran Sekolah Khusus 
Visual Archive // 2021
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

Adalah dimaklumkan bahawa Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK) yang telah ditangguhkan sebelum ini akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang melibatkan seluruh negara telah dijadualkan semula pelaksanaannya.

Ibu bapa dan calon dan boleh buat semakan tarikh dan pusat PKSK yang akan dijalankan pada tarikh yang ditetapkan. Calon juga perlu mendapatkan SURAT KEBENARAN RENTAS DAERAH/ NEGERI untuk meneruskan perjalanan ke pusat ujian PKSK pada tarikh yang ditetapkan.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut tarikh pelaksanaan Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK) Tahun 2021 dan cara download surat kebenaran rendas daerah untuk ujian PKSK.

TARIKH PELAKSANAAN PKSK TINGKATAN 1 & 4

Berikut adalah jadual tarikh baharu pelaksanaan Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK) Tingkatan 1 dan 4 yang perlu anda ambil perhatian:

Terkini: Tarikh Pelaksanaan Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK) Tingkatan 1 & 4 Tahun 2021

DOWNLOAD SURAT KEBENARAN MERENTAS DAERAH

Calon yang bakal duduki ujian Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK) boleh muat turun borang kebenaran rentas daerah melalui pautan berikut:

SEMAKAN PUSAT PKSK TINGKATAN 1 & 4

Oleh yang demikian, semua calon PKSK tingkatan 1 dan tingkatan 4 yang BELUM menduduki pentaksiran ini dimohon untuk membuat semakan semula pusat PKSK mulai 8 Januari 2021 melalui pautan berikut:

Calon diminta untuk membuat cetakan slip menduduki PKSK serta mematuhi ketetapan tarikh masa, sesi dan tempat pentaksiran yang ditetapkan. SOP yang ditetapkan oleh pihak MKN dan KKM mestilah dipatuhi sepanjang pelaksanaan ujian.

Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.