Cara Setting Telegram Supaya Tidak Guna Banyak Data & Jimat Ruang

Penggunaan aplikasi Telegram kini menjadi satu keperluan dalam kehidupan harian ramai orang, sama seperti WhatsApp dengan kemudahan berhubung yang disediakan. Bukan sahaja digunakan dengan tujuan untuk berhubung, kebanyakan kerja atau pembahagian tugas juga selalunya melalui Telegram.

Perasan tak penggunaan Telegram telah menyebabkan banyak data internet digunakan dan akan menjadikan telefon pintar anda berat? Telefon anda berat kerana terlalu banyak ruang digunakan untuk masukkan gambar atau video dari Telegram.

Ikuti perkongsian di bawah untuk ketahui cara setting telegram supaya tidak guna banyak data dan makan ruang.

PUNCA UTAMA  TELEFON MENJADI BERAT

Bagi yang hari-hari menggunakan Telegram untuk urusan harian pasti perasan kan setiap kali ada orang hantar gambar atau video, pasti akan terus download atau autosave dalam telefon. Itulah sebenarnya punca sebenar telefon anda menjadi berat dan makan data internet.

Untuk elakkan perkara ini berlaku, anda boleh setting Telegran supaya tak guna banyak data dan ruang. Setting yang diajarkan ini adalah supaya semua gambar dan video tidak auto-download.

CARA SETTING TELEGRAM – JIMAT DATA & RUANG

Berikut adalah panduan setting Telegram anda agar dapat menjimatkan data dan ruang telefon pintar:

  1. Buka Telegram di telefon pintar dan klik Settings
    Cara Setting Telegram Supaya Tidak Guna Banyak Data & Jimat Ruang
  2. Klik Data and Storage
    Cara Setting Telegram Supaya Tidak Guna Banyak Data & Jimat Ruang
  3. Untick semua ruangan yang ditanda
    Cara Setting Telegram Supaya Tidak Guna Banyak Data & Jimat Ruang
  4. Klik Chat Setting, untick pada Save To Gallery
    Cara Setting Telegram Supaya Tidak Guna Banyak Data & Jimat Ruang
  5. Klik Storage Usage, dan tekan Clear Cache. *JANGAN klik CLEAR DATABASE (nanti hilang semua chat)
    Cara Setting Telegram Supaya Tidak Guna Banyak Data & Jimat Ruang

Siap! Mudah, selepas ini jika anda terima gambar atau video ianya tidak akan terus didownload. Anda perlu klik untuk download gambar atau video yang anda mahu.

Semoga bermanfaat!

Sumber

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma