Skill Kerja 2026: Cara Upgrade Diri Supaya Tak Ketinggalan Zaman (AI + Human Skills) •Cara Beli Rumah Pertama Usia Muda 2026: Skim Kerajaan, KWSP & Strategi Lulus Loan •Mekap Temuduga Kerja: Cara Solekan Natural Yang Buat Anda Nampak Profesional (Panduan Lengkap 2026) •Kerja Kilang 2026: Senarai Jawatan Selain Operator, Gaji & Cara Mohon (Lengkap + Tips Lulus Temuduga) •Rumah Rosak Akibat Banjir Atau Kebakaran? Ini Cara Claim Insurans & Takaful Rumah (Panduan Lengkap 2026) • Skill Kerja 2026: Cara Upgrade Diri Supaya Tak Ketinggalan Zaman (AI + Human Skills) •Cara Beli Rumah Pertama Usia Muda 2026: Skim Kerajaan, KWSP & Strategi Lulus Loan •Mekap Temuduga Kerja: Cara Solekan Natural Yang Buat Anda Nampak Profesional (Panduan Lengkap 2026) •Kerja Kilang 2026: Senarai Jawatan Selain Operator, Gaji & Cara Mohon (Lengkap + Tips Lulus Temuduga) •Rumah Rosak Akibat Banjir Atau Kebakaran? Ini Cara Claim Insurans & Takaful Rumah (Panduan Lengkap 2026) •

Inisiatif Johor: Bantuan RM500 Kepada Pemandu Teksi, Bas Sekolah, E-Hailing & Penghantar Makanan

Oleh Cikgu Shaari • March 10, 2021 • 2 min baca

Inisiatif Johor: Bantuan RM500 Kepada Pemandu Teksi, Bas Sekolah, E-Hailing & Penghantar Makanan
Visual Archive // 2021
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

Kerajaan negeri menyalurkan bantuan yang akan diberi secara on off berjumlah RM4.919 juta kepada pemandu teksi dan kereta sewa, pemandu sekolah, e-hailing dan penghantar makanan di Johor.

Menurut Menteri Besar Johor, bantuan berkenaan merupakan inisiatif Agenda Johor Bekebajikan yang dibentang dalam Belanjawan Johor 2021 di bawah peruntukan Perbadanan Pengangkutan Awam Johor (PAJ) sebagai tanda keprihatian kerajaan negeri membantu golongan itu berhadapan cabaran pandemik Covid-19.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut berkenaan bantuan yang diperuntukkan oleh kerajaan negeri ini.

GOLONGAN SASAR

Bantuan secara one-off akan diberikan kepada golongan sasar berikut:

  • Pemandu teksi & kereta sewa
  • Pemandu bas sekolah
  • Pemandu e-hailing
  • Penghantar makanan di Johor

KADAR BANTUAN

Kadar bantuan akan diberikan kepada pemandu seperti berikut:

  • Pemandu teksi & Kereta sewa: RM500
  • Pemandu bas sekolah: RM500
  • Pemandu e-hailing: RM100
  • Penghantar makanan: RM100

Pemandu teksi adalah antara golongan paling terjejas kerana ketiadaan penumpang akibat penutupan sempadan Johor-Singapura.

“Sejak Mac tahun lalu, kami langsung tiada pendapatan kerana tidak boleh mengambil serta menghantar penumpang akibat penutupan sempadan”

Menteri Besar, Datuk Ir. Hasni Mohammad menyampaikan bantuan berkenaan kepada wakil daripada Pemandu Teksi Lapangan Antarabangsa Senai, Gabungan Teksi Berdaftar (Gapet), Pemandu Teksi Johor Bahru-Singapura dan Pemandu Bas Sekolah Berdaftar pada majlis ringkas yang diadakan di ruang legar Bangunan Datuk Jaafar Muhammad.

Turut menerima bantuan pada majlis itu ialah wakil bagi pemandu e-hailing berdaftar, penghantar makanan Foodpanda, Grab Food dan Bungkus-It.

Pemberian bantuan akan diagihkan kepada pemandu-pemandu yang layak menerusi wakil masing-masing

Sumber

Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.