Permohonan Bantuan Internet RM100 Setiap Orang Buat Pelajar Sekolah

Kerajaan Negeri Perak menerusi Pakej Rangsangan Ekonomi (PRE) telah mengumumkan pemberian bantuan internet berjumlah RM100 kepada pelajar sekolah seperti yang dikategorikan di bawah.

Pemberian bantuan internet ini diberikan bagi memberi kemudahan capaian internet yang baik kepada pelajar yang memerlukan.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut pemberian bantuan internet RM100 setiap orang.

PELAJAR SEKOLAH YANG LAYAK

Pemberian bantuan internet ini diberikan kepada pelajar sekolah dari kategori:

  • Calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2020
  • Calon Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) 2020
  • Calon Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) 2020

PEMBERIAN BANTUAN INTERNET

Untuk makluman anda, pemberian bantuan kepada calon sekolah/institusi akan disalurkan seperti berikut:

  • Disalurkan menerusi PIBG sekolah masing-masing
  • Pemberian Bantuan Internet RM100

CALON PERSENDIRIAN

Bagi calon persendirian, permohonan hendaklah dikemukakan kepada Pejabat Kewangan Negeri Perak sebelum 15 Januari 2021 dengan disertakan dokumen seperti berikut:

  • Salinan dokumen yang menyatakan pemohon adalah calon persendirian peperiksaan SPM, STPM dan STAM di Negeri Perak bagi Tahun 2020
  • Salinan Kad Pengenalan
  • Salinan Akaun Bank (yang menyatakan nama pemilik akaun)

Permohonan mestilah dihantar kepada:

  • Pejabat Kewangan Negeri Perak
    Aras G, Bangunan Perak Darul Ridzuan,
    Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab,
    30000 Ipoh, Perak Darul Ridzual
  • Tel: 05 209 5083/ 5024/ 5027/ 5822/ 5829

Permohonan Bantuan Internet RM100 Setiap Orang Buat Pelajar Sekolah

Daftar Sebagai Pembaca
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma