Senarai Dokumen Yang Tidak Perlu Dibawa Semasa Temuduga Yang Ramai Tak Tahu

Mungkin ada di antara anda yang suka membawa banyak sijil bagi menarik perhatian penemuduga. Namun sebenarnya penemuduga tidak tertarik langsung dengan beberapa dokumen ini malah mereka akan rimas dengan sijil yang terlalu banyak.

Anda merasakan semua dokumen adalah penting dan perlu dibawa? Tidak semua dokumen adalah penting di mata penemuduga. Pastikan anda teliti setiap dokumen yang perlu dibawa dan tidak perlu semasa temuduga.

Berikut adalah senarai dokumen yang tidak perlu dibawa semasa temuduga, tetapi ramai yang bawa.

DOKUMEN YANG TIDAK PERLU DIBAWA

Berikut adalah senarai dokumen yang tidak perlu dibawa semasa temuduga yang ramai tak tahu:

1 Slip Keputusan Peperiksaan Semester

Tidak perlu bawa slip peperiksaan anda untuk setiap semester. ini akan menyebabkan penemuduga menjadi serabut melihat terlalu banyak slip peperiksaan anda. Memang benar penemuduga nak tahu keputusan anda.

Namun anda sebenarnya tidak perlu pun bawa slip keputusan peperiksaan setiap semester. Cukup sekadar bawa transkrip sahaja semasa temuduga.

2 Sijil-Sijil Semasa Zaman Persekolahan

Tidak kiralah jika anda merupakan Ketua Tingkatan, Ketua Pengawas atau Pengerusi Kelab sekalipun, anda tidak perlu membawa sijil-sijil yang anda peroleh di sekolah dahulu. Sijil-sijil sekolah hanya penting untuk kemasukan ke IPT, tetapi tidak lagi perlu untuk memohon kerja.

Bagi sijil berkaitan peperiksaan awam seperti Sijil Ujian Lisan, letakkan sekali bersama dengan Sijil SPM dan perlu dibawa semasa temuduga.

3 Keputusan UPSR & PMR/ PT3

Sijil peperiksaan awam di sekolah yang perlu anda bawa semasa temuduga hanyalah sijil SPM dan STPM. Sijil UPSR dan PMR/ PT3 tidak perlu sama sekali. Sebenarnya penemuduga tidak berminat dengan sijil-sijil di sekolah kerana mereka lebih berminat dengan pencapaian anda di IPT.

4 Sijil AJK Kelab Kampung

Jika anda menjawat jawatan dalam kelab-kelab bertaraf kampung dan memperoleh sijil penghargaan bagi menghargai jasa anda itu, maka simpan sahaja sijil itu. Tidak perlu dibawa ke temuduga. Penemuduga tidak berminat sama sekali dengan sijil-sijil seperti itu.

5 Sijil Penyertaan

Jika sijil penghargaan pun tidak dilayan, apatah lagi sijil penyertaan. Penemuduga akan memberi reaksi yang buruk kepada anda kerana beliau akan menganggap anda ingin menunjuk-nunjuk dengan penyertaan anda. Lain lah jika sijil penyertaan tersebut adalah  berkaitan bidang pekerjaan yang menunjukkan anda berkemahiran.

Dah tahu senarai dokumen yang tidak perlu dibawa ke temuduga ini, semoga anda lebih berhati-hati selepas ini. Ingat, hanya bawa dokumen yang penting dan berkaitan dengan pencapaian sahaja untuk ke temuduga.

Semoga bermanfaat!

Daftar Sebagai Pembaca
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma