Skim Smart Sewa Selangor: Bantuan Pemilikan Rumah Dengan Pulangan Bayaran Sewa Bulanan

Dalam membantu rakyat yang berpendapatan sederhana,  Kerajaan Negeri Selangor terus komited dalam memberi kemudahan. Satu inisiatif untuk pemilikan rumah diperkenalkan bagi merealisasikan impian rakyat Selangor untuk memiliki rumah yang berkualiti, selesa dan mampu milik.

Berikut adalah maklumat lebih lanjut mengenai Skim Smart Sewa Selangor, syarat kelayakan dan cara untuk memohon.

SKIM SMART SEWA SELANGOR

Skim Smart Sewa yang telah diperkenalkan sejak tahun 2016 merupakan program Kerajaan untuk membantu rakyat yang berpendapatan sederhana menyewa rumah selama minima 2 tahun dan maksima 5 tahun. Dalam tempoh 5 tahun tersebut, sekiranya penyewa sudah mampu membeli rumah, 30 peratus daripada jumlah keseluruhan sewaan akan dipulangkan balik kepada penyewa.

Pulangan daripada keseluruhan sewa bulanan penyewa boleh dijadikan sebagai deposit membeli kediaman baru.

Melalui skim ini, Lembaga Perumahan Hartanah Selangor (LPHS) akan membeli unit – unit kediaman yang bersesuaian daripada pemaju perumahan dan seterusnya akan dijadikan rumah sewa. Unit – unit kediaman tersebut akan diuruskan oleh Perumahan dan Hartanah Selangor Sdn. Bhd. (PHSSB) untuk disewakan kepada orang awam yang berkelayakan

CONTOH KIRAAN PULANGAN YANG DITERIMA

Berikut adalah contoh kiraan untuk kadar sewa RM600 sebulan.

Kadar sewa bulanan x tahun = jumlah keseluruhan sewa
RM600 x (5 tahun x 12) = RM36,000
30 peratus x RM36,000 = RM10,800

Ini bermaksud selepas 5 tahun penyewa menyewa dengan kadar sewaan RM600 sebulan, penyewa akan mendapat pulangan sebanyak RM10,800 balik untuk dijadikan deposit untuk beli rumah kediaman yang diingini.

SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN

Berikut adalah syarat kelayakan yang perlu dipenuhi untuk membuat permohonan Skim Smart Sewa Selangor:

  • Warganegara Malaysia termasuk pasangan pemohon;
  • Berusia 18 tahun ke atas dan berkeluarga atau mempunyai tanggungan;
  • Pendapatan seisi keluarga iaitu;i. tidak melebihi RM5,000.00 sebulan dan ke bawah bagi permohonan sewa rumah Jenis A atau Rumah Kos Rendah;
    ii. tidak melebihi RM15,000.00 sebulan dan ke bawah dengan keutamaan diberikan kepada pendapatan kurang daripada RM10,000.00 sebulan bagi permohonan sewa rumah Jenis B, C & D termasuk rumah kos sederhana dan sederhana rendah;
  • Pemohon atau suami / isteri tinggal atau bekerja di Negeri Selangor;
  • Pemohon tidak mempunyai atau memiliki kediaman di Selangor (di beri keutamaan); atau mempunyai kediaman tetapi terletak melebihi 50 km daripada tempat sewa dipohon serta mestilah berdekatan dalam lingkungan 25 km perjalanan dari tempat kerja;
  • Pemohon merupakan pengundi di Negeri Selangor.

TEMPOH PENYEWAAN

Tempoh penyewaan di unit Skim Smart Sewa Selangor adalah seperti berikut:

  • Maksimum 5 tahun
  • Minimum 2 tahun

Jumlah deposit adalah bergantung pada kadar sewa semasa:

  • Sewa 2 Bulan + Sewa Semasa (bulan) + Caj Utiliti + Lain-lain caj

LOKASI SKIM SMART SEWA

Lokasi Skim Smart Sewa adalah di sekitar Selangor. Terdapat 14 lokasi yang disediakan, anda boleh semak lokasi Skim Smart Sewa dan gambar unit di pautan berikut:

Senarai unit yang memerlukan kemasukan atau available akan dikemaskini dari masa ke semasa. Lokasi yang masih boleh dimasuk akan dipaparkan KEMASUKAN SEGERA manakala lokasi yang sudah tiada kekosongan akan dilabelkan sebagai PERMOHONAN DITUTUP.

CARA MEMOHON

Jika and berminat untuk membuat permohonan, anda boleh download Borang Permohonan Skim Smart Sewa yang disediakan di bawah. Borang permohonan perlulah disertakan bersama beberapa dokumen dokongan untuk dihantar melalui alamat atau emel ke alamat berikut:

  • Perumahan dan Hartanah Selangor Sdn Bhd
    Tingkat 5, Podium Utara,
    Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah,
    40503 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.ATAU
  • Scan dan Emel ke : smartsewa@phssb.com

BORANG PERMOHONAN SKIM SMART SEWA

Untuk sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut mengenai Skim Smart Sewa Selangor anda boleh emel ke smartsewa@phssb.com atau hubungi talian berikut:

  • Pejabat – 03 5524 0233 / 0253 / 019-3330976
  • Pn Fatehah – 017-9387537
  • Cik Ros – 017-4163990
  • En Afizie – 019-4406828
  • Cik Rosha – 011-64244887
  • En. Shafawi – 011-1302 0487

Anda juga boleh terus ke Laman Web Rasmi Perumahan Dan Hartanah Selangor Sdn. Bhd.

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma