Cara Mohon Subsidi RM150 Untuk Pembelian Car Seat Kanak-Kanak Buat Setiap Isi Rumah

Menurut Menteri Pengangkutan, berdasarkan statistik pada 2019, sebanyak 19% golongan yang terbabit dalam kemalangan jalan raya terdiri daripada kanak-kanak. Daripada jumlah ini, sebanyak 1,276 kes membabitkan kematian.

Bagi mencerminkan keprihatinan Kerajaan terhadap keselamatan jalan raya kepada kanak-kanak, golongan B40 akan menerima subsidi pembelian kerusi keselamatan kanak-kanak (CRS).

Cadangan subsidi ini akan dapat meringankan beban golongan B40 bagi membeli CRS dan pada masa yang sama dapat menjamin keselamatan golongan kanak-kanak yang juga aset masa depan negara.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut permohonan subsidi pembelian kerusi keselamatan jalan raya kanak-kanak (CRS).

TARIKH PERMOHONAN & SEMAKAN SUBSIDI CAR SEAT 2022

Berikut adalah tarikh penting permohonan dan semakan subsidi kerusi keselamatan kanak-kanak 2022:

  • Tarikh permohonan: Mulai 1 Mac 2022
  • Tarikh semakan: 1 April 2022

SUBSIDI PEMBELIAN KERUSI KESELAMATAN KANAK-KANAK 2022

Peruntukan RM30 juta oleh kerajaan yang bakal memanfaatkan 188,000 penerima dalam kalangan B40 akan diberikan seperti berikut:

  • Subsidi 50% atau maksimum RM150
  • Harga RM300 dan ke bawah – 50%
  • Harga RM301 dan ke atas – RM150

Permohonan Bantuan Pembelian Car Seat Kanak-Kanak (CRS) Sehingga RM150 Buat Isi Rumah

KATEGORI CRS

Permohonan Bantuan Pembelian Car Seat Kanak-Kanak (CRS) Sehingga RM150 Buat Isi Rumah

KRITERIA KELAYAKAN PENERIMA SUBSIDI CRS

Permohonan subsidi CRS adalah terbuka kepada rakyat Malaysia yang memenuhi syarat kelayakan berikut:

  • Penerima bantuan adalah di kalangan B40 kategori isi rumah
  • Pemohon mestilah berumur 21 tahun dan ke atas
  • Mempunyai anak/ anak angkat/ anak jagaan berumur 12 tahun dan ke bawah
  • Warganegara yang menetap di Malaysia
  • Rujukan data utama daripada penerima BPR 2021 berdasarkan maklumat yang diterima daripada pihak LHDN
  • Data tambahan bagi kategori miskin diperoleh daripada pihak ICU berpandukan rujukan garis kemiskinan tahun 2019; dan
  • Satu keluarga hanya layak menuntut subsidi untuk satu CRS sahaja.

CARA MOHON SUBSIDI CAR SEAT KANAK-KANAK 2022

Ibu bapa yang berkelayakan seperti yang dinyatakan di atas dan memerlukan subsidi car seat yang ditawarkan boleh buat permohonan mulai Mac 2022. Permohonan dan penebusan subsidi kerusi keselamatan kanak-kanak tahun 2022 boleh dibuat melalui laman berikut:

Laman web ini akan diaktifkan mulai 1 Mac 2022. Pemohon diminta untuk melengkapkan permohonan secara atas talian dalam tempoh ditetapkan dan buat semakan keputusan bermula 1 April 2022.

Klik PERMOHONAN untuk mula memohon.

Permohonan Subsidi Pembelian Car Seat Kanak-Kanak (CRS) Sehingga RM150 Buat Isi Rumah

Pemohon yang layak boleh menebus subsidi melalui pembelian dengan penjual bertauliah yang disenaraikan di laman sesawang dengan harga rebat. Setelah menerima CRS tersebut, diharapkan anda menggunakannya setiap masa bersama anak anda untuk keselamatan.

MIROS akan luluskan kedai yang mempunyai penjual terlatih dengan Child Occupant Safety Advisor atau COSA. Ini bagi memastikan pembeli diajar cara yang betul untuk pasang carseat di kereta.

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma