Contoh Soalan Isu Semasa Dalam & Luar Negara Yang Ditanya Dalam Temuduga SPA

Anda calon temuduga bagi jawatan dalam Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA)? Tahu tak antara soalan yang sering ditanya kepada calon terutama bagi jawatan-jawatan gred 29, 41 atau lebih tinggi adalah tentang isu semasa? Jangan terkejut pula bila panel tanya soalan ini! Pastikan anda ambil tahu isu-isu semasa yang berlaku dalam dan luar negara untuk persediaan temuduga.
Tujuan panel temuduga tanya soalan tentang isu semasa adalah untuk menguji tahap pengetahuan calon dan memastikan calon temuduga adalah seorang yang sentiasa peka dengan isu semasa yang berlaku di sekeliling.
Ikuti perkongsian di bawah untuk ketahui contoh-contoh soalan isu semasa yang mungkin ditanya dalam temuduga SPA.
CONTOH SOALAN TEMUDUGA ISU SEMASA
Soalan Isu Semasa Dalam Negara
Berikut adalah beberapa contoh soalan temuduga tentang isu semasa dalam negara yang sering ditanya dalam temuduga SPA:
- Ceritakan serba sedikit isu semasa di negara kita yang anda tahu
- Tema Hari Kemerdekaan tahun ini
- Ringkaskan tentang Belanjawan 2022
- Apa yang terjadi pada sukan Olimpik, TOKYO?
- Adakah pelaksanaan PKP membebankan rakyat?
- Apakah jenis-jenis bantuan kerajaan bagi menangani masalah akibat Covid-19 yang anda tahu?
- Bagaimana sistem penggiliran sekolah yang dinyatakan oleh KPM?
- Siapakah Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia?
- Ceritakan perkembangan Covid-19 di kawasan anda/ di negara kita
- Apa itu RMK-12?
- Berapa peratusan rakyat Malaysia sudah divaksin?
Baca juga: Ditanya Soalan Berkaitan Politik Ketika Temuduga, Ini Cara Jawab Serta Contoh Soalan
Soalan Isu Semasa Luar Negara
Berikut adalah beberapa contoh soalan temuduga tentang isu semasa luar negara yang sering ditanya dalam temuduga SPA:
- Apa isu semasa di negara luar yang anda tahu?
- Apakah krisis yang berlaku di Myanmar?
- Apa yang terjadi pada sukan Olimpik, TOKYO?
- Mengapa Sukan Olimpik TOKYO ditangguhkan kepada tahun 2021?
Soalan-soalan yang dikongsikan di atas adalah sebagaian sahaja. Untuk makluman calon, panel temuduga akan tanya isu semasa yang berkaitan:
- Berkaitan dengan jawatan calon
- Berkaitan dengan jabatan/ kementerian dipohon
- Cadangan/ Idea bagi sesuatu isu
- Perkara yang sedang berlaku dalam/ luar negara
Jika tak tahu jawapan bagi soalan yang ditanya, apa calon perlu cakap?
Rujuk: Tak Tahu Jawab Soalan Temuduga, Ini 4 Strategi Yang Boleh Calon Guna
PANDUAN JAWAB SOALAN TEMUDUGA ISU SEMASA
Macam mana nak jawab soalan temuduga tentang isu semasa supaya tak tersasul nanti? Berikut adalah perkongsian panduan untuk calon menjawab soalan temuduga tentang isu semasa sekiranya ditanya nanti:
- Ucapkan terima kasih atas soalan yang ditanya untuk nampak lebih yakin
- Ceritakan sedikit latar belakang isu semasa yang ditanya (tarikh, lokasi atau sebagainya)
- Beri huraian kepada isu semasa tersebut dengan menyebutkan fakta yang anda tahu beserta sumber.
- Berikan pandangan anda terhadap isu tersebut
“Tuan/ Puan, mengenai isu semasa ini, saya mempunyai pandangan tersendiri, iaitu_________” - Kaitkan dengan jawatan/ tugasan (jika berkaitan)
- Berikan idea penambahbaikan atau cadangan terhadap isu semasa tersebut
Baca juga: Sebelum Mohon Kerja SPA, Rujuk Trend Pelantikan Jawatan Ini Untuk Elak Tersalah Pilih Jawatan
Untuk menjawab soalan temuduga tentang isu semasa, pastikan anda buat persediaan yang rapi dan buat kajian dengan membaca isu-isu semasa yang berlaku di dalam dan luar negara. Dengan pengetahuan yang anda ada, anda akan jadi lebih yakin untuk menjawab soalan temuduga tentang isu semasa nanti.
Semoga bermanfaat!