Tawaran Program Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) McDonald’s. Ditaja MAIWP & Elaun RM1,200 Setiap Bulan

Peluang bina kerjaya buat lepasan SPM atau setaraf dengannya! Institut Kemahiran Baitumal MAIWP dengan Akademik Vokasional McDonald’s mempelawa individu yang berkelayakan sertai Program Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Dalam Mod SLDN. Program ini merupakan program pendidikan 18 bulan yang diiktiraf oleh kerajaan.

Perantis yang berkelayakan akan mengikuti pembelajaran teori dan praktikal dan akan mendapat penganugerahan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2 dan 3 selepas tamat program. Pelbagai faedah menarik ditawarkan termasuk elaun bulanan sehingga RM1,200.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut program ditawarkan dan panduan buat permohonan.

MAKLUMAT PROGRAM

  • Nama Program: Program Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Dalam Mod SLDN
  • Tajaan: Kerjasama bersama Institut Kemahiran Baitumal MAIWP dengan Akademi Vokasional McDonald’s
  • Lokasi Latihan: Restoran McDonald’s sekitar Kuala Lumpur & Selangor
  • Tarikh Latihan: Januari 2022
  • Tarikh tutup permohonan: 31 Disember 2021

PROGRAM PERANTIS SISTEM LATIHAN DUAL NASIONAL (SLDN)

Apa itu program perantis SLDN?

  • Program Pendidikan 18 bulan yang diiktiraf oleh kerajaan
  • Model pembelajaran teori (30%) dan praktikal (70%) di syarikat penajaan
  • Penganugerahan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2 & 3 kepada perantis yang tamat program

SYARAT KELAYAKAN

Permohonan adalah terbuka kepada individu yang memenuhi syarat kelayakan berikut:

  • Berumur 17 tahun dan ke atas
  • Terbuka kepada perantis lelaki dan perempuan
  • Mempunyai kelayakan akademik SPM atau setaraf dengannya
  • Warganegara Malaysia

FAEDAH PROGRAM

Antara faedah yang diterima sepanjang menjalani program latihan adalah:

  • Elaun bulanan sehingga RM1,200
  • Yuran ditanggung sepenuhnya oleh syarikat
  • Makanan PERCUMA ketika menjalani latihan
  • Kursus Keselamatan Makanan dan Suntikan Typhoid
  • Jaminan kerja selepas tamat latihan
  • Insentif tamat latihan SKM Tahap 2 & 3 sebanyak RM1,000

CARA MOHON

Sekiranya anda berminat dengan program yang ditawarkan, anda boleh buat permohonan sebelum 31 Disember 2021. Permohonan boleh dibuat dengan mengisi borang pendaftaran secara online melalui pautan berikut:

Untuk maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan, anda boleh hubungi Institut Kemahiran Baitumal MAIWP melalui emel di alamat info@ikb-maiwp.edu.my atau talian 03 9283 0198 (Pn. Norlia / Pn. Noor Fadzillah).

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma