Perlukah Bawa Diploma Untuk Temuduga Jawatan Kelulusan SPM Sahaja?
Seperti yang kita sudah sedia maklum bahawa permohonan jawatan dalam sistem SPA9 adalah berdasarkan prinsip “One Step Lower“. Prinsip ini membawa maksud bahawa setiap pemohon boleh memohon jawatan menggunakan kelulusan tertinggi dan kelulusan yang rendah satu tangga sahaja dari yang sekarang.
Contohnya sekiranya anda mempunyai kelulusan Diploma, anda boleh mohon jawatan menggunakan Diploma dan SPM sahaja. Anda tidak boleh menggunakan sijil PMR/PT3.
Namun, perlukah anda bawa sijil Diploma untuk temuduga jawatan kelulusan SPM sahaja?
Isi Kandungan
LULUSAN DIPLOMA, TEMUDUGA JAWATAN KELULUSAN SPM
Soalan:
Saya merupakan pemegang Diploma. Perlukah saya membawa Diploma dan transkrip semasa menghadiri temuduga sedangkan temuduga yang saya hadiri adalah jawatan yang mensyaratkan kelulusan SPM sahaja?
Jawapan:
Ya, calon perlu membawa Diploma dan transkrip ketika menghadiri temu duga walaupun jawatan tersebut hanya mensyaratkan kelulusan SPM sahaja.
LULUSAN IJAZAH, TEMUDUGA JAWATAN KELULUSAN DIPLOMA
Soalan:
Saya merupakan pemegang Ijazah. Perlukah saya membawa Ijazah, transkrip dan sijil SPM semasa menghadiri temuduga sedangkan temuduga yang saya hadiri adalah jawatan yang mensyaratkan kelulusan Diploma sahaja?
Jawapan:
Ya, calon perlu bawa Ijazah, transkrip dan sijil SPM ketika menghadiri temu duga walaupun jawatan tersebut adalah mensyaratkan kelulusan Diploma sahaja.
Baca juga: 6 Sebab Calon Masih Tidak Mendapat Panggilan SPA
LULUSAN SPM, TEMUDUGA JAWATAN KELULUSAN PMR/PT3
Soalan:
Saya merupakan pemegang sijil SPM. Perlukah saya membawa sijil SPM semasa menghadiri temuduga sedangkan temuduga yang saya hadiri adalah jawatan yang mensyaratkan kelulusan PMR sahaja?
Jawapan:
Ya, anda wajib bawa sijil kelulusan SPM walaupun anda menghadiri temuduga jawatan dengan kelulusan PMR/PT3 sahaja.
Baca juga: Senarai Dokumen Yang Perlu Dan Tidak Perlu Bawa Ketika Temu Duga
Berdasarkan panggilan surat temu duga, calon perlu membawa semua kelayakan akademik yang telah diperolehi oleh calon tersebut. Jadi tidak kira serendah mana pun jenis jawatan yang memanggil anda untuk temuduga, anda tetap perlu membawa semua kelayakan akademik yang anda ada.
Semoga bermanfaat!