Cara Dapatkan Sijil Vaksinasi Bagi Ahli Keluarga Yang Tiada MySejahtera
Sudah ramai rakyat Malaysia terima suntikan vaksinasi masing-masing. Individu yang telah lengkap 2 dos dah boleh cetak sijil digital vaksinasi masing-masing di Mysejahtera untuk kegunaan akan datang. Ibu bapa anda atau ahli keluarga anda tiada MySejahtera, macam mana nak dapatkan Sijil Vaksinasi?
Boleh saja sebenarnya, anda boleh dapatkan sijil vaksinasi individu yang tiada MySejahtera dengan mudah melalui aplikasi MySejahtera anda. Tak perlu dapatkan di MySejahtera baru pun.
Ikuti perkongsian di bawah untuk langkah mendapatkan sijil vaksinasi bagi individu yang tiada MySejahtera.
Isi Kandungan
CARA DAPATKAN SIJIL DIGITAL VAKSINASI
Berikut adalah panduan mendapatkan sijil vaksinasi bagi individu yang ada MySejahtera dan tiada MySejahtera:
Individu Yang Ada MySejahtera
- Buka aplikasi MySejahtera anda
- Klik COVID-19 Vaccination
- Klik Vaccine for _______ (nama anda)
- Pilih Click here to view your COVID-19 vaccination digital certificate
- Pergi ke bawah laman, sijil digital vaksinasi anda akan dipaparkan
Individu Yang Tiada MySejahtera
- Buka aplikasi MySejahtera di telefon anda
- Klik More
- Klik Manage Dependents
- Klik Add Dependents dan tambah ahli keluarga anda yang telah lengkap divaksin, tetapi tiada MySejahtera
- Selesai tambah ahli keluarga, pergi ke laman utama MySejahtera dan klik COVID-19 Vaccination
- Klik Add Vaccine Dependent
- Pilih Ahli Keluarga yang anda hendak dapatkan sijil vaksinasi
- Klik Vaccince for ___________ (Nama ahli keluarga)
- Pilih Click here to view your COVID-19 vaccination digital certificate
- Pergi ke bawah laman, sijil digital vaksinasi akan dipaparkan
Siap! Mudah kan? Orang ramai dinasihatkan untuk cetak dan laminate sijil vaksinasi tersebut untuk kegunaan akan datang. Jika anda masih tidak cetak sijil vaksinasi anda, anda boleh gunakan sijil digital di MySejahtera anda untuk bukti sekiranya diperlukan.
Semoga bermanfaat!