Varian Omicron Dikesan Di Malaysia, KKM Kongsi Kaedah Kurangkan Penularan Jangkitan Covid-19

Varian terbaharu Covid-19 iaitu Omicron yang ketika ini menggemparkan seluruh dunia pertama kali dikesan di Afrika Selatan dikatakan boleh merebak dengan lebih cepat berbanding varian lain seperti Delta. Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menerusi satu kenyataan media memaklumkan kes pertama positif Covid-19 varian Omicron telah dikesan di Malaysia pada 2 Disember 2021.

Kes yang dikesan melibatkan seorang pengembara bukan warganegara berusia 19 tahun yang tiba dari Afrika Selatan melalui Singapura pada 19 November dan telah menjalani ujian RT-PCR Covid-19 setibanya di PMA KLIA. Walaubagaimanapun, orang ramai dinasihatkan untuk tidak panik.

Pematuhan kepada SOP masih berkesan untuk mengelakkan penularan jangkitan Covid-19. KKM kongsikan kaedah yang berkesan untuk kurangkan kes jangkitan Covid-19 yang perlu diberi perhatian.

GEJALA VARIAN OMICRON

Seperti yang dikongsikan Dr Angelique, gejala umum yang boleh dialami pesakit adalah:

  • Keletihan
  • Sakit kepala
  • Sakit kepada dan badan
  • Sakit kerongkong
  • Gejala ringan dan boleh dirawat di rumah

“Mereka ini tidak mengalami batuk-batuk, tidak juga hilang deria bau dan rasa” Kata Dr Angelique yang merupakan salah seorang doktor yang merawat pesakit dengan carian Omicron di Afrika Selatan.

 

KAEDAH BERKESAN KURANGKAN KES JANGKITAN

Untuk makluman anda, pematuhan SOP masih berkesan untuk mengelakkan penularan jangkitan Covid-19. Menurut KKM, kajian menunjukkan:

  • Pemakaian pelitup muka dapat mengurangkan 53% kes jangkitan Covid-19
  • Penjarakan sosial menyebabkan pengurangan sebanyak 25% kes
  • Amalan basuh tangan menyebabkan pengurangan 53% kes

Malahan kadar kematian di negara yang mewajibkan pemakaian pelitup muka adalah 45.7% lebih rendah berbanding negara yang telah melonggarkan pematuhannya.

Pemerhatian di Amerika Syarikat juga mendapati penularan jangkitan berkurangan sebanyak 29% di negeri-negeri yang masih mewajibkan pemakaian pelitup muka.

Daripada kajian yang dikongsikan di atas, jelas bahawa pematuhan SOP yang ditetapkan oleh kerajaan adalah masih berkesan dan PENTING untuk semua orang. Jangan terlalu ambil mudah dengan pematuhan SOP ini ya!

Orang ramai digalakkan untuk sentiasa ambil langkah pencegahan maksimum dan mengamalkan pemakaian double mask untuk meningkatkan keberkesanan mencegah jangkitan Covid-19.

Rujuk: Kaedah Pemakaian Double Mask Yang Berkesan Untuk Elak Virus

Daftar Sebagai Pembaca
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma