Bagasi Rosak Selepas Flight? Ini Cara Claim Ganti Rugi Di Airport (Panduan Lengkap 2026) •Sekatan Perjalanan Ke Luar Negara: Cara Semak Status Cukai LHDN & Elak Kena Tahan Di Airport •Tak Pandai Masak? Ini Cara Jadi Vendor Makanan 2026 Yang Menguntungkan •Cara Beli Rumah Tanpa Modal 2026: Teknik Full Loan, KWSP & Skim Kerajaan (Panduan Lengkap) •Bantuan Komputer Riba Negeri Sembilan 2026: Syarat, Cara Mohon & Kelayakan Pelajar B40 • Bagasi Rosak Selepas Flight? Ini Cara Claim Ganti Rugi Di Airport (Panduan Lengkap 2026) •Sekatan Perjalanan Ke Luar Negara: Cara Semak Status Cukai LHDN & Elak Kena Tahan Di Airport •Tak Pandai Masak? Ini Cara Jadi Vendor Makanan 2026 Yang Menguntungkan •Cara Beli Rumah Tanpa Modal 2026: Teknik Full Loan, KWSP & Skim Kerajaan (Panduan Lengkap) •Bantuan Komputer Riba Negeri Sembilan 2026: Syarat, Cara Mohon & Kelayakan Pelajar B40 •

Mohon Penjana MARA: Tawaran Pembiayaan, Latihan Kemahiran & Peluang Pekerjaan Buat Belia

Oleh Cikgu Shaari • January 4, 2021 • 2 min baca

Mohon Penjana MARA: Tawaran Pembiayaan, Latihan Kemahiran & Peluang Pekerjaan Buat Belia
Visual Archive // 2021
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

Skim PENJANA MARA ialah kemudahan pembiayaan yang diperuntukkan kepada kumpulan sasar yang terjejas akibat wabak Pandemik Covid-19. Kemudahan ini telah diumumkan oleh YAB Perdana Menteri pada 5 Jun 2020 di bawah Pelan Pemulihan Ekonomi Jangka Pendek.

Peluang terbuka kepada Warganegara Malaysia berumur 18 tahun dan ke atas untuk menjalani kursus dan latihan kompetensi bagi meningkatkan kebolehpasaran pekerjaan.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut PENJANA MARA dan cara membuat permohonan.

KEMUDAHAN PENJANA MARA

Kemudahan PENJANA MARA adalah berbentuk:

  • Pembiayaan kursus
  • Latihan kompetensi
  • Jaminan pekerjaan
  • Peluang menjalankan perniagaan

Pembiayaan ini merupakan pinjaman boleh ubah dan terikat dengan kontrak perjanjian dalam tempoh masa yang ditetapkan

OBJEKTIF PROGRAM

Program ini ditawarkan adalah dengan tujuan untuk:

  • Memberikan peluang pekerjaan dan perniagaan kepada rakyat Malaysia yang terkesan dengan pandemik Covid-19
  • Menyediakan latihan kemahiran dan pemberian geran kepada belia
  • Pengupayaan Digital dan Punca Pendapatan Baharu
  • Keyakinan Diri & Daya Saing

GOLONGAN SASARAN

Kumpulan sasar yang terjejas akibat Pandemik Covid-19 adalah seperti berikut:

  • Belia yang tidak bekerja
  • Pekerja yang dibuang kerja
  • Lepasan sekolah
  • Gelandangan
  • Usahawan teknikal baharu
  • Graduan TVET
  • Komuniti setempat

PROGRAM DITAWARKAN

Berikut adalah senarai program yang ditawarkan:

  • Perantisan
  • e-Usahawan
  • Kursus Jangkamasa Pendek
  • Penjagaan Kesihatan & Keselamatan Kebiasaan Baharu

CARA MOHON

Sekiranya anda berminat untuk mengikuti program Jaminan Pekerjaan dan Usahawan Teknikal Menerusi PENJANA MARA dan dapatkan pembiayaan yang bersesuaian, anda boleh mengisi permohonan sekarang di pautan berikut:

Pemohon yang tidak dihubungi dalam tempoh 1 bulan dari tarikh permohonan dianggap TIDAK BERJAYA. Untuk maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan, anda boleh hubungi:

  • Bahagian Kemahiran Dan Teknikal
    Tingkat 20 & 21 Ibu Pejabat MARA 21,
    Jalan MARA,
    50609 Kuala Lumpur
  • Emel: penjana@mara.gov.my
  • Maklum Balas PENJANA MARA
Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.