Status i-Sinar Masih Dalam Proses? Buat Semakan Tarikh Bayaran Mulai 8 Mac
Seperti dimaklumkan sebelum ini, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sedang dalam proses memansuhkan syarat kemudahan i-Sinar berikutan nasihat Perdana Menteri, YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya KWSP menambahbaik inisiatif tersebut mengambil kira maklum balas pihak awam.
Ini bermaksud, tiada lagi syarat dikenakan bagi setiap permohonan i-Sinar seperti yang dinyatakan sebelum ini. Semua individu yang telah membuat permohonan sebelum ini juga akan DILULUSKAN secara automatik.
Jadi orang ramai tidak perlu risau kerana semua Ahli diberikan hak untuk membuat pengeluaran simpanan Akaun 1 KWSP masing-masing walaupun tidak terjejas pendapatan. Namun masih ada beberapa persoalan berkenaan isu i-Sinar yang masing menjadi tanda tanya.
Baca: Terkini: Permohonan i-Sinar Tanpa Syarat. Pemohon Sedia Ada Akan Diluluskan Automatik
Isi Kandungan
3 PERSOALAN BERKENAAN i-SINAR
Seorang pengguna Facebook Eiza Nas telah menghubungi pihak KWSP bagi mendapatkan kepastian berkenaan isu i-sinar yang ramai orang keliru. Antara persoalan yang ditanya adalah:
- Status masih dalam proses
- Bagi yang salah amaun
- Bagi pemohon yang tidak menyertakan dokumen
Kenapa Status Masih Dalam Proses?
Ramai juga yang sudah gusar apabila status masih dalam proses sedangkan KWSP telah menyatakan akan luluskan semua permohonan. Jangan risau! Permohonan anda TELAH PUN DILULUSKAN kerana KWSP akan luluskan SEMUA PERMOHONAN tanpa syarat.
Status masih dalam proses adalah kerana pihak KWSP masih dalam proses memansuhkan syarat dan sistem i-Sinar. Jadi orang ramai diminta sabar dan buat semakan tarikh pembayaran masing-masing pada 8 Mac 2021.
Boleh Ke Tukar Amaun Pengeluaran?
Seperti dimaklumkan, setakat ini pihak KWSP belum mengeluarkan apa-apa arahan untuk penukaran amaun yang tersilap atau ada penambahan. Pihak KWSP akan maklumkan dari masa ke semasa melalui portal KWSP atau laman Facebook KWSP.
Pemohon Yang Tidak Menyertakan Dokumen
Bagi Ahli yang memohon tetapi tidak menyertakan dokumen atau dokumen tidak lengkap, pihak KWSP maklumkan bahawa mereka tidak akan melihat lagi dokumen sama ada dihantar atau tidak. Semua Ahli yang mohon akan diluluskan.
SEMAKAN TARIKH BAYARAN
Ahli yang telah membuat permohonan dan masih menunggu keputusan boleh buat semakan tarikh bayaran pada 8 Mac 2021 di pautan berikut:
Menurut seorang pengguna Facebook Nur Maisarah, beliau telah mendapat kelulusan untuk pembayaran sedangkan status i-Sinar masih dalam proses. Jadi, orang ramai dinasihatkan untuk semak status pembayaran i-Sinar di i-Akaun masing-masing juga.
Baca: Cara Daftar & Buat Semakan i-Akaun KWSP
Walaubagaimanapun, orang ramai diminta sabar untuk tunggu bayaran masing-masing diterima. Terlalui ramai permohonan mungkin menyebabkan pengagihan i-Sinar sedikit terganggu dan dijalankan secara berperingkan.
Untuk maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan berkenaan i-sinar anda boleh terus ke cawangan KWSP berdekatan atau hubungi talian hotline i-Sinar di:
- Talian i-Sinar: 03 – 8922 4848