Permohonan Skim Pembiayaan Pemulihan Perniagaan Sektor Mikro TEKUN Nasional (CBRM) Di Buka. Terima Bantuan Sehingga RM10,000

Skim Pembiayaan Pemulihan Perniagaan Sektor Mikro TEKUN Nasional (CBRM) merupakan skim pembiayaan mikro bagi usahawan yang terjejas kesan daripada wabak COVID-19 untuk memulih dan memulakan semula perniagaan sedia ada.

Dengan jumlah pembiayaan  sebanyak RM1,000 hingga RM10,000, skim ini adalah sebagai suntikan modal pusingan untuk memulih dan memulakan semula perniagaan sedia ada buat peniaga yang kehilangan pendapatan sepanjang tempoh penularan wabak COVID-19.

Skim ini adalah dibuka kepada semua peniaga warganegara Malaysia dalam sektor perniagaan yang patuh syariah dengan tempoh pembiayaan sehingga tempoh maksima 3 tahun dan tempoh penangguhan 6 bulan.

Permohonan Skim Pembiayaan Pemulihan Perniagaan Sektor Mikro TEKUN Nasional (CBRM) Di Buka. Terima Bantuan Sehingga RM10,000

Untuk maklumat lanjut mengenai syarat kelayakan permohonan dan cara membuat permohonan, ikuti perkongsian di bawah.

SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN SKIM CBRM

Anda perlu penuhi syarat-syarat kelayakan seperti berikut untuk membuat permohonan Skim CBRM:

  • Usahawan mikro yang perniagaan mereka terjejas akibat wabak COVID-19
  • Warganegara Malaysia (Bumiputera / India)
  • Perniagaan dijalankan secara sepenuh atau separuh masa
  • Mempunyai tempat perniagaan yang khusus
  • Mempunyai pendaftaran SSM atau Permit PBT (Lesen Penjaja)
  • Tidak disenarai hitam dengan institusi kewangan lain
  • Bebas daripada sebarang tindakan undang-undang dan kebankrapan
  • Mempunyai rekod bayaran balik yang baik dengan TEKUN Nasional (untuk usahawan sedia ada)

MAKLUMAT LANJUT

Untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai permohonan Skim CBRM, sila hubungi Pegawai TEKUN Ibu Pejabat seperti berikut:

  • Mohd Yusri Mohd Yusob (012-551 6275) / Mohd Yusliezal Mohd Yusof   (019-609 6251)
  • Borang Permohonan boleh didapati di laman sesawang TEKUN Nasional atau di bawah perkongsian ini

DOKUMEN SOKONGAN YANG DIPERLUKAN

Bagi membuat permohonan, sertakan dokumen sokongan seperti berikut:

  • Salinan Sijil Pendaftaran Syarikat dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) atau Lesen Perniagaan dengan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang sah
  • Salinan Kad Pengenalan pemohon dan pasangan (jika berkenaan)
  • Salinan Penyata Akaun Bank untuk 1 bulan terkini
  • Salinan salah satu Bil Utiliti terkini (elektrik /air / telefon)

PERMOHONAN SECARA ONLINE

Mulai 16 April 2020, Permohonan Skim Pembiayaan Pemulihan Sektor Mikro (CBRM) boleh dibuat secara online melalui pautan berikut:

PERMOHONAN ONLINE

Sebarang pertanyaan berkaitan permohonan secara online boleh dibuat dengan menghantar emel ke supportcbrm@tekun.gov.my

Permohonan Skim Pembiayaan Pemulihan Perniagaan Sektor Mikro TEKUN Nasional (CBRM) Di Buka. Terima Bantuan Sehingga RM10,000

CARA MEMBUAT PERMOHONAN

Untuk membuat permohonan, anda perlulah lengkapkan semua borang yang disertakan. Borang permohonan mestilah disertakan dengan dokumen sokongan yang  diperlukan di atas. Maut turun ketiga-tiga jenis borang di bawah dan lengkapkan semuanya sekali.

Tempoh yang diambil bagi kelulusan permohonan adalah 10 hari bekerja selepas borang permohonan yang lengkap diterima.

Anda boleh berurusan dengan pegawai TEKUN yang terdekat dengan anda untuk maklumat lanjut mengenai permohonan Skim CBRM di talian berikut:

Permohonan Skim Pembiayaan Pemulihan Perniagaan Sektor Mikro TEKUN Nasional (CBRM) Di Buka. Terima Bantuan Sehingga RM10,000

DOWNLOAD BORANG PERMOHONAN

Download borang senarai semak, borang permohonan dan borang kebenaran penzahiran maklumat kredit individu di bawah untuk membuat permohonan yang lengkap.

Borang senarai semak

borang permohonan pembiayaan

Borang kebenaran penzahiran 

Daftar Sebagai Pembaca
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma