Senarai Kerjaya Bidang Sukan Di Malaysia 2026: Pilihan Jawatan, Kemahiran & Tempat Mohon •SSPN Prime & SSPN Plus: Cara Buka Akaun, Kelebihan & Pelepasan Cukai Sehingga RM8,000 •Hadiah Hari Guru 2026: Tak Wajib, Ini Panduan Pilih Hadiah Bajet Rendah Yang Bermakna •MC Boleh Claim PERKESO 2026? Ini Syarat, Cara Mohon & Kesilapan Ramai Tak Sedar •Jangan Terpedaya Kerja Haram: Risiko Keldai Akaun, Scammer & Gaji Lumayan Palsu Yang Ramai Tak Sedar • Senarai Kerjaya Bidang Sukan Di Malaysia 2026: Pilihan Jawatan, Kemahiran & Tempat Mohon •SSPN Prime & SSPN Plus: Cara Buka Akaun, Kelebihan & Pelepasan Cukai Sehingga RM8,000 •Hadiah Hari Guru 2026: Tak Wajib, Ini Panduan Pilih Hadiah Bajet Rendah Yang Bermakna •MC Boleh Claim PERKESO 2026? Ini Syarat, Cara Mohon & Kesilapan Ramai Tak Sedar •Jangan Terpedaya Kerja Haram: Risiko Keldai Akaun, Scammer & Gaji Lumayan Palsu Yang Ramai Tak Sedar •

Permai: Tarikh Bayaran Bantuan RM500 Buat Pemandu Teksi, Bas, Kereta Sewa & E-Hailing

Oleh Cikgu Shaari • February 23, 2021 • 2 min baca

Permai: Tarikh Bayaran Bantuan RM500 Buat Pemandu Teksi, Bas, Kereta Sewa & E-Hailing
Visual Archive // 2021
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

Melalui Pakej Bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia (PERMAI), Kerajaan telahpun mengumumkan bantuan kewangan one-off sebanyak RM500 ringgit kepada pemandu teksi, bas sekolah, bas persiaran, kereta sewa dan e- hailing, bagi meringankan beban mereka.

Menurut pangkalan data terkini, lebih kurang 110,000 pemandu teksi, bas sekolah, bas persiaran, kereta sewa dan kenderaan e-hailing sepenuh masa akan menerima bantuan tunai tersebut, melibatkan jumlah keseluruhan RM55 juta.

Kini, tarikh rasmi bayaran bantuan Permai kepada pemandu teksi, kereta sewa, e-hailing, bas sekolah dan bas persiaran telah dikeluarkan.

SEMAKAN KELAYAKAN

Seperti diumumkan sebelum ini, kelulusan secara automatik akan diberikan kepada pemandu teksi, pemandu bas, kereta sewa dan ehailing yang pernah menerima bantuan di bawah pakej Prihatin. Bagi pemohon baru, perlu kemukakan permohonan baharu.

Semakan kelayakan dan permohonan baharu bagi menerima bantuan di bawah pakej Permai boleh dibuat di sini:

TARIKH PEMBAYARAN BANTUAN

Pemandu Teksi & Kereta Sewa

Sukacita dimaklumkan bahawa pembayaran pertama kepada pemandu yang layak telah pun dibuat mulai:

  •  22 Februari 2021 (Isnin)

Seramai 20,000 pemandu teksi dan kereta sewa telah menerima bantuan tersebut yang telah dikreditkan ke dalam akaun pemandu-pemandu yang terlibat.

Baki seramai 15,000 lagi akan menerima bantuan tersebut secara berperingkat selewat-lewatnya pada:

  • 15 Mac 2021

Pemandu e-Hailing, Bas Sekolah & Bas Persiaran

Baki 75,000 penerima termasuk pemandu e-hailing, bas sekolah dan bas persiaran akan mula menerima bantuan tersebut secara berperingkat mulai:

  • 26 Februari 2021

Kerajaan berharap agar bantuan ini akan membantu golongan tersebut sementara Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) dilaksanakan. PICK tentunya melambangkan titik permulaan bagi pemulihan sektor pelancongan dan sektor-sektor lain yang amat terkesan oleh pandemik Covid-19.

Permai: Tarikh Bayaran Bantuan RM500 Buat Pemandu Teksi, Bas, Kereta Sewa & E-Hailing

Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.