Skill Kerja 2026: Cara Upgrade Diri Supaya Tak Ketinggalan Zaman (AI + Human Skills) •Cara Beli Rumah Pertama Usia Muda 2026: Skim Kerajaan, KWSP & Strategi Lulus Loan •Mekap Temuduga Kerja: Cara Solekan Natural Yang Buat Anda Nampak Profesional (Panduan Lengkap 2026) •Kerja Kilang 2026: Senarai Jawatan Selain Operator, Gaji & Cara Mohon (Lengkap + Tips Lulus Temuduga) •Rumah Rosak Akibat Banjir Atau Kebakaran? Ini Cara Claim Insurans & Takaful Rumah (Panduan Lengkap 2026) • Skill Kerja 2026: Cara Upgrade Diri Supaya Tak Ketinggalan Zaman (AI + Human Skills) •Cara Beli Rumah Pertama Usia Muda 2026: Skim Kerajaan, KWSP & Strategi Lulus Loan •Mekap Temuduga Kerja: Cara Solekan Natural Yang Buat Anda Nampak Profesional (Panduan Lengkap 2026) •Kerja Kilang 2026: Senarai Jawatan Selain Operator, Gaji & Cara Mohon (Lengkap + Tips Lulus Temuduga) •Rumah Rosak Akibat Banjir Atau Kebakaran? Ini Cara Claim Insurans & Takaful Rumah (Panduan Lengkap 2026) •

Inisiatif TEKUN: Mohon Pembiayaan SPIN 2.0 Hingga RM5,000 Untuk Usahawan Tanpa SSM

Oleh Cikgu Shaari • August 17, 2021 • 3 min baca

Inisiatif TEKUN: Mohon Pembiayaan SPIN 2.0 Hingga RM5,000 Untuk Usahawan Tanpa SSM
Visual Archive // 2021
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN Nasional) pada 21 Disember 2020 telah melancarkan Skim Pembiayaan Informal (SPIN) dengan peruntukan sebanyak RM50 juta bagi membantu membiayai usahawan sektor tidak formal.

Menurut Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, SPIN dijangka bakal memberi manfaat kepada 10,000 usahawan tidak berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). Pada tahun ini, TEKUN meneruskan lagi Skim Pembiayaan Informal dengan memperkenalkan SPIN 2.0.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut pembiayaan usahawan sektor tidak formal SPIN 2.0.

SKIM PEMBIAYAAN INFORMAL (SPIN)

Skim Pembiayaan Informal ( SPIN 2.0 ) adalah pembiayaan kepada usahawan yang tiada lagi  Pendaftaran Perniagaan ( SSM ) atau lesen Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). Antara objektif SPIN ini adalah untuk:

  • Membantu usahawan yang baru memulakan perniagaan tanpa berdaftar perniagaan atau lesen perniagaan dalam kesukaran masa pandemik Covid-19

KADAR PEMBIAYAAN

Usahawan yang layak boleh mendapatkan pembiayaan SPIN yang ditawarkan dengan kadar:

  • Kadar pembiayaan: Antara RM1,000 dan RM5,000

TEMPOH BAYARAN BALIK

Tempoh bayaran balik Skim Pembiayaan Informal (SPIN 2.0) yang ditetapkan adalah seperti berikut:

  • Tempoh bayaran balik: 3 tahun
  • Kadar keuntungan: 4% setahun

SYARAT KELAYAKAN SPIN

Antara kriteria bagi permohonan Skim Pembiayaan Informal (SPIN) adalah:

  • Warganegara Malaysia
  • Bumiputera dan Masyarakat India yang mempunyai perniagaan sah
  • Mempunyai bukti perniagaan
  • Semua jenis perniagaan yang sah disisi undang-undang dan patuh syariah adalah layak mohon

Menurut TEKUN, pihaknya tidak letak banyak syarat bagi memudahkan urusan permohonan usahawan yang memerlukan bantuan.

SPIN juga menggalakkan usahawan untuk mendaftarkan perniagaan mereka dengan SSM bagi membolehkan mereka membuat pembiayaan secara ulangan.

CARA MOHON PEMBIAYAAN SPIN TEKUN

Usahawan yang tidak berdaftar SSM dan PBT yang berminat untuk dapatkan pembiayaan SPIN yang ditawarkan oleh TEKUN ini boleh buat permohonan dengan melengkapkan borang permohonan yang disediakan oleh pihak TEKUN.

Permohonan Online

Permohonan online boleh dibuat dengan log masuk ke laman berikut:

Permohonan Manual

Muat turun semua borang permohonan SPIN TEKUN berikut untuk dilengkapkan:

JPTT BORANG 02 – BORANG PERMOHONAN PEMBIAYAAN TEMAN TEKUN

JPTT BORANG 03 – BORANG PERMOHONAN PEMBIAYAAN ULANGAN

JPTT BORANG 04 – SURAT PENGESAHAN PERNIAGAAN

Pemohon boleh berhubung dengan pegawai di pejabat cawangan TEKUN yang berhampiran untuk mengemukakan permohonan bersama borang permohonan yang telah lengkap diisi.

Nota: Proses kelulusan dalam masa 7 hari bekerja. (Tertakluk pada terma dan syarat)

SENARAI PEMBIAYAAN TEKUN

Selain daripada Skim Pembiayaan Informal (SPIN) yang ditawarkan kepada usahawan sektor tidak formal, usahawan formal juga ditawarkan beberapa pembiayaan lain seperti:

Untuk maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan, anda boleh hubungi talian Khidmat Pelanggan di 03-90588550 atau layari laman web di www.tekun.gov.my.

Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.