Skill Kerja 2026: Cara Upgrade Diri Supaya Tak Ketinggalan Zaman (AI + Human Skills) •Cara Beli Rumah Pertama Usia Muda 2026: Skim Kerajaan, KWSP & Strategi Lulus Loan •Mekap Temuduga Kerja: Cara Solekan Natural Yang Buat Anda Nampak Profesional (Panduan Lengkap 2026) •Kerja Kilang 2026: Senarai Jawatan Selain Operator, Gaji & Cara Mohon (Lengkap + Tips Lulus Temuduga) •Rumah Rosak Akibat Banjir Atau Kebakaran? Ini Cara Claim Insurans & Takaful Rumah (Panduan Lengkap 2026) • Skill Kerja 2026: Cara Upgrade Diri Supaya Tak Ketinggalan Zaman (AI + Human Skills) •Cara Beli Rumah Pertama Usia Muda 2026: Skim Kerajaan, KWSP & Strategi Lulus Loan •Mekap Temuduga Kerja: Cara Solekan Natural Yang Buat Anda Nampak Profesional (Panduan Lengkap 2026) •Kerja Kilang 2026: Senarai Jawatan Selain Operator, Gaji & Cara Mohon (Lengkap + Tips Lulus Temuduga) •Rumah Rosak Akibat Banjir Atau Kebakaran? Ini Cara Claim Insurans & Takaful Rumah (Panduan Lengkap 2026) •

Semakan Status Rayuan BPR & Tarikh Bayaran BPR Bagi Yang Lulus Rayuan

Oleh Cikgu Shaari • July 30, 2021 • 2 min baca

Semakan Status Rayuan BPR & Tarikh Bayaran BPR Bagi Yang Lulus Rayuan
Visual Archive // 2021
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) adalah sebuah inisiatif bantuan langsung yang diumumkan di dalam Belanjawan 2021, bagi memanfaatkan golongan B40. Fasa 1 pembayaran BPR berjumlah RM1.93 bilion telahpun dibayar kepada 8.4 juta penerima dari 24 Februari sehingga 1 April 2021.

Individu yang TIDAK LULUS permohonan BPR sebelum ini boleh buat rayuan bermula 15 Jun hingga 30 Jun 2021. Bagi yang dah buat rayuan, anda boleh buat semakan status tidak lama lagi dan ketahui tarikh bayaran bagi yang lulus rayuan

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut semakan status rayuan BPR 2021.

SEMAKAN STATUS RAYUAN BPR

Semakan status rayuan BPR yang telah dihantar boleh dibuat mulai Ogos 2021 di pautan berikut:

Pergi ke Menu MyBPR dan klik Maklumat Rayuan. Cetakan juga boleh dibuat pada Menu berkenaan.

TARIKH BAYARAN RAYUAN BPR

Jika anda LULUS RAYUAN BPR, anda akan terima bayaran BPR secara automatik pada tarikh berikut:

Bulan Ogos 2021

  • BPR Fasa 2: RM400
  • BPR (Tambahan): RM500

Bulan September 2021

  • BPR Fasa 3: RM500 @ RM1100

Semakan Status Rayuan BPR & Tarikh Bayaran BPR Bagi Yang Lulus Rayuan

SYARAT KELAYAKAN RAYUAN BPR

Pemohon yang layak mendapat kelulusan rayuan BPR adalah:

  • Pemohon yang berstatus Tidak Lulus BPR 2021; atau
  • Pemohon yang berstatus Lulus BPR 2021 dan terhad kepada rayuan bagi tambahan anak, perubahan status perkahwinan dan perubahan pendapatan sahaja.

Orang ramai diminta sabar untuk tunggu makluman lebih terperinci berkenaan tarikh semakan status rayuan dan tarikh bayaran buat pemohon yang buat rayuan.

Untuk maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan berkenaan BPR, anda boleh hubungi talian Hotline BPR di 1-800-88-2747 atau alamat emel bpr@treasury.gov.my.

Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.