Contoh Soalan Ujian PKSK Beserta Jawapan Untuk Kemasukan Tingkatan 1 Dan 4

Susulan pengumuman YB Menteri Kanan Pendidikan mengenai pembatalan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) pada 15 April 2020, Kementerian Pendidikan Malaysia telah memperkenalkan satu kaedah baharu bagi pemilihan murid untuk kemasukan ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP), Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA), Sekolah Menengah Teknik (SMT) dan Kolej Vokasional (KV), Maktab Tentera Diraja (MTD) dan Maktab Rendah Sains MARA (MRSM).

Satu kaedah pentaksiran standard secara berpusat digunakan untuk kemasukan murid ke Tingkatan Satu dan Tingkatan Empat di Sekolah Khusus.

Untuk rujukan calon Tingkatan 1 dan 4 yang akan menduduki ujian PKSK, anda boleh dapatkan contoh soalan beserta jawapan di bawah.

FORMAT PENTAKSIRAN KEMASUKAN SEKOLAH KHUSUS

Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK) meliputi beberapa bahagian berikut:

Pentaksiran & Tarikh Penting Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK) Tahun 2021

TARIKH PENTING PKSK

Tingkatan 1

  • Permohonan atas talian – 7 September hingga 2 Oktober 2020
  • Semakan Pusat PKSK – 7 Oktober hingga 23 Oktober 2020
  • Pelaksanaan PKSK – 12 Oktober hingga 23 Oktober 2020
  • Keputusan Tawaran – 15 Januari 2021
  • Pendaftaran – 16 Februari 2021
  • Rayuan – 15 Januari hingga 29 Januari 2021

Tingkatan 4

  • Permohonan atas talian – 7 September hingga 2 Oktober 2020
  • Semakan Pusat PKSK – 12 Oktober hingga 6 November 2020
  • Pelaksanaan PKSK – 26 Oktober hingga 6 November 2020
  • Keputusan Tawaran – 5 Februari 2021
  • Pendaftaran – 23 Februari 2021
  • Rayuan – 5 Februari hingga 19 Februari 2021

CONTOH SOALAN & JAWAPAN PKSK

Soalan PKSK (EQ, SQ, SSQ, IQ & Pengetahuan Am)

Contoh Soalan Ujian PKSK Beserta Jawapan Untuk Kemasukan Tingkatan 1 Dan 4 Contoh Soalan Ujian PKSK Beserta Jawapan Untuk Kemasukan Tingkatan 1 Dan 4

  1. Labu sayong asal dari negeri mana? – Perak
  2. Adat perpatih negeri mana – Negeri Sembilan
  3. Siapa pencipta jalur gemilang – Allahyarham Mohamed bin Hamzah
  4. Produk keluaran proton – kereta.. wira, persona, perdana, X50, X70, Preve, waja, Exora, Iriz, Aruz
  5. Tindakan jika dibuli kawan – buat aduan kepada guru kelas, dan ibubapa
  6. Tindakan jika adik koyakkan kerja sekolah anda – nasihatkan adik dengan cara lembut dan beritahu ibubapa
  7. Siapa pengasas facebook – Mark Zuckerberg
  8. Tindakan jika rakan facebook ajak temujanji – menolak dengan baik dan ceritakan pada ibubapa
  9. Orang yang pertama menjejakkan kaki ke angkasa lepas – Neil Amstrong
  10. Namakan bapa pemodenan Malaysia – Dr. Mahathir Mohamad
  11. Huraikan tentang fotosintesis – proses tumbuhan membuat makanannya sendiri melalui air, klorofil, karbon dioksida dan cahaya matahari.
  12. Kalau bising, ketua kelas dan murid kena buat apa? – ketua kelas beri arahan suruh senyap, duduk di tempat masing-masing. Murid pula kena beri kerjasama dengan berhenti buat bising
  13. Apakah nama tasik yang terkenal di Terengganu? – Tasik Kenyir
  14. Muzik dan lagu untuk negeri, contohnya Dondang Sayang – Negeri Melaka
  15. Wau dari negeri mana? – Kelantan
  16. Pulau Pangkor terletak di mana? – Perak
  17. Kaum terbesar di Sabah? – Kaum Kadazan dusun
  18. Gelaran buat jaguh lumba basikal negara – The rocket pocketman
  19. Nama pemain bolasepak Spanyol – Nacho, Sergio Ramos
  20. Soalan-soalan berkaitan tinggal di asrama – Sidai pakaian di mana, berapa kali seminggu cuci pakaian kotor, waktu tidur pukul berapa dan sebagainya.
  21. Tarikh penubuhan Malaysia – 16 September 1963
  22. Matematik : operasi bergabung, nisbah, Sudoku
  23. Kalau rindu ibubapa apa perlu buat – telefon, tulis surat, hantar mesej
  24. Kalau kawan bergaduh apa tindakan anda? – memberi nasihat dengan baik-baik dan beritahu guru disiplin
  25. Apakah nama ibu negara Malaysia – Kuala Lumpur
  26. Le Tour De Langkawi – Sukan berbasikal
  27. Kalau tak sesuai duduk di asrama, nak buat apa? – minta nasihat guru dan ibu bapa dan berikan sebab mengapa tak sesuai
  28. Kawan-kawan tak suka dengar ceramah, apa tindakan anda? – Nasihati kawan dengan baik dan cerita faedah ceramah tersebut kepada kita
  29. Kalau sepak bola terkena tingkap, apa tindakan anda? – Meminta maaf dan mengakui kesilapan anda
  30. Siapakah pengasas Apple? – Steve Jobs
  31. Sela masa PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) – 18 Mac 2020 – 31 Disember 2020 (5 Bulan)
    – Fasa 1 : 18 Mac – 31 Mac 2020
    – Fasa 2 : 1 April – 14 April 2020
    – Fasa 3 : 15 April – 28 April 2020
    – Fasa 4 : 29 April – 12 Mei 2020
    – Fasa 5 (PKPB) : 13 Mei – 9 Jun 2020
    – Fasa 6 (PKPP) : 10 Jun – 31 Ogos 2020
    – Fasa 7 (PKPP) : 1 September – 31 Disember 2020
  32. Siapakah Perdana Menteri Malaysia ke 8? – Muhyiddin Yassin
  33. Apakah video dihasilkan Sugu Pavithra? – video masakan
  34. Apakah tema Hari Kebangsaan 2020? – Malaysia Prihatin
  35. Wabak Covid 19 berpunca daripada apa? – virus Covid 19
  36. Wabak Covid 19 mula dikesan di mana? – negara China

Soalan Penyelesaian Masalah

Soalan Penyelesaian Masalah PKSK Tingkatan 1 diramalkan mengikut silibus Tahap 2 (Tahun 3, 4 dan 6) untuk mata pelajaran Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik. Manakala PKSK kemasukan Tingkatan 4 diramalkan mengikut silibus Tingkatan 1, 2 dan 3.

Murid disarankan untuk membuat latihan soalan KBAT bagi semua subjek tersebut sebagai persediaan untuk menduduki PKSK.

Soalan Artikulasi Penulisan

Soalan Artikulasi Penulisan PKSK adalah penulisan esei atau karangan dalam Bahasa Melayu. Murid disarankan untuk membuat latihan penulisan Bahasa Melayu seperti persediaan untuk UPSR sebelum ini.

Antara topik ramalan Artkulasi Penulisan PKSK ialah:

  • Ceritakan pengalaman atau aktiviti semasa tempoh PKP (Perintah Kawalan Pergerakan)
  • Apakah wabak Covid 19 dan bagaimana menghindari wabak tersebut

Walaubagaimanapun, soalan-soalan yang dikongsikan ini adalah sebagai rujukan calon sahaja. Calon diminta untuk buat persiapan yang lebih luas lagi dari segi pengetahuan isu semasa negara.

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma