Daftar SUPERB: Hantar Idea Perniagaan Dan Terima Geran Pembangunan Perniagaan Sehingga RM500,000

Skim Permulaan Usahawan Bumiputera (SUPERB) menyediakan geran sehingga RM500,000 untuk menyokong idea perniagaan yang inovatif dan kreatif. Ia merupakan pembiayaan untuk membantu syarikat-syarikat start-up dengan dana sebanyak RM100 juta. Sehingga Januari 2018, sebanyak RM79.8 juta dana SUPERB telah diluluskan.

Program ini dibuka kepada Bumiputera yang ingin menjadi usahawan atau syarikat Bumiputera yang beroperasi kurang daripada 3 tahun.

Pemilihan usahawan akan dilakukan oleh Jawatankuasa Pemilihan SUPERB yang dianggotai sekumpulan panel usahawan yang berjaya dalam bidang perniagaan masing-masing.

MANFAAT SUPERB

Usahawan permulaan yang berjaya menyertai program SUPERB berpeluang menerima hadiah berupa geran pembangunan perniagaan.

  • Bagi permohonan yang berada di fasa pembentukan dan pembangunan idea atau prototaip akan berpeluang menerima geran pembangunan perniagaan berjumlah sehingga RM100 ribu.
  • Manakala, perniagaan yang sudah berada di fasa pra-komersial atau  penkomersialan  berpeluang menerima geran pembangunan perniagaan sehingga RM500 ribu.
  • Anda boleh menghantar seberapa banyak idea yang anda mahu sebagai pemohon. Walau bagaimanapun, panel hanya akan meluluskan satu sahaja permohonan dari anda.

SYARAT KELAYAKAN

Semak syarat kelayakan untuk menyertai Program SUPERB:

  • Warganegara Malaysia bertaraf Bumiputera berusia 21 tahun hingga 40 tahun dan tidak muflis.
  • Permohonan boleh dibuat secara individu atau menerusi syarikat yang ditubuhkan tidak lebih daripada tiga (3) tahun dari tarikh permohonan
  • Idea SUPERB yang dikemukakan oleh Pemohon adalah berdasarkan idea yang asli dan tidak pernah didaftarkan di bawah permohonan hakmilik harta intelek oleh mana-mana pihak.

Penyertaan Individu

  • Bumiputera bermaksud warganegara Malaysia yang merupakan:-
    – orang Melayu seperti yang didefinisikan di dalam Artikel 160(2) Perlembagaan Persekutuan;
    – orang asli seperti yang didefinisikan di dalam Akta Orang Asli 1954; atau
    – pribumi negeri Sarawak atau Sabah seperti yang didefinisikan di dalam Artikel 161A(6) dan 161A(7) Perlembagaan Persekutuan Malaysia
  • Pemohon bukan individu yang muflis.

Penyertaan Syarikat

  • Sekurang-kurangnya 60% saham dalam syarikat Pemohon adalah dimiliki oleh Bumiputera;
  • Majoriti daripada pengarah dan pengurusan syarikat Pemohon adalah Bumiputera;
  • Pemegang saham utama hendaklah berusia di antara 21 hingga 40 tahun;
  • Semua pemegang saham syarikat bukan individu yang muflis; dan
  • Syarikat Pemohon ditubuhkan tidak lebih daripada tiga (3) tahun dari tarikh permohonan dan merupakan sebuah syarikat yang solven.

TEMA PROJEK SUPRB 2020

Berikut tema-tema projek SUPERB yang telah dipilih oleh Jawatankuasa Penilaian SUPERB 2020:

  • Ekonomi Digital (Digital Economy)
    Contohnya: eDagang, Ekonomi Gig, Teknologi Kewangan (Fintech), Aplikasi Mobil dan sebagainya
  • Revolusi Perindustrian 4.0 (Industrial Revolution 4.0)
    Contohnya: Robotik, Teknologi Sensor, IoT, Big Data dan sebagainya
  • Perusahaan Sosial / Ekonomi Perkongsian (Social Enterprise / Sharing Economy)
    Contohnya: Ekonomi Berasaskan Komuniti dan sebagainya
  • Kreatif / Seni / Kesihatan / Fesyen
    Contohnya: Teknologi Farmaseutikal, Teknologi Kreatif, Animasi, Teknologi Fesyen dan sebagainya
  • Inovasi Makanan
    Contohnya: Teknologi Makanan, Sains Makanan dan sebagainya
  • Perniagaan Agro / Agri
    Contohnya: Pertanian Moden, Bioteknologi dan sebagainya

KRITERIA PENILAIAN

Idea Perniagaan akan disaring berdasarkan kriteria berikut yang akan dinilai oleh panel juri profesional terdiri daripada kumpulan usahawan dan wakil agensi:

Daftar SUPERB: Hantar Idea Perniagaan Dan Terima Geran Pembangunan Perniagaan Sehingga RM500,000

PELAKSANAAN SUPERB

Permohonan yang diterima akan disaring dan setiap permohonan akan dinilai berdasarkan potensi, inovasi dan kebolehpasaran produk serta kelestarian dan keupayaan perniagaan tersebut. Hanya permohonan yang layak sahaja akan disenarai pendek untuk bersaing di sesi “Business Challenge”. Pemohon dikehendaki untuk membentangkan idea perniagaan mereka di hadapan panel juri profesional.

Idea perniagaan yang terpilih akan mara ke peringkat separuh akhir di mana pemohon yang layak perlu menjalani sesi “Boot Camp” selama tiga hari sebelum melakukan pembentangan mereka di peringkat separuh akhir di hadapan Jawatankuasa Penilaian SUPERB.

Sekiranya mara ke peringkat akhir, pemohon dikehendaki membentangkan idea perniagaan mereka sekali lagi di hadapan juri profesional yang terdiri daripada tokoh usahawan dan korporat Bumiputera yang ternama.

LANGKAH MEMBUAT PENDAFTARAN

Tempoh permohonan adalah mulai 1 Ogos hingga 30 Ogos 2020. Berikut adalah langkah-langkah membuat pendaftaran SUPERB:

  1. Log masuk untuk dapatkan Borang Permohonan Online di laman SUPERB
  2. Muat naik video 2 minit mengenai idea perniagaan anda
  3. Hantar permohonan anda

Daftar SUPERB: Hantar Idea Perniagaan Dan Terima Geran Pembangunan Perniagaan Sehingga RM500,000

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan berkaitan projek SUPERB anda boleh ajukan ke alamat emel superb@teraju.gov.my. Untuk maklumat lanjut, anda boleh terus ke laman web SUPERB.

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma