Skill Kerja 2026: Cara Upgrade Diri Supaya Tak Ketinggalan Zaman (AI + Human Skills) •Cara Beli Rumah Pertama Usia Muda 2026: Skim Kerajaan, KWSP & Strategi Lulus Loan •Mekap Temuduga Kerja: Cara Solekan Natural Yang Buat Anda Nampak Profesional (Panduan Lengkap 2026) •Kerja Kilang 2026: Senarai Jawatan Selain Operator, Gaji & Cara Mohon (Lengkap + Tips Lulus Temuduga) •Rumah Rosak Akibat Banjir Atau Kebakaran? Ini Cara Claim Insurans & Takaful Rumah (Panduan Lengkap 2026) • Skill Kerja 2026: Cara Upgrade Diri Supaya Tak Ketinggalan Zaman (AI + Human Skills) •Cara Beli Rumah Pertama Usia Muda 2026: Skim Kerajaan, KWSP & Strategi Lulus Loan •Mekap Temuduga Kerja: Cara Solekan Natural Yang Buat Anda Nampak Profesional (Panduan Lengkap 2026) •Kerja Kilang 2026: Senarai Jawatan Selain Operator, Gaji & Cara Mohon (Lengkap + Tips Lulus Temuduga) •Rumah Rosak Akibat Banjir Atau Kebakaran? Ini Cara Claim Insurans & Takaful Rumah (Panduan Lengkap 2026) •

Ambilan Pelajar Tingkatan 4 Bagi Kemasukan Sekolah Menengah Teknik Pulau Pinang 2021

Oleh Cikgu Shaari • March 10, 2021 • 2 min baca

Ambilan Pelajar Tingkatan 4 Bagi Kemasukan Sekolah Menengah Teknik Pulau Pinang 2021
Visual Archive // 2021
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

Sekolah Menengah Teknik Tunku Abdul Rahman Putra atau ringkasnya SMT TAR PUTRA merupakan sebuah sekolah menengah teknik yang terletak di Pulau Pinang dari sembilan sekolah menengah teknik yang berada di seluruh Malaysia.

Pelajar Tingkatan 4 tahun 2021 iaitu berumur 16 tahun pada tahun ini yang berminat untuk masuk ke sekolah menengah teknik kini boleh buat permohonan kemasukan yang sedang dibuka ini.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut berkenaan sekolah menengah teknik dan permohonan kemasukan sekolah teknik Pulau Pinang.

SEKOLAH MENENGAH TEKNIK

Sekolah Menengah Teknik merupakan sekolah menengah atas iaitu tingkatan 4 dan 5 yang memberi peluang kepada murid yang mempunyai kecenderungan dalam pendidikan sains dan teknologi untuk memenuhi tenaga kerja dalam bidang industri Negara.

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menawarkan program-program yang membolehkan murid berpotensi menjadi separa profesional atau profesional dalam pelbagai bidang teknikal dan kejuruteraan.

OBJEKTIF SEKOLAH MENENGAH TEKNIK

Objektif Sekolah Menengah Teknik adalah menghasilkan pendidikan teknikal dan vokasional yang berkualiti melalui:

  • Penyelarasan dasar pengoperasian, pembangunan prasarana fizikal dan penyediaan fasiliti.
  • Program pengurusan akademik yang terancang dan efektif untuk kemenjadian murid.
  • Pengurusan sumber manusia, kewangan, pentadbiran dan hal ehwal murid yang berkesan.
  • Pembangunan profesionalisme berterusan yang terancang untuk guru dan pegawai.

TEMPOH PERMOHONAN

Permohonan kemasukan Sekolah Menengah Teknik TAR PUTRA Pulau Pinang boleh dibuat pada:

  • 5 Mac hingga 24 Mac 2021

4 JURUSAN YANG DITAWARKAN

Antara jurusan yang ditawarkan di Sekolah Menengah Teknik TAR PUTRA Pulau Pinang adalah:

  • Kejuruteraan Awam
  • Kejuruteraan Mekanikal
  • Kejuruteraan Elektrik
  • Perdagangan

CARA MEMOHON

Permohonan juga terbuka kepada semua pelajar Tingkatan 3/2020 yang terlepas memohon sebelum ini. Permohonan boleh dibuat secara dalam talian atau secara walk in. Jika berminat untuk mohon, klik pautan berikut untuk buat permohonan:

Pemohon akan menduduki penilaian dan temuduga berdasarkan tarikh yang dipilih. Untuk maklumat lanjut, anda boleh terus ke laman Facebook TI Penang SM Teknik Tunku Abdul Rahman Putra Pulau Pinang atau hubungi talian berikut 04- 828 3966.

Ambilan Pelajar Tingkatan 4 Bagi Kemasukan Sekolah Menengah Teknik Pulau Pinang 2021

Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.