Tawaran Jawatan MySTEP Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) Dibuka. Ini Cara Mohon

MySTEP 2021 merupakan salah satu inisiatif kerajaan yang dilaksanakan untuk membantu meningkatkan peluang pekerjaan dan pendapatan rakyat Malaysia. Bahagian Pembangunan Kompetensi KKM ingin mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi jawatan di bawah inisiatif MySTEP tahun 2021.

Kepada graduan yang sedang mencari pekerjaan dan memiliki Ijazah Sarjana Muda dalam bidang berkaitan, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mempelawa anda untuk mohon kekosongan MyStep yang ditawarkan.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut jawatan ditawarkan dan cara buat permohonan.

MAKLUMAT JAWATAN

  • Nama majikan: Kementerian Kesihatan Malaysia
  • Nama jawatan: Personel MyStep
  • Lokasi penempatan: Bahagian Pembangunan Kompetensi KKM, Blok A, Jalan Cenderasari, 50590 Kuala Lumpur.
  • Tempoh Kontrak: 1 November hingga 31 Disember 2021
  • Tarikh tutup permohonan: 15 Oktober 2021
  • Gaji ditawarkan: RM2,000 (termasuk caruman KWSP, cuti tahunan & cuti sakit)

SYARAT KELAYAKAN

Berikut adalah syarat kelayakan permohonan jawatan MySTEP yang ditawarkan:

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur tidak lebih 35 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan
  • Memiliki Ijazah Sarjana Muda dalam Teknologi Maklumat dan Kejuruteraan Perisian yang diiktiraf oleh kerajaan Malaysia atau kelayakan yang setaraf dengannya
  • Berkebolehan mengendalikan sistem/ perisian komputer seperti Ms Word, Powerpoint, Excel dan reka grafik
  • Mempunyai kemahiran komunikasi yang baik, boleh bekerja dalam kumpulan dan menerima tekanan kerja yang diamanahkan

CARA MEMOHON

Calon yang berkelayakan dan berminat dengan jawatan yang ditawarkan mestilah buat permohonan selewat-lewatnya pada 15 Oktober 2021. Untuk buat permohonan, calon mestilah menghantar dokumen yang diperlukan kepada alamat emel berikut:

  • bpkpentadbiran@gmail.com

*TAJUK EMEL: PERMOHONAN MYSTEP

Berikut adalah senarai dokumen yang perlu dikemukakan:

  • Resume terkini beserta gambar berwarna
  • Salinan sijil Ijazah atau kelayakan setaraf dengannya
  • Salinan kad pengenalan

Calon diingatkan untuk TIDAK MENGHANTAR EMEL KOSONG yang hanya mengandungi resume semata-mata. Pastikan emel anda lengkap. Jika tak tahu, anda boleh rujuk:

Daftar Sebagai Pembaca
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma