Cara Dapatkan Gambar Rasmi Pemimpin Negara Secara Sah – Elak Salah Guna & Risiko Undang-Undang •Main Game Boleh Jadi Duit? Ini Cara Jana Pendapatan Melalui E-Sukan Di Malaysia •Gagal Temuduga SPP? Jangan Sedih, Ini Laluan Guru Sekolah Swasta Yang Ramai Terlepas Pandang •Nak Jadi Pilot Tapi Tak Mampu Bayar RM350K? Ini Laluan TUDM Yang Ramai Tak Tahu •Buat Resume Guna Phone Dalam 15 Minit – Cara Paling Mudah (Siap PDF Terus Hantar!) • Cara Dapatkan Gambar Rasmi Pemimpin Negara Secara Sah – Elak Salah Guna & Risiko Undang-Undang •Main Game Boleh Jadi Duit? Ini Cara Jana Pendapatan Melalui E-Sukan Di Malaysia •Gagal Temuduga SPP? Jangan Sedih, Ini Laluan Guru Sekolah Swasta Yang Ramai Terlepas Pandang •Nak Jadi Pilot Tapi Tak Mampu Bayar RM350K? Ini Laluan TUDM Yang Ramai Tak Tahu •Buat Resume Guna Phone Dalam 15 Minit – Cara Paling Mudah (Siap PDF Terus Hantar!) •

Skim Pinjaman Pelajaran Top-Up(Sekali Bayar) Untuk Pembiayaan Yuran Pengajian & Sara Hidup

Oleh Cikgu Shaari • April 12, 2021 • 2 min baca

Skim Pinjaman Pelajaran Top-Up(Sekali Bayar) Untuk Pembiayaan Yuran Pengajian & Sara Hidup
Visual Archive // 2021
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

Skim Pinjaman Top-up diperkenalkan bagi membantu pelajar di Institut Pengajian Tinggi Awam dan Swasta (IPTA/IPTS) yang telah mendapat pinjaman PTPTN pada kadar bukan penuh (kurang dari 75%) dan tidak mencukupi bagi pembiayaan yuran pengajian dan sara hidup.

Kadar Pinjaman yang diluluskan bergantung kepada perbezaan minimum amaun pinjaman yang diberi dan kadar penuh PTPTN. Pinjaman hanya dipertimbangkan mengikut baki tempoh pengajian yang masih ada pada kadar yang telah ditetapkan.

Pembiayaan adalah dalam bentuk pinjaman sepenuhnya dan tidak layak dipertimbangkan untuk mana-mana skim penghapusan/pengurangan bayar balik.

SYARAT PERMOHONAN

Hanya pemohon yang memenuhi syarat kelayakan berikut sahaja akan dipertimbangkan:

  • Pemohon mestilah terdiri daripada Rakyat Negeri Terengganu di mana salah seorang ibu atau bapa pemohon berkenaan lahir di Negeri Terengganu.
  • Pemohon dan/atau ibu/bapa bukan rakyat Terengganu tetapi bermastautin selama 10 tahun atau lebih juga boleh memohon dengan menyertakan Sijil Kerakyatan atau surat akuan bermastautin.
  • Ibu/bapa dan/atau pemohon mestilah mendaftar sebagai pemilih/pengundi di Negeri Terengganu.
  • Keutamaan kepada pemohon dari keluarga berpendapatan rendah (B40).
  • Telah/sedang mengikuti pengajian peringkat Ijazah/ Diploma di IPTA dan kursus yang diiktiraf oleh MQA/Kerajaan Malaysia
  • Tidak mendapat penajaan pada kadar penuh (100%) dari PTPTN (Surat Tawaran dari PTPTN perlu disertakan bagi mengesahkan jumlah pinjaman yang telah diluluskan)

PINJAMAN PELAJARAN YAYASAN TERENGGANU

Pelajar yang sedang mengikuti pengajian peringkat Ijazah/ Diploma di IPTA yang kursus yang diiktiraf oleh MQA/ Kerajaan Malaysia dan GAGAL memperoleh penajaan dari PTPTN boleh buat permohonan Pinjaman Pelajaran Yayasan Terengganu di pautan berikut:

CARA MEMOHON

Permohonan Skim Pinjaman Pelajaran Top-Up Yayasan Terengganu boleh dibuat secara atas talian menerusi pautan berikut:

Permohonan adalah dibuka sepanjang tahun. Penawaran pinjaman kepada pemohon yang berjaya akan dipertimbangkan berdasarkan kuota, merit dan kelulusan Mesyuarat Jawatankuasa Tajaan & Transformasi Pendidikan dan Pembangunan Pendidikan Yayasan Terengganu.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh terus rujuk di laman https://yt.gov.my/

Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.