Cuti Raya Haji Tak Cukup? Ini Cara Guna CTR Kelompok Untuk Tambah Cuti Tanpa Tolak Annual Leave •Susah Dapat Kerja? Ini Cara Jadi Bos Sendiri Yang Ramai Dah Buat & Berjaya •Isu ‘Tol’ Selat Melaka: Malaysia Tegas Tolak Tindakan Sepihak, Ini Implikasi Sebenar Kepada Ekonomi Dunia •Apple Tap to Pay Kini Di Malaysia: Peniaga Kini Boleh Terima Bayaran Tanpa Mesin Terminal? •Tingkatan Enam UKM & USM 2026 Dibuka: Semakan Tawaran, Rayuan & Tarikh Penting Lepasan SPM • Cuti Raya Haji Tak Cukup? Ini Cara Guna CTR Kelompok Untuk Tambah Cuti Tanpa Tolak Annual Leave •Susah Dapat Kerja? Ini Cara Jadi Bos Sendiri Yang Ramai Dah Buat & Berjaya •Isu ‘Tol’ Selat Melaka: Malaysia Tegas Tolak Tindakan Sepihak, Ini Implikasi Sebenar Kepada Ekonomi Dunia •Apple Tap to Pay Kini Di Malaysia: Peniaga Kini Boleh Terima Bayaran Tanpa Mesin Terminal? •Tingkatan Enam UKM & USM 2026 Dibuka: Semakan Tawaran, Rayuan & Tarikh Penting Lepasan SPM •

Permohonan Kemasukan Ke Institusi Latihan Kemahiran Belia Dan Sukan (ILKBS) Kini Dibuka

Oleh Cikgu Shaari • October 19, 2020 • 2 min baca

Permohonan Kemasukan Ke Institusi Latihan Kemahiran Belia Dan Sukan (ILKBS) Kini Dibuka
Visual Archive // 2020
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

Permohonan kemasukan ke Institusi Latihan Kemahiran Belia dan Sukan (ILKBS) sesi Januari 2021 kini telah dibuka buat belia warganegara Malaysia yang telah tamat pengajian SPM dan berminat untuk ikuti program yang ditawarkan.

Permohonan untuk kemasukan yang ditawarkan adalah dibuka sehingga 9 November 2020.

Sekiranya berminat, semak syarat kelayakan dan info lanjut permohonan kemasukan ke ILKBS sesi Januari 2021 di bawah.

SYARAT KELAYAKAN

Berikut adalah syarat kelayakan umum kemasukan ke ILKBS:

  • Berumur 18 hingga 39 tahun
  • Bujang dan sihat tubuh badan
  • Tamat tingkatan 5
  • Memiliki sijil SPM

Anda boleh semak senarai program yang ditawarkan dan syarat khas kelayakan di bawah:

TARIKH PENTING SESI JANUARI 2021

  • Permohonan kemasukan sesi Januari 2021 dibuka: 13/10/2020 – 9/11/2020
  • Temuduga kursus (bagi kursus bertemuduga): 17/11/2020
  • Semakan keputusan permohonan mula: 1/12/2020
  • Pengesahan terima/tolak tawaran: 1/12/2020 – 14/12/2020
  • Pendaftaran pelajar baharu sesi Januari 2021: 4/1/2020

CARA DAFTAR KEMASUKAN ILKBS

Berikut adalah panduan mendaftar kemasukan ke ILKBS sesi Januari 2021:

  1. Layari sistem eKAMPUS di laman http://ekampus.kbs.gov.my
  2. Klik Daftar sebagai Pemohon
  3. Isikan maklumat yang diperlukan untuk pendaftaran dan klik Daftar
  4. Setelah pendaftaran berjaya, log masuk ke Sistem eKAMPUS
  5. Di bahagian menu atas, klik pautan Menu, dan dalam submenu Permohonan Baru, klik menu Program Lepasan SPM/SKM/ST
  6. Pilih Sesi Pengambilan 201701, dan dalam ruangan Tindakan, klik pautan POHON.
  7. Lengkapkan maklumat Profil, Alamat, Akademik dan Kursus seperti yang diminta dan klik Hantar Permohonan.
  8. Apabila kembali ke skrin Sesi Pengambilan, dalam ruangan Tindakan, status permohonan PERMOHONAN DITERIMA dipaparkan.
  9. Pemohon boleh klik pada pautan PERMOHONAN DITERIMA dan dibenarkan mengemaskini maklumat permohonan sehingga tarikh permohonan ditutup.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman web ekampus.kbs.gov.my.

Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.