Biasiswa Ulul Albab Yayasan UMPSA 2026 Dibuka: Peluang Emas Mahasiswa Cemerlang (Tarikh Tutup 8 Mei) •Kepentingan Matematik SPM: Subjek Penentu Masa Depan Pelajar Malaysia (Ramai Terlepas Pandang) •Ramai Tak Tahu! Ini Cara Mohon Bantuan Baik Pulih Rumah Kedah (Layak Boleh Baiki Rumah Percuma) •Bantuan Dialisis Negeri Sembilan 2026: RM2,800 Untuk Pesakit Buah Pinggang (Semak Syarat & Cara Mohon) •Baucar Kita Selangor 2026: Bantuan RM600 Untuk B40 & M40 (Semak Syarat, Cara Mohon & Tarikh Agihan) • Biasiswa Ulul Albab Yayasan UMPSA 2026 Dibuka: Peluang Emas Mahasiswa Cemerlang (Tarikh Tutup 8 Mei) •Kepentingan Matematik SPM: Subjek Penentu Masa Depan Pelajar Malaysia (Ramai Terlepas Pandang) •Ramai Tak Tahu! Ini Cara Mohon Bantuan Baik Pulih Rumah Kedah (Layak Boleh Baiki Rumah Percuma) •Bantuan Dialisis Negeri Sembilan 2026: RM2,800 Untuk Pesakit Buah Pinggang (Semak Syarat & Cara Mohon) •Baucar Kita Selangor 2026: Bantuan RM600 Untuk B40 & M40 (Semak Syarat, Cara Mohon & Tarikh Agihan) •

Mohon Bantuan Skim Tanaman Lada Baru Dan Lada Matang 2022

Oleh Cikgu Shaari • May 10, 2022 • 2 min baca

Mohon Bantuan Skim Tanaman Lada Baru Dan Lada Matang 2022
Visual Archive // 2022
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

Lembaga Lada Malaysia menawarkan Skim Bantuan Tanaman Lada buat pengusaha Lada di Malaysia yang sedang mengusahakan tanaman lada baharu atau lada matang. Pengusaha yang ingin membuat permohonan mestilah mempunyai tanah yang sesuai untuk tanaman lada.

Permohohonan baru pengusaha lada yang berkelayakan boleh dibuat secara atas talian sehingga 30 Jun 2022.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut skim bantuan ditawarkan dan cara mohon di sini.

TARIKH PERMOHONAN

Permohonan Skim Bantuan Tanaman Lada Baru dan Lada Matang bagi tahun 2022 dibuka sehingga:

  • Tarikh tutup permohonan: 30 Jun 2022

SYARAT KELAYAKAN

Permohonan adalah terbuka kepada individu yang memenuhi syarat kelayakan di bawah:

Skim Tanaman Lada Baharu

  • Warganegara Malaysia;
  • Mempunyai tanah yang sesuai untuk tanaman lada;
  • Mengusahakan tanaman lada baharu yang berusia di bawah tiga (3) tahun;
  • Tidak menerima bantuan untuk Skim Tanaman Lada Matang;
  • Menanam sama ada di tanah sendiri, tanah sewa atau TOL (Temporary Occupation License); dan
  • Pekebun yang pernah menerima bantuan di bawah skim yang sama dalam Rancangan Malaysia (RMK) yang sama, layak dipertimbangkan semula untuk mendapatkan bantuan selepas selang satu (1) tahun dari tahun kedua beliau menerima bantuan.
  • Penerima bantuan di bawah RMK terdahulu layak memohon.

Skim Tanaman Lada Matang

  • Warganegara Malaysia;
  • Mengusahakan tanaman lada matang berusia tiga (3) tahun dan ke atas;
  • Tidak menerima bantuan untuk Skim Tanaman Lada Baharu;
  • Menanam sama ada di tanah sendiri, tanah sewa atau TOL (Temporary Occupation License); dan
  • Pekebun yang pernah menerima bantuan di bawah skim yang sama dalam Rancangan Malaysia (RMK) yang sama, layak dipertimbangkan semula untuk mendapatkan bantuan selepas selang satu (1) tahun dari tahun beliau menerima bantuan.
  • Penerima bantuan di bawah RMK terdahulu layak memohon.

CARA MOHON

Pengusaha lada yang berminat untuk mohon skim bantuan ditawarkan dan memenuhi syarat kelayakan boleh membuat permohonan dengan memuat turun borang permohonan di portal rasmi Lembaga Lada Malaysia di pautan berikut:

Untuk maklumat lanjut berkenaan Skim Tanaman Lada, anda boleh terus ke Portal Rasmi Lembaga Lada Malaysia.

Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.