Skim MyezyCover: Pembelian Insurans Kenderaan Secara Ansuran Tanpa Faedah

Kira-kira 1.7 juta penjawat awam terutama dalam kalangan B40 kini berpeluang untuk membeli atau memperbaharui takaful (insurans) kenderaan mereka secara ansuran tanpa sebarang faedah melalui pelaksanaan skim MyezyCover yang diperkenalkan oleh kerajaan.

Skim patuh syariah itu dilaksanakan dengan pembiayaan RM100 juta melalui Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso), MyAngkasa Amanah Berhad (MAAB) dan A Tech Insure Sdn Bhd (ATECH).

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut tawaran Skim MyezyCover yang diperkenalkan oleh kerajaan.

GOLONGAN SASARAN

Pada peringkat awal ini, Skim MyezyCover ini disasarkan kepada:

  • Penjawat awam khasnya B40

Buat masa ini, skim ini belum diperluaskan kepada golongan pesara (kerajaan) dan syarikat swasta yang mana mereka boleh:

  • Membeli insurans (takaful kenderaan) secara ansuran sama ada setiap bulan, setiap tiga atau empat bulan atau sekali gus

Apabila mereka buat pembayaran sekali gus, mereka akan dapat 10% diskaun dengan pembayaran adalah menerusi potongan gaji oleh Angkasa.

PEMBAYARAN SECARA ANSURAN

Melalui Skim MyezyCover, penjawat awam ditawarkan untuk membayar insurans kenderaan secara ansuran seperti berikut:

  • Ansuran dalam tempoh 10 bulan
  • Bulanan serendah RM50

Penjawat awam juga boleh membayar insurans kenderaan secara ansuran tersebut secara potongan gaji Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA).

CARA BELI INSURANS DI MYEZYCOVER

Melalui Skim MyezyCover, pembaharuan insurans boleh dilakukan secara atas talian yang mana prosesnya sangat mudah, menjimatkan banyak masa dan kos. Perkhidmatan ini juga boleh diakses pada bila-bila masa dan tersedia untuk semua kakitangan kerajaan.

Berikut adalah panduan membuat pembelian insurans kenderaan menggunakan Skim MyezyCover:

  1. Pergi ke laman web https://www.myezycover.com/
  2. Klik butang SIGN UP untuk daftar akaun
  3. Selesai daftar, klik LOGIN untuk log masuk
  4. Bandingkan insuran yang ditawarkan dan pilih yang anda mahu
  5. Buat pembayaran ikut prosedur yang ditetapkan.

Pengguna mempunyai beberapa pilihan untuk memilih daripada semua syarikat insurans dan Takaful yang mengambil bahagian dalam MyezyCover. Pengguna boleh menyemak dan membandingkan semua ciri yang ditawarkan termasuk faedah asas dan tambahan yang ditawarkan oleh penyedia insurans dan takaful yang berbeza.

Untuk maklumat lebih lanjut, anda boleh rujuk di laman web https://www.myezycover.com/

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma