Tawaran Biasiswa/ Pinjaman Pelajaran Peringkat Tinggi Yayasan Terengganu Tahun 2021

Yayasan Terengganu mempelawa para pelajar rakyat negeri Terengganu Darul Iman yang memenuhi syarat-syarat kerakyatan dan kelayakan akademik yang ditetapkan untuk memohon Biasiswa/ Pinjaman Pelajaran Tahun 2021 di bawah program ditawarkan.

Permohonan biasiswa bagi pelajar yang tidak mendapat mana-mana tajaan dan merupakan rakyat Terengganu boleh dibuat sehingga 18 April 2021 secara online.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut permohonan Biasiswa/ Pinjaman Yayasan Terengganu.

JENIS PROGRAM

Pelajar dipelawa untuk mohon biasiswa/ pinjaman dibawah program seperti berikut:

  • Biasiswa Peringkat Sarjana (Master) dan Doktor Falsafah (PHD) Tahun 2021
  • Biasiswa Program Perakaunan Profesional ACCA Tahun 2021
  • Pinjaman Pelajaran Peringkat Ijazah Pertama dalam bidang Al-Qur’an Wal Qiraat Tahun 2021

Semak syarat akademik setiap program DI SINI.

SYARAT PERMOHONAN

Berikut adalah syarat-syarat permohonan yang perlu dipenuhi:

  • Pemohon mestilah terdiri daripada rakyat Negeri Terengganu di mana salah seorang ibu atau bapa pemohon berkenaan lahir di Negeri Terengganu.
  • Pemohon dan/atau ibu/bapa bukan rakyat Terengganu tetapi bermastautin selama 10 tahun atau lebih juga boleh memohon dengan menyertakan Sijil Kerakyatan atau surat akuan bermastautin.
  • Ibu/bapa dan/atau pemohon mestilah mendaftar sebagai pemilih/pengundi di Negeri Terengganu.
  • Keutamaan kepada pemohon dari keluarga berpendapatan rendah ( B40 )

TEMPOH PERMOHONAN

Permohonan boleh dibuat sehingga:

  • Tarikh tutup permohonan: 18 April 2021 jam 12 tengahari

CARA MEMOHON

Pelajar yang memenuhi syarat kelayakan dan berminat untuk dapatkan Biasiswa/Pinjaman Yayasan Terengganu boleh buat permohonan secara atas talian menerusi pautan berikut:

Penawaran biasiswa kepada pemohon yang berjaya akan dipertimbangkan berdasarkan kuota, merit dan kelulusan Mesyuarat Jawatankuasa Tajaan & Transformasi Pendidikan dan Pembangunan Pendidikan Yayasan Terengganu.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh rujuk di laman web rasmi Yayasan Terengganu di www.yt.gov.my.

Daftar Sebagai Pembaca
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma