Contoh Soalan Peperiksaan Penolong Jurutera JA29 (KKR)
Tahniah sekiranya anda terpilih untuk duduki ujian peperiksaan bagi jawatan Penolong Jurutera JA29 (KKR). Sesungguhnya anda selangkah semakin hampir untuk mendapat jawatan yang diidamkan. Sekiranya anda melepasi tahap peperiksaan, anda akan ke tahap seterusnya iaitu temuduga.
Oleh itu, anda haruslah lakukan yang terbaik dalam peperiksaan online yang akan datang. Nak lakukan yang terbaik pula, persediaan mestilah sempurna!
Dapatkan contoh soalan peperiksaan Penolong Jurutera JA29 (KKR) di bawah yang boleh anda gunakan sebagai rujukan.
Isi Kandungan
DESKRIPSI TUGAS
Sebelum anda lihat contoh soalan peperiksaan Penolong Jurutera JA29, jom ketahui dulu deskripsi tugas sebagai seorang Penolong Jurutera JA29:
Bertanggungjawab mengendalikan pelaksanaan projek bagi skop kerja kejuruteraan antaranya kejuruteraan awam, mekanikal dan elektrik iaitu mengumpul maklumat untuk penyediaan reka bentuk, menyedia dan menyemak lukisan kejuruteraan, merekod inventori, mengawas tapak projek, menyelia pelaksanaan kerja pengawasan pembinaan di tapak projek, menyediakan laporan kemajuan projek, membantu kerja-kerja perundingan dan penyediaan sebut harga dan tender, menjalankan kerja penyenggaraan bangunan dan workshop, melaksanakan kerja-kerja kawalan, pengujian, penyenggaraan berkala peralatan elektrik, merancang dan menyusun aktiviti bagi mengawal selia sistem pengairan dan saliran serta menjalankan tugas-tugas yang berkaitan.
FORMAT PEPERIKSAAN ONLINE PENOLONG JURUTERA JA29
Dalam peperiksaan untuk jawatan Penolong Jurutera JA29, calon perlu duduki peperiksaan online yang mengandungi 2 seksyen iaitu daya menyelesaikan masalah dan juga kefahaman bahasa inggeris.
Seksyen A – Daya Menyelesaikan Masalah
Masa diperuntukkan kepada calon adalah selama 25 minit yang terbahagi kepada 4 bahagian berikut:
- Penyelesaian Masalah
- Menginterpretasi Data
- Soalan Matematik
- Pemerhatian & Logik
Seksyen B: Bahasa Inggeris
Masa diperuntukkan untuk seksyen ini pula adalah selama 20 minit. Seksyen ini adalah untuk menguji kemahiran bahasa inggeris calon yang bakal menjadi penjawat awam. Ia tidak selalu sukar kerana di tahap SPM. Tetapi, jangan pandang ringan untuk bahagian ini.
Dapatkan soalan peperiksaan matematik dan bahasa inggeris jawatan Penolong Jurutera JA29 (KKR) di perkongsian bawah.
CONTOH SOALAN PEPERIKSAAN PENOLONG JURUTERA JA29 (KKR)
Seksyen A: Daya Menyelesaikan Masalah (Soalan Matematik)
Berikut adalah contoh soalan peperiksaan Penolong Jurutera JA29 bagi Seksyen A:
1. Kadar tukaran antara Ringgit Malaysia dan Dolar Singapura ialah RM100= S$31.56. Berapakah nilai RM jika S$157.78?
A) 500
B) 550
C) 600
D) 650
2. Negara X mempunyai bangsa A seramai 0.47 juta orang. Bangsa B pula seramai 1/4 daripada bilangan Bangsa A. Manakala Bangsa C adalah seramai 3/4 dari bilangan Bangsa B. berapakah jumlah Bangsa C di negara X itu?
A) 72 956 orang
B) 88 125 orang
C) 117 500 orang
D) 150 750 orang
3. Sebuah buku rujukan mengandungi lima halaman awal, 441 halaman bahagian teks dan 6 halaman bahagian akhiran. Semua muka surat bercetak. Berapakah bilangan helaian kertas dalam buku tersebut?
A) 454
B) 228
C) 452
D) 226
4. Harga kos set pinggan di Syarikat Nora ialah RM120. Harga jual set pinggan itu ialah RM150. Set pinggan itu diberi diskaun sebanyak 60% sempena penghabisan stok. Syarikat Nora mengalami…
A) Keuntungan sebanyak RM60
B) Keuntungan sebanyak RM30
C) Kerugian sebanyak RM60
D) Kerugian sebanyak RM30
5. Sebuah tangki minyak berbentuk silinder mempunyai diameter 7.10 meter di isi penuh dengan minyak. Tinggi silinder itu adalah 1.28 meter lebih dari jejarinya. Berapakah isipadu minyak dalam tangki itu dalam unit meter padu?
A) 191.03
B) 190.00
C) 192.00
D) 191.14
6. Harga sebuah televisyen ialah RM599. Harga sebuah meja makan ialah tiga kali harga Televisyen itu. Cari beza harga saiz televisyen dan meja majikan tersebut.
A) 1,797
B) 1,198
C) 2,396
D) 3,396
7. Satu nombor adalah 1 lebih daripada suatu nombor yang lain. Beza kuasa dua nombor ini ialah 17. Apakah nombor-nombor ini?
A) 10, 9
B) 10, 11
C) 9, 8
D) 7, 6
8. Harga sekeping Pizza Ria ialah RM15.35, manakala dua keping Pizza Zeo pula ialah RM29.55. Berapakah peratus penjimatan jika Amru membeli 8 keping Pizza dari Pizza Zeo berbanding Pizza Ria?
A) 3.75%
B) 4.60%
C) 96.25%
D) 122.80%
9. Apakah nilai P dalam kumpulan nombor berikut? 19, 29, 41, 31, P, 43
A) 23
B) 38
C) 40
D) 9
10. Sekiranya bulatan bersisi satu, berapakah sisi Oktagon
A) 2
B) 6
C) 8
D) 12
Seksyen B: Kefahaman Bahasa Inggeris
Berikut adalah contoh soalan peperiksaan Penolong Jurutera JA29 bagi Seksyen B:
1) Angela has three dogs and two cats. They are all brown, but one of the dogs has spots. His name is Spot.
Which of the following is true?
A) Angela has three animals in total.
B) Angela has more cats than dogs.
C) One of Angela’s cats is black.
D) All of Angela’s dogs have spots.
2) Please read the following sentence.
Once Wawa lifted her pen and made a start, writing the essay became easy.
If we change the start of the sentence to:
Writing the essay became easy..
What will the ending be?
A) after starting.
B) after lifting her pen.
C) once Wawa lifted her pen and made a start.
D) once she lifted her pen and made a start.
3) Where ____________ Merry Goh live?
A. are
B. is
C. do
D. does
4) Hishamsudin ___________________ English, Mandarin and a bit of Arabic.
A. speaks
B. speak
C. speaking
D. is speaking
5) I have only a __________________ Kaamatan cards left to write.
A. few
B. fewer
C. less
D. little
6) Ali didn’t have much money, ______ he got by.
A. since
B. but
C. so
D. for
7) Aidan didn’t have much money, ____ he got by.
A. since
B. but
C. so
D. for
8) Hand saw, bubble levels, claw hammer, chisels. The listed tools are usually used by a___________.
A. mechanic
B. farmer
C. carpenter
D. cobbler
Read the following paragraphs to answer the next four questions (Questions 9 – 10).
Until widespread clearing of land began after 1861, the Tweed Valley, from the beach dunes to the mountains, was covered by dense wetland forests and rainforest. The rainforest had plenty of red cedar, which grew along the river banks and over the floodplains and foothills. Some of these trees were huge, up to sixty metres tall and as much as two thousand years old. Cedar was highly valued for its light weight, rich pink to red colours and interesting grain patterns. The tall trees provided magnificent lengths for the mills. Much early Australian furniture was made from cedar.
The timber of the Tweed Valley was felled close to the river banks and then was tied and floated downstream to the river mouth for shipping to the big cities. The river provided the only means of removing the timber, because the felled trees were so bulky. By the 1870s, the cedar industry was in decline. Land cleared for farming was on the increase and easily obtainable, and large cedar trees were becoming scarce. It was purely an extractive industry, which put nothing back. Given that many original trees were thousands of years old, it would have been hundreds of years before the plantings could have been harvested in any case.
9) Tweed Valley cedar was valued in colonial Australia for all the following reasons EXCEPT
A. the trees were easy to fell and remove.
B. the timber was sought after for furniture making.
C. the timber was light in weight.
D. the timber was prized for its colour and grain variations.
E. the tree trunks were long and straight.
10) Which of the following can we say caused the decline of the cedar industry?
A. Suitable trees closer to the river grew scarce.
B. Clearing for farming land was reducing the rainforest.
C. Felled trees were not replaced.
D. A and B together.
E. B and C together.
Ini merupakan antara beberapa contoh bentuk soalan yang selalu ditanya dalam peperiksaan online untuk jawatan Penolong Jurutera JA29. Walaubagaimanapun, calon dinasihatkan untuk membuat lebih banyak rujukan dan fokus ke dua-dua bahagian.
Semoga bermanfaat!