Permohonan Skim Bantuan Pelajaran Tunku Abdul Rahman (BPTAR) RM300 Sebulan Buat Pelajar IPT

Sukacita dimaklumkan bahawa Yayasan Tuanku Abdul Rahman telah membuka permohonan Skim Bantuan Yayasan TAR bagi tahun akademik 2020/2021. YTAR mempelawa permohonan daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk dihadiahkan Bantuan Tunku Abdul Rahman.

Bantuan ini khusus untuk pelajar yang berasal daripada keluarga miskin tegar (B40) bagi membantu menampung kos sara hidup pelajar semasa di Universiti Awam (UA).

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut permohonan Bantuan Pelajaran Tunku Abdul Rahman (BPTAR).

SYARAT PERMOHONAN

Hanya pemohon yang memenuhi syarat kelayakan berikut sahaja akan dipertimbangkan:

  • Warganegara Malaysia
  • Berdaftar sepenuh masa dalam sebarang program ijazah sarjana muda sahaja
  • Berlatar belakang keluarga miskin tegar (B40) berpendapatan keluarga RM4839 ke bawah
  • Peminjam PTPTN dan lain-lain bantuan kewangan layak memohon

Syarat Tambahan

Pelajar yang menerima bantuan ini dikehendaki untuk menghantar laporan ringkas pada akhir semester 1 2020/2021 kepada pihak YTAR dan mengisi borang maklum balas pada akhir semester 2 2020/2021.

MAKLUMAT BANTUAN

Berikut adalah maklumat bantuan bagi sesi 2020/2021:

  • Bantuan sebanyak RM300 sebulan bagi seorang pelajar
  • Bantuan untuk tempoh 2 semester bersamaan 20 bulan pengajian sahaja
  • Bilangan penerima seramai 15 pelajar bagi setiap universiti

CARA MEMOHON

Permohonan adalah dibuka sehingga 9 Disember 2020 (Rabu). Pelajar boleh memohon bantuan yang ditawarkan dengan mengisi borang permohonan BPTAR.

Borang permohonan yang telah lengkap diisi beserta salinan dokumen yang telah disahkan hendaklah diemelkan kepada Timbalan Naib Cancelor (HEP) universiti awam masing-masing. Untuk info lanjut mengenai tawaran bantuan BPTAR, anda boleh terus ke laman Facebook HEP universiti awam anda.

Daftar Sebagai Pembaca
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma