IC Hilang Sebelum Temuduga? Ini Tindakan Segera Yang Calon Perlu Buat Supaya Tidak Panik •Resume Temuduga Letak Dalam Fail Atau Sampul? Ini Cara Paling Profesional Calon Patut Buat •Ini Gambaran Sebenar Hadir Temuduga Guru COS Di IPG, Dari Pendaftaran Sampai Mock Teaching •Ijazah Tidak Lagi Jamin Kerja? Ini Realiti Graduan Malaysia Yang Ramai Perlu Faham •Cara Buat Setem Gambar Sendiri Pos Malaysia Guna Personalised Setem Ku • IC Hilang Sebelum Temuduga? Ini Tindakan Segera Yang Calon Perlu Buat Supaya Tidak Panik •Resume Temuduga Letak Dalam Fail Atau Sampul? Ini Cara Paling Profesional Calon Patut Buat •Ini Gambaran Sebenar Hadir Temuduga Guru COS Di IPG, Dari Pendaftaran Sampai Mock Teaching •Ijazah Tidak Lagi Jamin Kerja? Ini Realiti Graduan Malaysia Yang Ramai Perlu Faham •Cara Buat Setem Gambar Sendiri Pos Malaysia Guna Personalised Setem Ku •

Penyertaan Latihan Graduan Digital Secara Online, Elaun Bulanan RM800 Kepada Graduan & Lepasan SPM

Oleh Cikgu Shaari • August 14, 2020 • 2 min baca

Penyertaan Latihan Graduan Digital Secara Online, Elaun Bulanan RM800 Kepada Graduan & Lepasan SPM
Visual Archive // 2020
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

Latihan Graduan Digital (LGD) merupakan inisiatif oleh Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan (MPPK) bersama NIAC bagi membuka peluang pekerjaan kepada 30,000 graduan serta menyediakan graduan dengan kemahiran fotografi dan videografi, public speaking, business development, marketing dan sebagainya.

Penyertaan Latihan Graduan Digital Secara Online, Elaun Bulanan RM800 Kepada Graduan & Lepasan SPM

Apa yang menariknya lagi adalah peserta akan terima elaun bulanan sebanyak RM800 selama 3 bulan. Penyertaan Latihan Graduan Digital dibuka sehingga November 2020.

Semak syarat kelayakan dan maklumat permohonan di bawah sekarang.

PELAKSANAAN LATIHAN GRADUAN DIGITAL

Program latihan ini dilaksanakan secara atas talian (online) sepenuhnya di mana graduan dan belia akan dilatih ke arah ekonomi GIG selama 3 bulan termasuk menerima dan menghantar tugasan secara atas talian (online).

Selepas tamat latihan, graduan berpeluang menjadi penyedia khidmat untuk pengusaha IKS sebagai fotografi/videografi dan e-marketer.

KELEBIHAN LATIHAN GRADUAN DIGITAL

Antara kelebihan daripada latihan yang diijalankan ini adalah:

  • Elaun RM800/bulan diberi selama 3 bulan tempoh latihan dan dibayar terus ke akaun penerima
  • Komitmen sepenuhnya hanya 15 hari di sepanjang 3 bulan tempoh latihan
  • Program latihan yang fleksibel; hanya perlu menghadiri 2 kali perjumpaan yang dianjurkan di negeri/daerah sendiri
  • Kebolehpasaran dan peluang pekerjaan yang tinggi (Freelancer, Fotografi/Videografi dan E-Marketer)
  • Pembelajaran secara atas talian sepenuhnya

SYARAT PENYERTAAN

Semak syarat kelayakan di bawah untuk buat permohonan:

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur 18 Tahun ke atas
  • Graduan IPT/ Lepasan Sekolah / Belia yang diberhentikan kerja semasa tempoh pendek / tidak bekerja
  • Belia yang masih melanjutkan pengajian tidak layak untuk menyertai

CARA MEMOHON

Sekiranya dan berminat dan memenuhi syarat kelayakan yang telah ditetapkan seperti di atas, anda boleh buat permohonan sekarang sehingga November 2020. Permohonan boleh dilakukan secara atas talian di pautan berikut:

Jika anda seorang graduan atau mempunyai kenalan yang ingin menjana pendapatan dan meningkatkan kebolehpasaran kerjaya ayuh bersama sertai Latihan Graduan  Digital (LGD). Lengkapkan borang penyertaan di atas dan klik Submit.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh terus pergi ke laman Facebook Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan

Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.