Cuti Raya Haji Tak Cukup? Ini Cara Guna CTR Kelompok Untuk Tambah Cuti Tanpa Tolak Annual Leave •Susah Dapat Kerja? Ini Cara Jadi Bos Sendiri Yang Ramai Dah Buat & Berjaya •Isu ‘Tol’ Selat Melaka: Malaysia Tegas Tolak Tindakan Sepihak, Ini Implikasi Sebenar Kepada Ekonomi Dunia •Apple Tap to Pay Kini Di Malaysia: Peniaga Kini Boleh Terima Bayaran Tanpa Mesin Terminal? •Tingkatan Enam UKM & USM 2026 Dibuka: Semakan Tawaran, Rayuan & Tarikh Penting Lepasan SPM • Cuti Raya Haji Tak Cukup? Ini Cara Guna CTR Kelompok Untuk Tambah Cuti Tanpa Tolak Annual Leave •Susah Dapat Kerja? Ini Cara Jadi Bos Sendiri Yang Ramai Dah Buat & Berjaya •Isu ‘Tol’ Selat Melaka: Malaysia Tegas Tolak Tindakan Sepihak, Ini Implikasi Sebenar Kepada Ekonomi Dunia •Apple Tap to Pay Kini Di Malaysia: Peniaga Kini Boleh Terima Bayaran Tanpa Mesin Terminal? •Tingkatan Enam UKM & USM 2026 Dibuka: Semakan Tawaran, Rayuan & Tarikh Penting Lepasan SPM •

Jawatan Kosong MySTEP Di Pejabat Pendidikan Pelbagai Negeri

Oleh Cikgu Shaari • March 11, 2021 • 3 min baca

Jawatan Kosong MySTEP Di Pejabat Pendidikan Pelbagai Negeri
Visual Archive // 2021
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

Pejabat Pendidikan Daerah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia kini membuka tawaran jawatan kosong sebagai Guru Ganti MySTEP & Pembantu Tadbir di pelbagai negeri buat warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas yang berminat dengan bidang kerja yang ditawarkan.

MySTEP merupakan penambahbaikan dari pelantikan Pekerja Sambilan Harian (PSH) sedia ada di mana Personel MySTEP akan menerima upah secara bulanan dan lain-lain kemudahan seperti cuti rehat dan sebagainya. Banyak manfaat menjadi Personel MySTEP buat calon yang layak.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut jawatan MySTEP yang ditawarkan oleh PPD KPM.

MAKLUMAT JAWATAN

  • Jawatan: Guru Ganti & Pembantu Tadbir MySTEP
  • Agensi: Pejabat Pendidikan Daerah Pelbagai Negeri
  • Kumpulan: Pengurusan dan Profesional
  • Tempoh Bertugas: Tertakluk kepada iklan
  • Tarikh tutup: Tertakluk iklan

KADAR UPAH

Kadar upah akan ditentukan melalui hasil kerja yang dicapai oleh Personel MySTEP berpandukan kompleksiti tugas mengikut tahap kelayakan akademik seperti berikut:

  • Ijazah: RM2,000
  • Diploma/STPM/STAM: RM1,800
  • SPM/SPMV: RM1,600

Kadar bayaran upah adalah untuk tempoh perkhidmatan sebulan termasuk sumbangan KWSP, Socso dan lain-lain berkenaan.

SYARAT KELAYAKAN

Permohonan adalah dipelawa kepada warganegara Malaysia yang berkelayakan berikut:

  • Sihat tubuh badan
  • Berumur 18 hingga 30 tahun (Bukan Siswazah) atau 18 – 35 tahun (Siswazah)
  • Sekurang-kurangnya Kepujian dalam 4 mata pelajaran termasuk Bahasa Malaysia di peringkat SPM

BIDANG TUGAS

Guru Ganti MySTEP akan menjalankan tugas berikut:

  • Melaksanakan pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah seperti guru tetap
  • Buku persediaan mengajar dan rekod-rekod pelajar perlu disediakan dan diselia seperti yang dilaksanakan oleh guru yang digantikan
  • Terlibat dengan aktiviti Kokurikulum
  • Serta lain-lain tugas dan aktiviti yang diarahkan oleh pihak sekolah

CARA MEMOHON

Berikut adalah senarai Pejabat Pendidikan Daerah yang sedang membuka tawaran Guru Ganti & Pembantu Tadbir MySTEP dan cara membuat permohonan:

PPD Jempol & Jelebu

  • Jenis Jawatan: Guru Ganti MySTEP
  • Tarikh Tutup: Rujuk iklan

IKLAN JAWATAN

PPD Bangsar & Pudu

  • Jenis Jawatan: Guru Ganti MySTEP
  • Tarikh tutup: 26 Mac 2021

IKLAN JAWATAN

PPD Pedawan

  • Jenis Jawatan: Guru Ganti MySTEP
  • Tarikh tutup: 12 Mac 2021

IKLAN JAWATAN

PPD Selangau

  • Jenis Jawatan: Guru Ganti MySTEP
  • Tarikh tutup: 15 Mac 2021

IKLAN JAWATAN

PPD Sri Aman

  • Jenis Jawatan: Guru Ganti MySTEP
  • Tarikh tutup: 12 Mac 2021

IKLAN JAWATAN

PPD Miri

  • Jenis Jawatan:  Guru Ganti MySTEP
  • Tarikh tutup: 12 Mac 2021

IKLAN JAWATAN

PPD Sibu

  • Jenis Jawatan: Pembantu Tadbir & Guru Ganti
  • Tarikh tutup: 11 Mac 2021

IKLAN JAWATAN

PPD Mersing

  • Jenis Jawatan: Guru Ganti MySTEP
  • Tarikh tutup: 31 Mac 2021

IKLAN JAWATAN

PPD Kapit

  • Jenis Jawatan: Guru Ganti MySTEP
  • Tarikh tutup: 12 Mac 2021

IKLAN JAWATAN

PPD Cameron Highlands

  • Jenis Jawatan: Guru Ganti
  • Tarikh tutup: 15 Mac 2021

IKLAN JAWATAN

Klik pada IKLAN JAWATAN untuk buat permohonan jawatan MySTEP di Pejabat Pendidikan Daerah yang ditawarkan di pelbagai negeri. Untuk maklumat lanjut, anda boleh terus ke PPD atau hubungi PPD berkaitan.

Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.