Tawaran Skim Pembangunan Usahawan Masyarakat India (SPUMI) Sehingga RM100,000

Mungkin ada yang belum mengetahui TEKUN Nasional ada menyediakan Skim Pembangunan Usahawan Masyarakat Indian (SPUMI). SPUMI adalah Skim Pembiayaan Mikro kepada usahawan yang terdiri daripada kaum India yang menjalankan perniagaan secara mikro bagi tujuan untuk mengembangkan perniagaan yang diceburi.

Skim ini bertujuan untuk menggalakkan penyertaan masyarakat India dalam bidang perniagaan secara inovatif disamping meransang bidang keusahawanan di Malaysia. Ia merangkumi sektor perniagaan seperti peruncitan, perkhidmatan, pembuatan, pertanian & perusahaan asas tani, perniagaan online dan kontraktor.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut skim pembiayaan ditawarkan dan panduan buat permohonan.

BIDANG PERNIAGAAN

Tawaran adalah terbuka kepada pengusaha perniagaan berikut:

  • Pertanian & Perusahaan Asas Tani
  • Peruncitan
  • Perkhidmatan
  • Pembuatan
  • Kontraktor Kecil
  • Perniagaan Online

JUMLAH PEMBIAYAAN TEKUN

Berikut adalah jumlah pembiayaan TEKUN yang ditawarkan:

Tempoh bayaran balik pinjaman adalah antara 6 bulan hingga 10 tahun.

SYARAT KELAYAKAN

Tawaran adalah terbuka kepada pemohon yang berkelayakan seperti berikut:

  • Berbangsa India dan warganegara Malaysia
  • Berumur 18 – 65 tahun (tempoh pembiayaan tamat sehingga 65 tahun)
  • Pemohon bukan seorang muflis
  • Syarikat 100% hak milik India dan warganegara Malaysia
  • Salinan Lesen / Permit / Daftar Perniagaan (SSM) / Sijil Perakuan Amalan yang sah dan masih belum tamat tempoh.
  • Mempunyai tempat / lokasi perniagaan yang khusus / berniaga secara bergerak (mobile) / atas talian (online)
  • Terlibat secara langsung / separuh masa dalam perniagaan
  • Satu pembiayaan bagi satu isi rumah (kecuali perniagaan yang berasingan dan daftar perniagaan yang berlainan)
  • Had modal berbayar tidak melebihi RM300,000
  • Bagi pembelian kenderaan komersial / jentera berat, jumlah pembiayaan adalah 10% daripada harga kenderaan komersial / jentera berat (tertakluk kepada aliran tunai dan kedudukan kewangan pemohon)
  • Bagi pemilikan Perkongsian, perlu mendapat surat kebenaran rakan kongsi yang membenarkan pemohon membuat pembiayaan
  • Bagi pemilikan Syarikat Sendirian Berhad (Sdn. Bhd) wajib menyediakan Resolusi Syarikat mengikut format yang disediakan
  • Wajib menyediakan penyata bank yang digunakan untuk menjalankan perniagaan sama ada penyata bank akaun simpanan / akaun semasa yang menggunakan perbankan internet.
  • Penerima biaya hendaklah membuat bayaran jumlah keseluruhan harga jualan dan simpanan melalui cek tarikh tertunda atau aplikasi eletronik (Direct Debit e-Mandate) bagi nilai pembiayaan yang diluluskan sebanyak RM15,000 sehingga RM100,000.
  • Aktiviti utama perniagaan usahawan mestilah patuh Syariah

CARA MOHON

Sekiranya anda berminat dengan pembiayaan ditawarkan dan berkelayakan seperti dinyatakan di atas, anda boleh buat permohonan secara atas talian melalui pautan berikut:

Usahawan TEKUN akan mendapat perlindungan di bawah Insuran Plan Takaful Kemalangan Diri Berkelompok (GPA – Group Personal Accident) dan Plan Takaful Kredit. Dapatkan info lanjut mengenai pembiayaan ditawarkan di laman www.tekun.gov.my.

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma