SKWAK: Mohon Bantuan Wang Pendahuluan Buat Kontraktor Bumiputera
Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) mempelawa kontraktor Bumiputera di Malaysia yang memerlukan bantuan wang pendahuluan bagi memulakan kerja kontrak untuk memohon Skim Kumpulan Wang Amanah Kontraktor (SKWAK).
Penubuhan SKWAK sejak tahun 1984 adalah dengan matlamat untuk membantu para kontraktor Bumiputera mendapatkan modal bagi memulakan sesuatu projek dan terus meningkat maju dalam bidang pembinaan.
Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut permohonan pembiayaan SKWAK.
Isi Kandungan
KADAR PEMBIAYAAN SKWAK
SKWAK merupakan skim berbentuk pinjaman yang diberikan kepada kontraktor yang layak dengan kadar:
- Maksimum 25% daripada nilai kerja pembina
Nilai Kontrak Kerja ditolak (-) (Wang Peruntukan Sementara + Kos Prima + amaun jumlah Surat Ikatan Penyerahan Hak Kontraktor yang ditandatangani oleh kontraktor tersebut.
SYARAT KELAYAKAN
Hanya pemohon yang memenuhi syarat kelayakan berikut sahaja akan dipertimbangkan:
- Gred G1 hingga G5 yang berdaftar dengan CIDB
- Memiliki SIjil Taraf Bumiputera (STB) yang masih aktif
- Menerima SST daripada JKR dan JPS bagi kerja-kerja Persekutuan sahaja dan nilai kerja yang tertakluk kepada had nilai menender
- Tidak menerima wang pendahuluan atau pinjaman dari mana-mana institusi kewangan
- Subkontraktor tidak layak memohon, kecuali subkontraktor yang dinamakan (NSC)
- Projek bernilai tidak melebihi RM5 juta
- Menerima Inden kerja daripada JKR dan JPS bagi kerja-kerja Persekutuan sahaja dan nilai bagi satu-satu kerja hendaklah lebih daripada RM100,000 dan tempoh siap kerja hendaklah tidak kurang daripada 8 minggu
- Mempunyai rekod kerja yang baik serta tidak terlibat dengan tindakan kesusahan berat kerana berhutang
- Modal dan tenaga pengurusan dimiliki dan dikuasai Bumiputera 100%
SYARAT PINJAMAN
- Kemajuan kerja di tapak projek adalah kurang daripada 20% semasa permohonan diterima
- Pinjaman adalah bagi satu kerja sahaja
- Permohonan yang diluluskan layak menerima pinjaman sebanyak 25% daripada Nilai Kerja Pembina atau Nilai Inden
- Pinjaman yang diluluskan hendaklah digunakan khusus untuk perbelanjaan yang berkaitan dengan kerja-kerja kontrak
- Peminjam hendaklah menguruskan sendiri kerja-kerja kontrak yang berkenaan
- Sekurang-kurangnya 30% nilai pinjaman diagihkan
DOKUMEN SOKONGAN
Sediakan semua dokumen sokongan berikut untuk buat permohonan:
- Borang permohonan pinjaman yang telah lengkap diisi.
- Surat Setuju Terima Tender (LA), bagi kontrak dimana pinjaman pendahuluan diperlukan atau Inden Kerja.
- Ringkasan tender.
- Surat Daftar Perniagaan (Borang A/B jika urusniaga kepunyaan perseorangan/perkongsian; atau Borang 24, Borang 29, 44 jika urus niaga jenis Sdn. Bhd.).
- Borang Pendaftaran Syarikat SSM (Borang D untuk milikan tunggal; Borang 9 untuk jenis Sdn. Bhd).
- Sijil Pendaftaran Kontraktor dari CIDB.
- Sijil Taraf Bumiputera dari PKK.
- Carta organisasi syarikat dan lampiran tapak projek yang telah diluluskan oleh JKR.
- Salinan penyata bulanan akaun bank bagi 3 bulan terakhir.
- Salinan penyata akaun tahunan syarikat yang terkini setelah diaudit dan disahkan oleh Pendaftar Syarikat.
- Membuat akuan sumpah di hadapan Pesuruhjaya Sumpah atau Hakim Mahkamah Sesyen bahawa pemohon tidak ada menerima pinjaman kewangan dari bank/agensi lain.
CARA MEMOHON
Kontraktor yang layak dan berminat untuk mendapatkan pembiayaan SKWAK boleh buat permohonan dengan langkah berikut:
- Download borang permohonan berikut:
– Borang Kontraktor G1
– Borang Kontraktor G2 hingga G5 - Lengkapkan borang permohonan yang dimuat turun
- Hantar borang permohonan bersama dokumen sokongan ke pejabat Cawangan PKK Negeri
Untuk maklumat lanjut mengenai SKWAK, sila hubungi 03-8880 5367/5399 atau melayari laman web rasmi MEDAC di talian https://www.medac.gov.my/.